KEADILAN Cabang Paya Besar, Kuantan telah mengadakan Kursus Kepimpinan Era Baru (KEB) 1.0 pada 22 November 2015 bertempat di Pejabat Keadilan Cabang Paya Besar, Batu Sawar, Jalan Sungai Lembing, Kuantan.
Tujuan kursus ini adalah untuk membentuk kepimpinan Cabang, AMK dan Wanita serta pelapis-pelapis untuk menjadi pemimpin yang berdaya tahan, mempunyai jati diri serta beristiqomah di dalam perjuangan Parti Keadilan Rakyat.
Ketua Cabang, Sdr Kamarzaman merasmikan Kursus KEB 1.0 |
Kursus selama satu hari bermula seawal jam 09.00 pagi sehingga jam 06.00 petang ini dikendalikan oleh Dr Fazli dan Sdr Suhaimi dari Tim KEB yang berpusat di Pejabat Parlimen Indera Mahkota. Di antara modul yang diterapkan sepanjang kursus ini adalah seperti berikut:
1. Hasrat dan Harapan
2. Kepimpinan - |Lain orang, lain maksudnya".
3. Posisi Kepimpinan
4. Perhubungan
5. Pencapaian
6. Pembangunan Insan dan Puncak Kepimpinan
7. Komunikasi
Kursus ini diadakan di dalam dua bentuk iaitu teori dan praktikal di mana setiap peserta diberikan penugasan mengikut kumpulan bagi menyelesaikan beberapa masalah dan persoalan yang di utarakan. Setiap individu juga diberi peluang menyuarakan apa jua pandangan, pendapat dan kritikan dengan bebas, kemudian dijadikan satu perkara untuk dibahaskan bersama.
Dr Fazli sedang menyampaikan penerangan |
Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 20 peserta yang telah mendaftar termasuk peserta-peserta dari luar Cabang Paya Besar. Kursus ini telah diresmikan oleh Ketua Cabang Keadilan Paya Besar, Sdr Kamarzaman Mohammed Yunus dan Penutupnya oleh Ketua AMK Pahang, Sdr Wong Chun Yuan mewakili Pengerusi MPN, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman.
Semua peserta juga telah diberi Sijil Kursus yang disampaikan oleh Ketua Cabang Paya Besar, Ketua Cabang Rompin dan Ketua AMK Pahang.
Ketua AMK, Sdr Wong merasmikan Penutup Kursus |
Beberapa Cabang telah pun mengadakan kursus ini dan bagi Caban-Cabang lain, tarikh untuk mengadakan kursus ini akan dimaklumkan kemudian.
No comments:
Post a Comment