Pada 17 Jun 2014, para penduduk sekitar Gebeng, Kuantan dan Indera Mahkota bersama dua buah bas rombongan telah menuju ke Parlimen bagi menyatakan bantahan mereka
terhadap pemberian Lesen Operasi Tetap (POL) kepada Lynas. Rombongan tersebut diketuai oleh Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas (SMSL)
Tan Bun Teet dan Pengerusi Stop Lynas Coalition (SLC) Ali Akhbar.
Turut
bersama adalah Adun Beserah YB Andansura Rabu, Adun Semambu YB Lee Chean
Chung, Adun Tanjung Lumpur YB Ustaz Rosli Abdul Jabar dan Adun Teruntum
YB Sim Chong Siang serta beberapa pimpinan NGO yang menentang Lynas. Rombongan tersebut disambut di Parlimen oleh MP Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman (Pengerusi KEADILAN Pahang) dan MP Kuantan, YB Fuziah Salleh (Naib Presiden KEADILAN) dan beberapa Wakil Rakyat dari PR.
Pada hari yang sama MP Kuantan, YB Fuziah Salleh cuba untuk membawa usul tersebut agar Parlimen dapat mendengar sendiri luahan rasa para penduduk Kuantan dan Indera Mahkota terhadap bantahan mereka. Malangnya Speaker telah menolak usul berkenaan dan akhirnya YB Fuziah Salleh dan YB Surendran yang turut bersuara darihal tersebut telah dihalau keluar dari Parlimen. Jelas, suara rakyat seolah-olah tidak perlu lagi di Parlimen. (Rujuk artikel berkaitan sebelum ini).
Apabila usaha ini gagal, maka pada petang semalam (22 Jun 2014), tidak kurang dari 1, 000 orang telah berhimpun di kawasan berhampiran pintu masuk kilang Lynas tersebut bagi menyuarakan bantahan secara aman. Kira-kira 50 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang
dilengkapi trak meriam air membuat sekatan kira-kira 300 meter dari
pintu masuk loji Lynas itu. Mereka turut diperkuat dengan kehadiran 100 anggota polis beruniform.
Polis telah mengarahkan peserta protes itu supaya bersurai tetapi tidak
dipersetujui walaupun Wong Tack berbincang dengan polis selama 30 minit
pada jam 3 petang supaya dibenarkan berkumpul di depan loji itu. Kira-kira jam 4.30 petang, Ketua Polis Kuantan Abdul Aziz Salleh memberi tempoh 10 minit kepada mereka untuk bersurai.
Suasana menjadi bertambah panas apabila berlaku tolak menolak antara
peserta protes dan anggota polis yang membentuk halangan, menyebabkan
dua orang ditangkap. Selepas itu Abdul Aziz mengumumkan masa untuk bersurai telah tamat.
"Jika anda tidak mahu bersurai, saya tiada pilihan selain membuat
tangkapan," umun beliau sebelum mengarahkan anggota polis membuat
tangkapan.
Beberapa peserta protes yang sedang duduk kemudiannya ditangkap dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kuantan. Sekurang-kurangnya 16 peserta protes anti-Lynas ditahan kerana enggan berganjak dari pintu masuk loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan. Peserta lain kemudiannya mula bergerak meninggalkan kawasan protes, dengan setengahnya dipercayai menuju ke IPD untuk memberi sokongan kepada mereka yang ditahan. Sebelum itu, Wong telah berikrar bahawa peserta protes tidak akan meninggalkan loji tersebut sehinggalah ianya ditutup.
Beberapa peserta protes yang sedang duduk kemudiannya ditangkap dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kuantan. Sekurang-kurangnya 16 peserta protes anti-Lynas ditahan kerana enggan berganjak dari pintu masuk loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan. Peserta lain kemudiannya mula bergerak meninggalkan kawasan protes, dengan setengahnya dipercayai menuju ke IPD untuk memberi sokongan kepada mereka yang ditahan. Sebelum itu, Wong telah berikrar bahawa peserta protes tidak akan meninggalkan loji tersebut sehinggalah ianya ditutup.
Antara mereka yang ditahan termasuk ketua Himpunan Hijau Wong Tack, ahli jawatankuasa pemandu Dr Phua Kia Yaw dan Hew Kuan Yau dari DAP, yang dikenali dengan nama 'Superman'. Turut ditahan ialah aktivis Australia Natalie Lowrey yang mewakili Friends of the Earth untuk menyokong protes tersebut. Yang lain adalah aktivis Ali Akbar Othman, Rafar Ahmad, Steven Ta Weng Seng, Lee Khai Meng, Mr Cheong, Adik Zamri Zanal (SAMM) dan beberapa yang lain.
Sehingga berita ini ditulis jam 12.30 tengah malam, kesemua tahanan masih di IPD Kuantan dan para peguam sedang menguruskan pembebasan mereka. Semakin ramai memenuhi kawasan IPD bagi menunjukkan sokongan terhadap mereka yang ditahan.
KEADILAN Negeri Pahang mengutuk sekeras-kerasnya cara pihak berkuasa menangani isu ini setelah usaha rakyat untuk mengunakan Parlimen bagi menyuarakan bantahan ditolak mentah-mentah dan himpunan secara aman juga mendapat layanan buruk dari pihak berkuasa.
No comments:
Post a Comment