KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, August 28, 2015

Lima lokasi berkumpul sebelum jumpa di Dataran Merdeka

(Oleh Fiza Abd Halim)

PETALING JAYA 27 OGOS: Perhimpunan Bersih 4 hujung minggu ini tetap diteruskan dengan lima lokasi berkumpul di ibu negara sebelum menuju Dataran Merdeka.

Penganjur – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) berkata, lokasi terbabit adalah Masjid Negara, Brickfields, Pasar Seni, Menara Maybank dan di hadapan kompleks beli belah Sogo.

Menurut Pengerusinya, Maria Chin Abdullah, kelima-lima lokasi tersebut merupakan kawasan berdekatan dengan Dataran Merdeka dan memudahkan rakyat untuk menyertai himpunan tersebut.

 
 
“Dua hari sahaja lagi sebelum rakyat Malaysia turun beramai-ramai ke jalanan bagi menyatakan desakan terhadap lima tuntutan kita, iaitu pilihan raya bersih, kukuhkan demokrasi berparlimen, hak membantah dan selamatkan ekonomi negara.

“Bukan sahaja di Kuala Lumpur, malah perhimpunan ini juga diadakan serentak di Sabah dan Sarawak. Di Kota Kinabalu, mereka akan berkumpul di kawasan parkir – Sabah Trade Center (Likas Square) dan berarak ke Tanjung Lipat Public Park. Di Kuching, mereka akan berkumpul di Padang Jubilee dan Pelita Car Park.

“Malah acara global Bersih berlangsung di lebih 60 bandar utama seluruh dunia, pada tarikh dan masa yang sama mengikut zon waktu masing-masing,” jelasnya pada sidang media di sebuah hotel di sini.

Selain itu, terdapat 2,000 sukarelawan selaku pemantau bagi menjaga keselamatan semasa perhimpunan dan mereka akan memakai ‘vest’ tertera tulisan ‘Pemantau’.

“Pasukan bantuan kecemasan pula akan berada di kawasan-kawasan strategik dan siap sedia dengan ambulan masing-masing sekiranya memerlukan sesiapa dievakuasi dari tapak perhimpunan akibat kecederaan atau masalah kesihatan,” ujarnya.

Menurut Maria, Bersih 4 juga turut menyediakan khidmat medik, dan peserta yang memerlukan bantuan, perlu hantarkan SMS dengan maklumat lokasi, bangunan terdekat dan maklumat kejadian ke nombor 011-123-77118 atau 013-203-6911.

Jika ditangkap, Maria mengingatkan peserta bertenang dan hubungi pasukan ‘urgent arrest’ menggunakan SMS dengan memberikan nama, nombor kad pengenalan dan lokasi balai polis ke nombor 018-3160-214 atau 018-3907-780 atau 018-3135-988.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=67590

Wednesday, August 26, 2015

BERSIH4 DI KUANTAN MALAM INI !!!

 
 
Jelajah Himpunan BERSIH4 Peringkat Negeri Pahang akan diadakan pada malam ini (Rabu - 26/8/15) Jam 08.30 malam bertempat di Dataran Rakyat, Pejabat KEADILAN Negeri Pahang (lama), Jalan Beserah, Kuantan (hadapan Poliklinik Beserah).

Di antara pimpinan yang akan hadir pada malam ini adalah;

1. YB Rafizi Ramli - Naib Presiden KEADILAN/MP Pandan
2. YB Tian Chua - Naib Presiden KEADILAN/MP Batu.
3. YB Dato' Fauzi Abdul Rahman - Pengerusi KEADILAN Pahang/MP Indera Mahkota
4. YB Ustaz Rosli Abdul Jabar - P/Jaya Pas Pahang/Adun Tg Lumpur (Terlibat dengan program di Rompin, jika berkesempatan akan hadir)
5. YB Tengku Zulpuri - Pengerusi Dap Pahang/Adun Mentakab
6. YB Fuziah Salleh - MP Kuantan /Pengarah Program BERSIH4 Pahang.
7. YB Andansura Rabu - Adun Beserah (Terlibat program di Rompin, jika berkesempatan akan hadir)
8. YB Lee Chean Chung - Adun Semambu - Pengerusi Majlis
9. YB Sim Choon Siang - Adun Teruntum
10. Sdr Badrul Hisham Shahrin @ Chegu Bard - Penyelaras SAMM
serta beberapa pimpinan lain.

Orang ramai dijemput hadir. Gerai jualan baju BERSIH4 juga akan dibuka.

