KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, February 26, 2013

Pakatan harapan rakyat untuk menggantikan BN

Pakatan Rakyat sudah menghampiri fasa terakhir penentuan 'hidup mati' perjuangan yang didokongi majoriti rakyat yang mendambakan perubahan besar dalam lanskap politik negara.

Selama lebih 55 tahun, rakyat berada di dalam tempurung cengkaman BN. Mahu tidak mahu rakyat 'terpaksa' menuruti segala kehendak dan acuan yang ditentukan BN selama ia memerintah.
 

Berikutan dengan tempoh berkuasa yang melepasi setengah abad, Umno-BN menjadi suatu institusi yang sangat dominan. Ia mendominasi institusi Raja, ia menguasai Parlimen, ia 'mendictate' institusi kehakiman, menguasai polis, SPR, SPRM dan pelbagai lagi institusi utama dalam negara.

Penguasaan yang terlalu besar ini menghasilkan suatu keadaan yang tidak seimbang, di mana seluruh sistem pentadbiran eksekutif, judiciari dan legislatif, dipergunakan sepenuhnya untuk memperkukuhkan, melindungi dan memanjangkan hayat BN.

Namun sepanjang mana pun usia sesebuah kerajaan, kehebat mana pun pemimpinnya, sekuat mana pun institusinya, ia pasti akan mencecah ke lembah kehancuran dan kepupusan.

Ia akan hancur dan pupus kerana kerajaan yang kuat itu terlalu bermewahan sehingga menanggung beban hutang yang besar. Ia juga disebabkan oleh kepimpinan yang terlalu korup dan institusi yang terbina, sudah tergelincir dari landasan asal perjuangan mereka.

Umno-BN sudah tergelincir jauh, akibat kelalain rakyat yang memberikan mandat secara 'absolute' kepada mereka, sehingga tiada 'check and balance' boleh dipertegaskan agar mereka tidak menyeleweng.

Umno sudah tersasar kerana ia bergabung dengan rakan-rakannya dalam BN, atas dasar memperjuangkan kepentingan bangsa, tetapi akhirnya bangsa itu dikesampingkan dengan amalan kronisme, korupsi dan nepotisme yang melampau.

Justeru, Umno tidak harus dibiarkan untuk kekal berkuasa. Umno tidak harus diberi peluang sekali lagi untuk menerajui negara selepas PRU13, kerana ia terbukti gagal memberikan jaminan masa depan yang baik buat rakyat.

Ia mendakwa berjaya membangunkan negara, membawa arus pemodenan, tetapi sebaliknya cuba menyembunyikan akibat bahawa negara sudah hampir muflis kerana menanggung beban hutang yang besar.

Umno terbukti gagal mensejahterakan hubungan antara kaum, apabila akhbar miliknya sentiasa menyiarkan propaganda rasis yang boleh mencetuskan permusuhan kaum.

Umno gagal memupuk keharmonian beragama kerana ia sentiasa melakukan provokasi, sehingga penganut agama tertentu berasa tertekan dan mempunyai daya sensitiviti yang tinggi.

Umno terbukti jahat ke atas kaumnya sendiri iaitu orang-orang Melayu, oleh hanya kerana mereka berbeza politik, ia menyekat petroleum, menghalang pelaburan dan sentiasa mencetuskan ketidakselesaan di Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Pendek kata, Umno adalah spesies yang jahat dan tidak boleh dipercayai. Semasa ia gah ditampuk kuasa, ia akan menindas dan menzalimi sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengannya, walaupun yang sebangsa dan seagama.

Manakala, tatkala ia terjatuh terjelepuk pada PRU 2008, ia mula menghulurkan tali silaturrahim, dengan alasan jika Melayu tidak bersatu, bangsa akan musnah.

Sifat hipokrit ini menjadi rutin dan mainan mereka. Mereka menyalahkan individu tertentu, menyalahkan kaum atau kelompok tertentu, yang didakwa mengancam masa depan agama dan bangsa, sedangkan selama lebih 50 tahun, ia menjadi punca kehancuran bangsanya sendiri.

