ESOK, Sabtu (15/8/15) jam 4.00 Petang
sehingga 07.00 petang, KEADILAN Negeri Pahang akan mengadakan Rumah
Terbuka Aidil Fitri KEADILAN Pahang, bertempat di Dewan Perhimpunan
Cina, Bandar Bentong. Kehadiran tetamu undangan adalah Presiden
KEADILAN Pahang, YB Datin Seri Wan Azizah serta Timbalan Presiden, YAB
Azmin Ali dan pimpinan KEADILAN Pusat serta Negeri. Kepimpinan Pas dan
Dap Pahang juga turut dijemput bersama.
Seluruh
rakyat Negeri Pahang khususnya serta NGOs, penyokong-penyokong
mana-mana parti politik turut dijemput bagi meraikan Aidil Fitri yang
kali ini Bentong dipilih sebagai Tuan Rumah.
Pada
majlis tersebut turut akan disajikan dengan Deklamasi Puisi tentang
perjuangan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang kini berada di penjara Sg
Buluh. Sebelum itu, satu sesi taklimat tertutup oleh Presiden dan
seluruh Ahli MPN KEADILAN Pahang akan diadakan sempena Program Jelajah
Presiden.
No comments:
Post a Comment