Thursday, August 20, 2015

"BERSIH 4" PERINGKAT NEGERI PAHANG PADA 26 OGOS 2015 DI JALAN BESERAH, KUANTAN



Kempen Mobilisasi "BERSIH 4" peringkat Negeri Pahang akan diadakan pada 26 Ogos 2015 (Rabu) bermula jam 08.30 malam bertempat di Dataran Rakyat, Pejabat KEADILAN Negeri Pahang (pejabat lama), Jalan Beserah, Kuantan (berhadapan Poliklinik Beserah).  

Di antara para penceramah yang akan diundang adalah YB Nurul Izzah, YB Rafizi, YB Tian Chua, YB Senator Siti Aishah Serikandi serta pimpinan NGO iaitu S.Ambiga (BERSIH) dan Sasterawan Negara, Dato A. Samad Said.  Pimpinan tempatan juga turut akan diundang, di antaranya Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang yang juga MP Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman, YB Fuziah Salleh (MP Kuantan) selaku Pengerusi Program, YB Lee Chean Chung (Adun Semambu), YB Andansura (Adun Beserah), YB Ustaz Rosli Abd Jabar (Adun Tg Lumpur) dan beberapa pimpinan lain.  Walau bagaimanapun, senarai muktamad yang akan hadir akan kami maklumkan.

Thema program pada malam tersebut adalah berpakaian kuning "BERSIH", bagi yang tiada pakaian tersebut, terdapat kaunter jualan baju BERSIH disediakan.  Kepada para peniaga yang ingin berniaga di lokasi berkenaan, sila berhubung lebih awal dengan pihak sekretariat (Pejabat Ahli Parlimen Kuantan).  

Mohon hebahkan dan semua dijemput hadir.

KEADILAN SERU RAKYAT TURUN "BERSIH 4"


KUALA LUMPUR 20 OGOS: KEADILAN menyeru rakyat bangkit menyuarakan bantahan dan menentang penindasan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan menyertai perhimpunan aman Bersih 4 pada hujung bulan ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, faktor terpenting dalam usaha menyelamatkan Malaysia ialah kehendak rakyat yang kuat untuk keluar daripada krisis yang berlaku.

“Ada pihak yang berkata Malaysia bakal menjadi ‘negara gagal’ jika tidak diselamatkan. Namun pada masa yang sama ada pihak berkepentingan bertungkus-lumus berusaha menggagalkan proses menyelamatkan Malaysia.


“Faktor terpenting dalam usaha ini ialah kemahuan dan kemarahan rakyat. Adakah kita mahu terus hidup di dalam keadaan ekonomi dan politik yang tidak menentu?

“Adakah kita mahu anak cucu kita terus hidup ditindas dan dibelenggu pelbagai masalah yang kita hadapi hari ini?” soal Wan Azizah dalam kenyataan.

Sambung Ketua Pembangkang itu, senario politik kini semakin membimbangkan dengan pelbagai skandal terpalit ketika Malaysia bakal menyambut ulang tahun Kemerdekaan ke-58 dan Hari Malaysia ke-52.

“Kenaikan harga barang akibat GST yang membebankan, merudumnya nilai mata wang ringgit, hilangnya kepercayaan pelabur dalam dan luar negara, serta rasuah dan salahguna kuasa semakin menjadi-jadi.

“Pelbagai insiden juga telah berlaku termasuk rombakan, pemecatan, dan tangkapan individu-individu yang terlibat di dalam siasatan isu 1MDB dan dakwaan ‘derma’ RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang terkini didakwa telah dikeluarkan sepenuhnya.

“Tidakkah kita impikan dan idamkan sebuah Malaysia yang lebih adil, yang lebih sejahtera, yang lebih stabil, yang lebih baik untuk kita semua?

“Masanya kini tiba untuk rakyat Malaysia menyuarakan kemarahan dan kemahuan agar Malaysia diselamatkan,” kata Adun Kajang itu sambil menyeru orang ramai menyertai himpunan itu pada 29 dan 30 Ogos ini.

Perhimpunan tersebut bakal berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur; Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.

“Demi anak cucu kita, demi nusa dan bangsa, demi rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama bangkit dan turut serta dalam perhimpunan aman Bersih 4, ayuh selamatkan Malaysia!” seru Wan Azizah.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=67489

Monday, August 17, 2015

JELAJAH PRESIDEN BERAKHIR DI PAHANG SERENTAK RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI KEADILAN PAHANG

Jelajah dan Amanat Presiden KEADILAN berakhir di bumi Pahang pada 15 Ogos 2015, bertempat di Dewan Perhimpunan Cina, Bentong, Pahang.  Pada hari yang sama, KEADILAN Pahang mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri di tempat yang sama.