Justeru, bagi rakyat yang amat-amat prihatin dengan masa depan agama, masa depan anak-anak bangsa, khususnya orang-orang Melayu tidak harus sama sekali ragu-ragu untuk meninggalkan Umno.

Jika tiga orang bekas Presiden Umno, seperti Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn sendiri, diakhir hayat mereka menolak Umno, maka apatah lagi kita, orang kebanyakan.

Maka pada PRU13 ini, pilihlah Pakatan Rakyat. Iaitu Pakatan yang berjaya memerintah dengan cemerlang di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Pakatan yang bakal membawa kecemerlangan di peringkat Persekutuan dengan mandat besar rakyat pada PRU13.

Tanpa ragu-ragu, pada Pakatanlah rakyat menyandarkan harapan untuk menggantikan BN./PR

Monday, February 25, 2013

MISTERI PEMBUNUHAN ALTANTUYA BAKAL PANAS KEMBALI - BALASUNDRAM KINI MUNCUL DALAM CERAMAH ULUNG

Kenyataan Umum
24 Februari 2013

Bala Selamat Sampai Ke Malaysia, Bakal Merungkai Misteri Di Sebalik Pembunuhan Altantuya

Setelah empat tahun menghilangkan diri, akhirnya P.Balasubramaniam (PI Bala) kembali ke Malaysia dengan selamat. PI Bala muncul di ketibaan antarabangsa KLIA pada lewat petang tadi dan terus disambut oleh ratusan orang dari pelbagai pihak termasuklah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Bagi SAMM, kepulangan PI Bala ke tanahair tepat pada waktunya malah ia adalah satu simbol keberanian dalam usaha menyelamatkan negara ini dari terus dikuasai pasangan 'penjenayah' bebas.

SAMM yang menyambut PI Bala hari ini tidak terkejut apabila tindakkan pertama beliau setelah sampai ke Malaysia ialah dengan tegas menyatakan akuan bersumpahnya yang pertama yang terpalit nama Najib Razak adalah benar. Ini menunjukkan betapa seriusnya PI Bala untuk merungkai segala simpulan misteri di sebalik pembunuhan Altantuya.

PI Bala merupakan saksi paling berwibawa dalam kes pembunuhan Altantuya yang berkait rapat dengan skandal penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene. Ini adalah kerana PI Bala antara susuk yang terakhir bertemu dengan Altantuya ketika masih bernyawa. PI Bala juga dikatakan telah dibawa bertemu adik kepada Najib sebelum akuan bersumpah kedua dibuat susulan pertemuan tersebut.

Justeru itu, SAMM mempersiapkan sebuah pentas jelajah buat PI Bala sebagai saksi tragedi pembunuhan Altantuya, dengan sokongan pelbagai NGO dan gerup mahasiswa. Berikut adalah informasi bagi pentas yang pertama;

Talkshow: Rungkai Misteri di Sebalik Pembunuhan Altantuya
Tarikh: 27 Februari (Rabu)
Masa: 8.30mlm
Venue: Dewan KLSCAH (Berhampiran Monorail Maharajalela)
Panel: PI Bala, Chegubard (SAMM), Cynthia (SUARAM) dan Khalid Ismath (KAMI) dan Zunar (Kartunis)

SAMM menjemput kehadiran semua termasuk pengamal media dan diminta juga agar program penting ini dapat dihebahkan dengan maksima.


Sekian

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudamalaysia.com
samm4anakmuda@gmail.com

Sunday, February 24, 2013

PERLANTIKAN DATO’ RHINA BHAR SEBAGAI NAIB PENGERUSI IBU MALAYSIA MENENTANG JENAYAH (MMAC)

KENYATAAN MEDIA

23 Februari 2013

PERLANTIKAN DATO’ RHINA BHAR SEBAGAI NAIB PENGERUSI IBU MALAYSIA MENENTANG JENAYAH (MMAC)

Pada hari ini saya amat berbesar hati untuk mengumumkan pelantikan Dato 'Rhina Bhar sebagai Naib Pengerusi-Ibu Malaysia Terhadap Jenayah (MMAC).

