Berbagai usaha dan program telah diatur oleh KEADILAN K.Krau untuk terus mendampingi masyarakat setempat tidak kira dari apa jua lapisan masyarakat termasuk kaum Orang Asal. Apa jua program yang diatur tidak pernah meminggirkan mana-mana golongan tua atau muda.
Pada 05 hb Januari baru-baru ini, KEADILAN K.Krau membawa satu lagi pembaharuan di dalam merancakkan aktiviti masyarakat setempat. Bertempat di Pejabat KEADILAN K.Krau telah diadakan Program Malam Santai Puisi dan Ceramah Umum.
|
Sdr Man Kadir@Pak Jabit segak bergaya mebacakan puisi |
|
Nampak ganas, tapi Sdr Hatta penuh perasaan membacakan Puisi nukilan Dato' Fauzi bertajuk "Pemimpin" |
Di antara tetamu yang dijemput adalah terdiri dari Penyair yang profesional dan amatur, malah yang baru pertama kali membacakan Puisi. Malah ada yang bersyair dan berceramah sekali gus. Program malam itu benar-benar santai dan menceriakan sehinggakan orang ramai yang hadir tetap menunggu sehingga majlis selesai tengah malam.
|
Orang ramai yang hadir melimpahi khemah yang disediakan |
Penyair malam itu terdiri dari Pak Yassin Salleh, Pak Jabit, Sdr Rosli Ahmad (Ketua Cabang Jerantut), Tuan Hj Suhaimi (Ketua Cabang K.Krau), Sdr Wfauzdin NS (KOBAT) yang membacakan puisi dari nukilan Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi MPN Pahang), Sdr Hatta (Penyelaras SAMM Pahang) turut membacakan puisi dari Dato' Fauzi.
|
Sdr Wfauzdin NS (KOBAT) membacakan puisi nukilan Dato' Fauzi |
|
Tuan Hj Suhaimi selaku Tuan Rumah juga turut berpuisi |
Sesi ceramah malam itu menampilkan Puan Siti Khalijah (Ketua Wanita Biro Felda), Puan Ramlah (Ketua Penerangan Wanita PKR Pusat),PW 1 (B) Asri (Pengerusi PAHLAWAN), Us Faizul mewakili PAS (Blogger Tukul Besi/Wakil ANAK Negeri Pahang), Puan Fatimah (Wakil kaum Orang Asal) dan diakhiri dengan Brig Jen (B) Dato' Abd Hadi Khatab.
|
Us Faizul (ANAK Pahang) menyampaikan ceramah |
|
Puan Siti Khalijah menyampaikan ucapan |
|
Pegawai Waren Satu (B) Asri (Pengerusi PAHLAWAN) berucap |
|
Brig Jen (B) Dato' Abd Hadi sebagai penutup tirai ceramah |
Sepertimana juga sebelum ini, program berpuisi yang telah diadakan di Dun Lanchang semakin mendapat sambutan dari masyarakat setempat. Satu hari nanti, K.Krau mungkin akan membawakan satu lagi seni iaitu Dikir Barat agar dapat mengimbangi pengaruh program ceramah yang selalu diadakan asalkan ianya membawa manafaat kepada penduduk tempatan khususnya.
No comments:
Post a Comment