Lebih dari sebulan kita dialunkan dengan tohmahan oleh media kawalan Umno bahawa Perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April yang lalu hukumnya `haram'. Mereka memetik kenyataan beberapa orang Mufti bahkan dikeluarkan sendiri oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.
Media menghukum, Majlis Fatwa diam? |
Namun, semalam di Parlimen terbongkarlah rahsia bahawa sebenarnya tiada satu pun Fatwa yang dikeluarkan berkaitan Perhimpunan BERSIH. Ustazah Umno, Mashitah menjawab di Parlimen bahawa yang ada cuma `nasihat' dari beberapa orang Mufti dan juga nasihat dari Jawatankuasa Majlis Fatwa. Semenjak bila pula di dalam Majlis Fatwa atau para-para Mufti ini dilantik sebagai Penasihat? Dan, mengapa para Penasihat ini tidak menegur media-media yang menyebut bahawa satu fatwa telah dikeluarkan?
Kalau tiada fatwa, bagaimana boleh dikatakan Tok Guru Nik Aziz pertikai fatwa? |
Berita Hairan pun keluar hukum `Haram'? Majlis Fatwa diam sajakah? |
Apakakah `nasihat' itu setaraf dengan `fatwa'? Kalau fatwa berkaitan isu Perhimpunan BERSIH 3.0 benar-benar telah dikeluarkan dan kita masih pertikaikan dari segi kaedah serta rujukanfatwa berkenaan, apatah lagi jika ianya hanya berbentuk `nasihat'. Kita bimbang `nasihat' yang diberi sama seperti di dalam filem `Tiga Abdul' yang mana ada watak `Tuan Penasihat 20 persen'.
Apa ini? Sesuka hati berhukum? |
Sekarang sudah jelas bahawa tiada hukum `haram' terhadap Perhimpunan BERSIH 3.0.
Ihsan gambar: Blogger sahabat Cenangau dan Amenoworld
No comments:
Post a Comment