Dato’ Rhina Bhar adalah seorang ahli politik Malaysia yang dihormati, dan yang lebih penting adalah beliau berpengetahuan dan pengalaman yang luas mengenai isu-isu berkaitan dengan wanita. Beliau telah berkhidmat sebagai Senator di Dewan Negara, dan juga Ketua Wanita dan naib-presiden Parti Gerakan. Dato' Bhar adalah seorang peguam bertauliah selama 37 tahun sudah.

Pengalaman beliau dalam perkhidmatan awam adalah satu nilai yang tinggi dalam kempen ini , seperti yang kita bangkitkan iaitu isu jenayah dan keganasan di kalangan kita yang tidak diuruskan oleh pihak polis dengan teratur dan juga pihak berkuasa yang terlibat.

Pada pilihan raya umum ini, saya ingin menarik perhatian yang lebih kepada aktiviti membanteras jenayah (crime-fighting). Ibu seperti saya dan Dato’ Rhina Bhar akan sentiasa bersedia untuk membawa isu ini sehinggalah ianya menarik perhatian oleh pihak berkuasa untuk melakukan tindak balas serta mencari penyelesaian agar kejadian yang tidak dingini berlaku kembali. Kepada mereka yang dicalonkan, janganlah mendakwa serius sebagai ahli parlimen jika mereka tidak bersedia untuk bercakap tentang bagaimana untuk membenteras jenayah.

Jenayah bukan sahaja menjadi isu perbualan dalam komuniti seperti Petaling Jaya Selatan lagi, ia juga adalah perkara yang membimbangkan terutamanya penduduk dan pengundi di sini. Dengan adanya Dato 'Bhar yang mempunyai visi, terutamanya meningkatkan kesedaran di utara Malaysia iaitu tempat asal dan juga tempat beliau, Georgetown, Pulau Pinang . Kami akan berkerja keras untuk berkempen membenteras jenayah sehinggalah tiba hari pilihan raya, dan seterusnya sehinggalah kita mampu mengawal kadar jenayah di Malaysia. 
 
Keselamatan anak dan cucu kita adalah bergantung kepada kita semua untuk terus berkempen.



DATO 'SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT

Saturday, February 23, 2013

MAHASISWA AKAN DATANG LAGI KE PEKAN

Siswa: Kami tak serik, akan kembali ke Pekan

Serangan yang dilakukan terhadap Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) ketika berada di Pekan, Pahang minggu lalu tidak mematahkan semangat mereka untuk meletakkan calon bertanding di parlimen itu pada pilihan raya umum akan datang.

 
 
Pengerusinya Syis Abdul Kadir berkata selain tidak serik, pihaknya juga akan kembali ke parlimen Pekan - yang diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak - selepas pembubaran parlimen.

"Tak serik... Kita berundur dari Pekan pun sebab tak mahu bergaduh dengan mereka semua dan kita lakukan prosedur sepatutnya iaitu membuat laporan polis.

"Serah pada pihak berkuasa untuk lakukan siasatan. Kami akan turun lagi untuk fasa kedua lepas pembubaran. Sekarang (masih) dalam perbincangan.

"Pendirian tetap sama, tak berubah. Kita akan umumkan calon pada hari penamaan calon," katanya dalam sidang mesia selepas menyerahkan memorandum dan bukti serangan kepada polis di Bukit Aman pagi ini.
Minggu lalu, kumpulan mahasiswa tersebut mendakwa mereka diserang dan diugut dengan parang oleh individu yang tak dikenali sewaktu mengedarkan risalah 'Surat Mahasiswa untuk warga Pekan' di kawasan yang menjadi kubu kuat BN.

Dalam siri serangan tersebut, dua orang mahasiswi dari universiti tempatan turut mendakwa ditarik tudung oleh individu yang didakwa ahli Umno ketika mengedarkan risalah tersebut di Bandar Pekan pada hari Jumaat lalu.

Syis yang ditemani lapan rakan GM13 yang lain menyerahkan memorandum bantahan keganasan samseng terhadap mahasiswa di Pekan kepada pihak polis kira-kira jam 11.35 pagi.

