KEADILAN Negeri Pahang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut Agama Hindu di dalam KEADILAN khususnya dan seluruh rakyat Pahang, amnya. Semoga semangat bekerjasama dan ikatan silaturrahim sesama kita berterusan bagi menjamin keharmonian kaum di negara ini.
Sempena dengan perayaan tersebut, KEADILAN Pahang mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah memberikan sedikit sumbangan kepada seluruh Cabang KEADILAN di negeri ini untuk disampaikan kepada masyrakat di kawasan masing-masing yang merayakan perayaan Deepavali tahun ini. Sumbangan ini berdasarkan peratusan penganut kaum Hindu di setiap kawasan dan tentunya tidak dapat memenuhi keperluan semaksima mungkin. Namun diharapkan sumbangan tersebut dapat diserahkan kepada pengutamaan iaitu mereka yang benar-benar memerlukan.
Pengagihan sumbangan tersebut masih berjalan. Mudah-mudahan sedikit sumbangan yang diberikan akan dapat membantu meringankan sedikit bebanan bagi mereka yang tidak berkemampuan untuk merayakan perayaan ini.
No comments:
Post a Comment