Taklimat dan Amanat Presiden bermula jam 03.00 petang dihadiri oleh Naib-Naib Presiden, pimpinan-pimpinan Pusat serta seluruh Ahli Majlis Pimpinan Negeri Pahang dan seluruh Ahli Jawatankuasa setiap Cabang seluruh Pahang.  Amanat Presiden banyak membawa hasrat dan intipati perjuangan KEADILAN yang sebenar.  Taklimat secara tertutup itu turut memperdengarkan deklamasi puisi hasil nukilan Pengerusi MPN, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman yang mengisahkan perjuangan Dato' Seri Anwar Ibrahim.  Puisi dideklamasikan oleh Pengerusi Majlis sendiri selaku Ketua Penerangan, Sdr Wan Fauzuldin serta DJ Radio Kobat FM, DJ Kak Em yang juga isteri kepada SU KEADILAN Pahang, Sdr Kamarzaman Mohd Yunus.

Majlis taklimat dan amanat Presiden itu berakhir lebih kurang jam 05.00 petang.  Presiden serta seluruh pimpinan kemudiannya bersama-sama rakyat berbilang kaum menimati hidangan dan juadah Hari Raya yang disediakan sambil mendengar ucapan dari beberapa pimpinan.   Turut hadir pada jamuan Hari Raya tersebut adalah Adun dari Dap Pahang serta pimpinan Pas dan GHB tempatan.  Sambutan orang ramai adalah di luar jangkaan samasekali.  

MPN mengucapkan syabas dan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat menjayakan dua program ini, terutamanya kepada tuan rumah iaitu Cabang Bentong.  








Friday, August 14, 2015

RUMAH TERBUKA KEADILAN PAHANG DAN JELAJAH PRESIDEN ESOK (SABTU - 15/8/15) DI BENTONG


ESOK, Sabtu (15/8/15) jam 4.00 Petang sehingga 07.00 petang, KEADILAN Negeri Pahang akan mengadakan Rumah Terbuka Aidil Fitri KEADILAN Pahang, bertempat di Dewan Perhimpunan Cina, Bandar Bentong.  Kehadiran tetamu undangan adalah Presiden KEADILAN Pahang, YB Datin Seri Wan Azizah serta Timbalan Presiden, YAB Azmin Ali dan pimpinan KEADILAN Pusat serta Negeri.  Kepimpinan Pas dan Dap Pahang juga turut dijemput bersama.

Seluruh rakyat Negeri Pahang khususnya serta NGOs, penyokong-penyokong mana-mana parti politik turut dijemput bagi meraikan Aidil Fitri yang kali ini Bentong dipilih sebagai Tuan Rumah.

Pada majlis tersebut turut akan disajikan dengan Deklamasi Puisi tentang perjuangan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang kini berada di penjara Sg Buluh.  Sebelum itu, satu sesi taklimat tertutup oleh Presiden dan seluruh Ahli MPN KEADILAN Pahang akan diadakan sempena Program Jelajah Presiden. 

Pahang merupakan negeri terakhir di dalam Program Jelajah Presiden ke seluruh negeri bermula awal Julai yang lalu.

Saturday, August 8, 2015

ISU RM 2.6 BILION DI DALAM AKAUN NAJIB - KENYATAAN MEDIA KEADILAN PAHANG


Oleh:  YB Lee Chean Chung
Adun Semambu/Exco AMK Pusat
 
Mewakili Pengerusi Keadilan Pahang merangkap Ahli Parlimen Indera Mahkota, Dato' Fauzi Abd Rahman di satu sidang media tadi berkenaan isu "derma" RM2.6 billion yang jelas melangkaui jenayah rasuah.

KEADILAN Pahang menegaskan bahawa RM 2.6 billion yang diterima oleh Dato Sri Najib Razak sebagai dana untuk satu pilihanraya adalah terlalu banyak dan melebihi jumlah yang dibenarkan di bawah Akta Kesalahan pilihanraya 1954. KEADILAN Pahang juga mendesak supaya diwujudkan sebuah jawatankuasa siasatan bebas di bawah Parlimen dan dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Saya turut mengingatkan bahawa rakyat sekarang tidak mudah tertipu malah celik maklumat dan yakin bahawa perhimpunan Bersih 4 pada 29-30 Ogos pasti akan disertai RAMAI!