Memorandum itu diserahkan kepada Urus Setia Ketua Polis Negara, Bahagian Komunikasi Korporat Bukit Aman, ASP N Kavetha yang telah menunggu mahasiswa itu di luar pintu masuk ke ibu pejabat itu.

 
 
Bersama memorandum itu turut, kumpulan pelajar itu turut menyerahkan beberapa keping gambar termasuk wajah 16 individu yang didakwa menyerang mereka.

Syis yang juga presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) itu berkata, beliau meminta polis agar melakukan siasatan dengan segera.

"Kita dah buat satu serahan memorandum pada PDRM untuk meminta siasatan dijalankan dengan segera terhadap keganasan yang dibuat pada mahasiswa tempohari.

"Kalau kita nak kata penduduk tempatan, waktu kita pergi rumah ke rumah, penduduk tempatan tak ada masalah. Tapi ketika di bandar Pekan, beberapa individu itu keluar daripada bangunan Umno bahagian," katanya lagi./MK

Friday, February 22, 2013

SOKONGAN KAUM INDIA KEPADA PAKATAN RAKYAT MENINGKAT..

Ribuan kaum India ke ceramah Pakatan tanda sokongan meningkat BANTING 20 FEB: Kesedaran masyarakat India yang semakin meningkat terhadap kelemahan pentadbiran Umno begitu membanggakan, sekaligus menafikan dakwaan kononnya sokongan kaum itu terhadap Pakatan Rakyat menurun, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN berucap pada sambutan Pesta Ponggal di Dewan Sri Jugra, Banting malam tadi dipenuhi ribuan masyarakat India yang berpusu-pusu mahu melihat pemimpin berjiwa rakyat itu.

 
 
 “Terima banyak, begitu ramai yang hadir, menunjukkan kesedaran masyarakat India yang semakin tinggi. Ada orang kata sokongan orang India sudah berkurangan, tapi saya tak percaya sebab saya turun dan lihat sendiri,” kata Anwar.

Beliau turut disambut kalungan bunga serta turban dan selendang sebagai tanda menghormati bakal Perdana Menteri itu.

“Ini mesti ada yang cakap saya ikut budaya India pula. Saya tak takut, cakaplah saya apa pun, yang penting saya tahu saya pakai ini sebagai tanda menghormati budaya masyarakat India,” kata Anwar disambut sorakan penyokong.
Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan kaum India agar menuntut hak mereka yang dinafikan kerajaan sejak merdeka tetapi dengan syarat tuntutan itu tidak bersifat perkauman.


 
 
“Saya selalu turun dan dengar tuntutan orang India. Tapi saya nak ingatkan, kita boleh tuntut, asalkan jangan buat tuntutan macam Perkasa. Bila saya kata pendidikan percuma, maksudnya ia terpakai untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.

“Begitu juga bila saya kata hormat agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan, saya kata hormat hak orang lain untuk beragama. Kalau kita main sentimen perkauman samalah kita macam Perkasa,” katanya lagi.

“Sebab itu saya cakap, kami Pakatan Rakyat bersedia untuk mentadbir dengan adil kepada semua rakyat, tak kira dari segi hak, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan,” kata Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin.
Hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid./KD

Thursday, February 21, 2013

NURUL IZZAH DISAMBUT MERIAH DI UM

Sambutan wira untuk Nurul Izzah di forum UM


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar diberi sambutan wira di forum Universiti Malaya semalam selepas beliau digugurkan daripada bercakap di majlis itu ekoran tekanan daripada kerajaan.

 
 
Menghadiri forum itu petang semalam sebagai penonton, Nurul Izzah melangkah masuk ke dalam dewan kuliah dan disambut dengan tepukan gemuruh hadirin sewaktu mengambil tempat duduk di barisan hadapan.

Dewan penuh sesak dengan orang ramai yang turut memenuhi laluan masuk di bahagian belakang dewan.

Sesi petang forum itu pada asalnya dijadualkan menampilkan Nurul Izzah, bersama-sama dengan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa serta Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan Ahli Parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan.

Selepas Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Pengajian Tinggi menyuarakan rasa tidak senang dengan penganjuran forum tersebut, penganjurnya - Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), telah menggantikan ahli panel tersebut dengan ahli akademik.

