Kempen Mobilisasi "BERSIH 4" peringkat Negeri Pahang akan diadakan pada 26 Ogos 2015 (Rabu) bermula jam 08.30 malam bertempat di Dataran Rakyat, Pejabat KEADILAN Negeri Pahang (pejabat lama), Jalan Beserah, Kuantan (berhadapan Poliklinik Beserah).
Di antara para penceramah yang akan diundang adalah YB Nurul Izzah, YB Rafizi, YB Tian Chua, YB Senator Siti Aishah Serikandi serta pimpinan NGO iaitu S.Ambiga (BERSIH) dan Sasterawan Negara, Dato A. Samad Said. Pimpinan tempatan juga turut akan diundang, di antaranya Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang yang juga MP Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman, YB Fuziah Salleh (MP Kuantan) selaku Pengerusi Program, YB Lee Chean Chung (Adun Semambu), YB Andansura (Adun Beserah), YB Ustaz Rosli Abd Jabar (Adun Tg Lumpur) dan beberapa pimpinan lain. Walau bagaimanapun, senarai muktamad yang akan hadir akan kami maklumkan.
Thema program pada malam tersebut adalah berpakaian kuning "BERSIH", bagi yang tiada pakaian tersebut, terdapat kaunter jualan baju BERSIH disediakan. Kepada para peniaga yang ingin berniaga di lokasi berkenaan, sila berhubung lebih awal dengan pihak sekretariat (Pejabat Ahli Parlimen Kuantan).
Mohon hebahkan dan semua dijemput hadir.
KEADILAN SERU RAKYAT TURUN "BERSIH 4"
KUALA LUMPUR 20 OGOS: KEADILAN menyeru rakyat bangkit menyuarakan bantahan dan menentang penindasan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan menyertai perhimpunan aman Bersih 4 pada hujung bulan ini.
Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, faktor terpenting dalam usaha menyelamatkan Malaysia ialah kehendak rakyat yang kuat untuk keluar daripada krisis yang berlaku.
“Ada pihak yang berkata Malaysia bakal menjadi ‘negara gagal’ jika tidak diselamatkan. Namun pada masa yang sama ada pihak berkepentingan bertungkus-lumus berusaha menggagalkan proses menyelamatkan Malaysia.
“Faktor terpenting dalam usaha ini ialah kemahuan dan kemarahan rakyat. Adakah kita mahu terus hidup di dalam keadaan ekonomi dan politik yang tidak menentu?
“Adakah kita mahu anak cucu kita terus hidup ditindas dan dibelenggu pelbagai masalah yang kita hadapi hari ini?” soal Wan Azizah dalam kenyataan.
Sambung Ketua Pembangkang itu, senario politik kini semakin membimbangkan dengan pelbagai skandal terpalit ketika Malaysia bakal menyambut ulang tahun Kemerdekaan ke-58 dan Hari Malaysia ke-52.
“Kenaikan harga barang akibat GST yang membebankan, merudumnya nilai mata wang ringgit, hilangnya kepercayaan pelabur dalam dan luar negara, serta rasuah dan salahguna kuasa semakin menjadi-jadi.
“Pelbagai insiden juga telah berlaku termasuk rombakan, pemecatan, dan tangkapan individu-individu yang terlibat di dalam siasatan isu 1MDB dan dakwaan ‘derma’ RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang terkini didakwa telah dikeluarkan sepenuhnya.
“Tidakkah kita impikan dan idamkan sebuah Malaysia yang lebih adil, yang lebih sejahtera, yang lebih stabil, yang lebih baik untuk kita semua?
“Masanya kini tiba untuk rakyat Malaysia menyuarakan kemarahan dan kemahuan agar Malaysia diselamatkan,” kata Adun Kajang itu sambil menyeru orang ramai menyertai himpunan itu pada 29 dan 30 Ogos ini.
Perhimpunan tersebut bakal berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur; Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.
“Demi anak cucu kita, demi nusa dan bangsa, demi rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama bangkit dan turut serta dalam perhimpunan aman Bersih 4, ayuh selamatkan Malaysia!” seru Wan Azizah.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=67489

No comments:
Post a Comment