Kampong Kuala Mai, K.Krau boleh dikatakan kampong yang teramat 'pekat' Umno nya. Seperti yang dinyatakan oleh Ketua Cabang KEADILAN K.Krau, Tuan Hj Suhaimi Said bahawa sejak dari dahulu peti undi di kampong ini tidak pernah meningkat untuk Pembangkang di dalam PRU.
Salah satu faktor yang dapat difahami mengapa berlaku sedemikian adalah kerana warga di kampong yang agak pendalaman ini tidak mendapat maklumat yang secukupnya. Mereka sering dibuaikan oleh cerita-cerita yang dibawa oleh media kawalan Umno/Bn seperti TV3 suku dan Utusan. Bagaimana mereka boleh menjadi bijak selagi minda mereka tertutup?
|
Tuan Hj Suhaimi, Ketua Cabang K.Krau sendiri mempengerusikan majlis |
|
Ybhg Dato' Fauzi, Datin dan Puan Fellicia Ling |
Justeru itu, KEADILAN Cabang K.Krau tampil untuk membantu permasalahan ini. Kita mahu melihat masyarakat di kampong ini terbuka minda mereka dan menerima suasana politik baru di mana isu letrik, air paip atau jalan tar bukan lagi isu utama rakyat. Isu ini releven untuk politik di zaman 60-70an sahaja. Isu sekarang adalah isu rasuah, penyelewengan, penipuan, kezaliman, pendidikan dan banyak lagi isu yang amat penting jauh lebih penting dari isu siapa yang buat jalan tar dan sebagainya.
|
Walaupun terdapat masalah liputan internet, Radio KOBAT FM berjaya mengadakan Lintas Langsung |
|
Sdr Rosli Ahmad (Ketua Cabang Jerantut) memberikan ceramah |
|
Kumpulan "R" Pahang turut memberikan ucapan bersama kumpulannya |
|
Kehadiran warga tempatan yang berani berada di dalam khemah, manakala terdapat ramai lagi berada di tepi-tepi jalan mendengar ceramah dari jauh |
Pada 15 hb Januari baru-baru ini, satu program ceramah penerangan telah diadakan di kampong ini. Ceramah yang telah diadakan di perkarangan rumah penyokong kuat PAS (Tuan Hj Zainal) di kampong Kuala Mai telah dihadiri oleh majorotinya rakyat tempatan di situ. Penceramah yang telah dijemput terdiri dari Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman, Puan Fellicia Ling (AJK Wanita PKR Pusat), Sdr Wfauzdin NS (Penyelaras KOBAT), wakil dari Kumpulan 'R" (Tuntutan Royalti) Pahang dan Sdr Rosli Ahmad (Ketua Cabang Jerantut) juga turut memberikan ceramah.
|
Ybhg Dato' Fauzi - "Cukuplah lembu menjadi lembu, jangan kita menjadi lembu" (Ucapan beliau) |
|
Puan Fellicia Ling menyeru ahli-ahli Umno tinggalkan Umno |
Radio Internet, KOBAT FM turut membuat lintas langsung program pada malam tersebut. KOBAT FM juga telah mengadakan temubual bersama Ybhg Dato' Fauzi, Tuan Hj Suhaimi Said, Sdr Rosli Ahmad dan juga Ketua Kumpulan "R" yang hadir. Radio KOBAT FM boleh diikuti melalui http://kobatpkr.blogspot.com dan waktu siarannya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui FB Penyelaras KOBAT, Sdr Wfauzdin NS. Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal adalah di antara penyumbang penting kepada stesyen radio ini.
|
Sdr Wfauzdin NS (Penyelaras KOBAT) menyeru warga tentera dan bekas tentera untuk lakukan perubahan |
Program pada malam itu adalah satu permulaan yang begitu baik untuk PR menyusun program dan aktiviti-aktiviti di masa akan datang. Kawasan pekat 'Biru' akan berjaya kita hapuskan dengan syarat semua pihak mesti bekerja kuat dan saling bekerjasama.
No comments:
Post a Comment