Para penceramahnya terdiri daripada penyelidik Umcedel Shaharuddin Badaruddin dan Thock Ker Pong serta Profesor Datuk Mohammad Abu Bakar dari UM, dengan pengarah Umcedel, Mohammad Redzuan Othman bertindak sebagai pemudahcara.

Sewaktu sesi soal-jawab, Nurul Izzah terpaksa naik ke pentas selepas seorang pelajar mahu beliau menjawab soalan mengenai keupayaan Pakatan Rakyat untuk memerintah, ekoran pelbagai ideologi parti-parti komponennya.

"Jika saya tidak membenarkan beliau (di atas pentas), pelajar boleh mengamuk," kata Redzuan, yang juga dekan Fakulti Seni dan Sains Sosial UM secara berseloroh sebelum menjemput Nurul Izzah naik./MK

Wednesday, February 20, 2013

AMARAN BUAT SPR, JANGAN BUAT HAL - YB FUZIAH SALLEH

PETALING JAYA, 19 FEB: Penolong-penolong pendaftar dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh diheret kemuka pengadilan sekiranya terbukti bersekongkol di dalam penipuan pendaftar pengundi baru tanpa pengetahuan penama asal.Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mendakwa berdasarkan aduan yang diterima setakat ini, PKR mempunyai cukup bukti untuk mengheret mereka meskipun sebelum ini SPR tidak melihat perkara tersebut sebagai sesuatu yang luarbiasa.

Menurutnya, peningkatan mendadak jumlah daftar pengundi baru menunjukkan unsur-unsur kesalahan jenayah dari segi undang-undang negara seperti yang termaktub dibawah Akta Kesalahan Pilihan Raya Akta (5) 1954, Seksyen uuh3 (1) (a).“Seksyen berkenaan menyatakan, mana-mana orang yang dengan diketahuinya membuat apa-apa penyataan palsu dalam atau berkaitan dengan apa-apa permohonan supaya dimasukkan ke dalam mana-mana daftar pemilih.

"Boleh disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau di penjarakan dan di denda kedua-duanya,” katanya dalam satu sidang media.Menurut Fuziah aduan yang diterima dari pelbagai latar belakang antaranya pelajar di luar negara, pemilih cukup umur, orang dewasa yang tidak pernah mendaftar dan juga ahli Puteri Umno.Pihak PKR menggesa semua yang didalam kategori di atas dengan segera memeriksa status pemilih mereka dilaman web SPR atau melalui wakil-wakil parti.

Tegasnya, SPR diminta memberi segala kerjasama untuk buatkan cabutan borang pendaftaran pemilih sekiranya di minta oleh pihak diri pemilih.Keengganan oleh pihak SPR untuk memberi kerjasama akan mengundang rakyat menaruh syak kepada SPR bahawa mereka dikawal oleh Umno-BN, ujar beliau lagi.“Sekiranya didapati nama mereka di daftarkan tanpa pengetahuan, mereka disaran ke Pejabat SPR berdekatan dan buat cabutan borang permohonan mereka.

"Sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada SPR sila laporkan kepada kami.“Setelah mendapat borang cabutan. Sila buat laporan polis ke atas pendaftar yang melakukan kesalahan tersebut.“Serah satu salinan borang cabutan dan laporan polis kepada kami. Pihak PKR akan lantik satu majlis peguam untuk meilhat kepada kes ini,” ujarnya lagi. ~selangorku

Sunday, February 10, 2013

VIDEO - UCAPAN MENARIK DARI DATO' FAUZI SEMPENA KUNJUNGAN KETUA UMUM KE INDERA MAHKOTA, KUANTAN PADA 08 FEB 13

SAMBUTAN HANGAT KEPADA LAWATAN DATO' SERI ANWAR KE PAHANG TIMUR

KEADILAN Negeri Pahang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama menjayakan program Lawatan Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Pahang Timur (Kuantan/Indera Mahkota/Paya Besar) pada 08 Februari 2013 baru-baru ini.


Meskipun program Ketua Umum ke Bukit Kuantan sebelah petang telah diganggu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, namun program lain yang telah diatur telah dapat dijayakan dengan baik sekali dan mendapat sambutan masyarakat tempatan.  Pada malam tersebut, program ceramah beliau di Kempadang dan Taman Impian juga mendapat sambutan yang amat membanggakan.

Sdr Lee Chean Chung (Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota) berucap di Taman Impian
Sdr Andansura Rabu, Timb YDP PAS Indera Mahkota di Taman Impian
YB Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota
Di kesempatan ini, seluruh ahli MPN Negeri Pahang mewakili KEADILAN Negeri Pahang mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat kaum Tiong Hwa yang merayakan perayaan Tahun Ular kali ini.  Semoga kita diberi semangat yang berlipat kali ganda untuk melakukan perubahan di negara kita yang tercinta ini. 

Puluhan ribu yang hadir di Taman Impian
Dato' Fauzi Abd Rahman, Pengerusi MPN Pahang berucap di Taman Impian
Dato' Seri Anwar duduk bersama orang ramai sebelum beliau berucap
Dato' Seri Anwar diiringi oleh Dato' Fauzi menekan 'Horn' sebagai simbolik pelancaran Stesen Radio KOBAT FM
Meskipun ketibaan beliau agak lewat, namun beliau berucap lebih 1 jam di Taman Impian
Orang ramai mendekati pentas untuk mendengar pidato Ketua Umum
Stesen Radio KOBAT FM yang dilancarkan oleh Dato' Seri Anwar
 
GONG XI FA CHAI!!




Friday, February 8, 2013

MALAM INI (08/2/13) - CERAMAH DATO' SERI ANWAR DI KEMPADANG DAN TAMAN IMPIAN, KUANTAN



5.00 Petang    Ramah Mesra bersama penduduk FELDA Bukit Kuantan    Cabang Paya Besar      
6.15 Petang    Hitea di rumah Tn. Haji Kasim di Perkampongan Cenderawasih    Cabang Indera Mahkota      
7.15 Petang    Solat Maghrib dan Tazkirah di Surau Haji Ali, Kampong Tengah    Cabang Kuantan      
8.30 Malam    Solat Isyak di Masjid Cenderawasih    Cabang Indera Mahkota  

9.30 Malam    Ceramah Umum di Taman Berjaya Permai, Kempadang    Cabang Kuantan      
10.50 malam    Ceramah Perdana di Taman Impian, Jalan Sg. Lembing    Cabang Indera Mahkota   

Thursday, February 7, 2013

ATURCARA PENUH KUNJUNGAN DATO' SERI ANWAR KE PAHANG TIMUR PADA 08 FEB 2013



Berikut adalah Aturcara Penuh program kunjungi Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Pahang Timur (Kuantan/Indera Mahkota/Paya Besar) pada 08 Februari 2013 (Jumaat):-

5.00 PM:  Ramah Mesra bersama penduduk FELDA Bukit Kuantan Cabang Paya Besar

6.15 PM:  Hi-Tea di rumah Tn. Haji Kasim di Perkampongan Cenderawasih, Cabang Indera Mahkota

7.15 PM:  Solat Maghrib dan Tazkirah di Surau Haji Ali, Kampong Tengah, Cabang Kuantan

8.30 PM:  Solat Isyak di Masjid Cenderawasih, Cabang Indera Mahkota

9.30 PM:  Ceramah Umum di Taman Berjaya Permai, Kempadang, Cabang Kuantan

10.50 PM:  Perasmian Stesen Radio KOBAT FM dan Ceramah Perdana di Taman Impian, Jalan Sg. Lembing, Cabang Indera Mahkota

Monday, February 4, 2013

SEKITAR PERASMIAN PUSAT KOMUNITI DUN SEMAMBU PADA 03 FEB 2013

Pada 03 Februari 2013 (Ahad) semalam, maka Pusat Komuniti Dun Semambu secara resminya beroperasi di bawah Penyelaras Dun Semambu, Sdr Lee Chean Chung apabila telah diresmikan oleh Naib Presiden KEADILAN, YB Tian Chua pagi semalam.  
Pusat Komuniti Dun Semambu, megah dan bersemangat...
Turut hadir bersama di dalam Majlis Perasmian tersebut adalah Pengerusi MPN Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman dan juga Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh.  Selain itu, Timb YDP PAS Indera Mahkota, Sdr Andansura Rabu juga turut hadir bersama pimpinan DAP Kuantan, bersama juga Sdr Wong Tack (Pengerusi Kump. Hijau) dan beberapa pimpinan PR kawasan Indera Mahkota dan Kuantan.

Sdr Lee Chean Chung (baju jingga) bersama Kartunis Zunar beserta peminat-peminat kartun Zunar
YB Fuziah Salleh bersama beberapa pimpinan mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina
Sempena dengan Majlis Perasmian Pusat Komuniti Dun Semambu yang terletak di Jalan Hj Ahmad, Kuantan (berhadapan Restoren Tanjung/Sekilau Food), turut diadakan adalah bazar jualan kebajikan berkopun, pertandingan melukis untuk kanak-kanak, bengkel kartun yang dikendalikan oleh Kartunis Zunar dan juga cabutan bertuah.  Sepanjang program tersebut, Stesen Radio KOBAT FM telah membuat liputan secara langsung melalui http://kobatfm.blogspot.com

Di antara bazar jualan yang dibuka
kueh 'telinga Nan Yaakob' laris....
Meskipun dari awal pagi, hujan mulai turun namun ianya tidak menjejaskan sambutan orang ramai untuk hadir ke Pusat Komuniti Dun Semambu yang bakal diresmikan.  Lebih kurang jam 11.30 pagi, ketibaan Naib Presiden KEADILAN, YB Tian Chua disambut oleh pimpinan-pimpinan serta diiringi dengan Tarian Singa.  Sebelum upacara perasmian, beberapa pimpinan telah berucap di antaranya adalah Penyelaras Dun Semambu sendiri iaitu Sdr Lee Chean Chung, YB Fuziah Salleh dan Dato' Fauzi Abdul Rahman.  Di samping itu juga penerangan rengkas berkaitan seni kartun politik disampaikan oleh Kartunis Zunar.

Pimpinan jemputan bersama YB Tian Chua
Orang-Orang kuat PR Indera Mahkota bersama YB Tian Chua (Dato' Fauzi, Sdr Andansura, YB Tian Chua dan Sdr Lee Chean Chung)
YB Tian Chua berucap sebelum merasmikan Pusat Komuniti Dun Semambu
Pusat Komuniti Dun Semambu selamat diresmikan
YB Tian Chua telah memberikan ucapan dan kata-kata semangat bagi menghadapi PRU ke 13 sebelum beliau merasmikan Pusat Komuniti Dun Semambu.  Upacara penyampaian hadiah kepada semua pemenang di dalam pertandingan melukis telah disempurnakan oleh YB Tian Chua dan beberapa pimpinan.

KEADILAN Negeri Pahang mengucapkan syabas dan tahniah kepada Penyelaras Dun Semambu, Sdr Lee Chean Chung beserta kesemua penyokong yang terlibat termasuk dari rakan di dalam PR yang telah bekerjasama dengan begitu baik sehingga wujudnya Pusat Komuniti Dun Semambu bagi menggerakkan jentera untuk membantu rakyat sekitar Indera Mahkota amnya, dan Dun Semambu khususnya.

Lain-lain foto yang sempat dirakam:

YB Fuziah, Dato' Fauzi dan Sdr Lee Chean Chung adalah di antara yang menandatangani amaran kepada kerajaan "TIPU PRU - RAKYAT BANGKIT HUMBAN KAMU"  di bazar SAMM Pahang
Di antara yang berada di dalam Pusat Komuniti Dun Semambu sewaktu perasmian
Pertandingan melukis
Penyampaian hadiah kepada pemenang melukis
SAMM Pahang turut mendirikan bazar jualan cenderahati SAMM dan kempen "TIPU PRU- RAKYAT BANGKIT HUMBAN KAMU"
Radio KOBAT FM menyiarkan secara langsung sepanjang program