KENYATAAN MEDIA
Hukuman penjara 30 bulan yang dikenakan ke atas Naib Presiden KEADILAN, saudara Rafizi Ramli dan bekas kerani, Johari Mohamad, memperkukuh persepsi bahawa tiada perlindungan setimpal akan diberi kepada pemberi maklumat di negara ini, meskipun peranan mereka mustahak dalam pendedahan sebarang skandal jenayah, termasuk rasuah.
Malang, apabila siasatan dan hukuman lebih tertumpu pada mereka yang mendedahkan maklumat, berbanding usaha untuk menggerakkan penyiasatan menyeluruh terhadap kes yang didedahkan. Jelas, ini adalah langkah simplistik bagi mengekang lebih banyak kes keboborokan dana awam di atas nama undang-undang.
Sebaliknya, pertuduhan dan serangan pula dilempar terhadap saudara Rafizi dan saudara Johari yang dikatakan telah melanggar Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) berhubung pendedahan akaun National Feedlot Corporation Sdn Bhd. (NFC), dan dihebahkan secara meluas.
Pada saya, hukuman yang dijatuhkan adalah hasil usaha untuk membabitkan saudara Rafizi atas tuduhan fitnah, sedangkan sejarah NFC sendiri dipenuhi pelbagai kontroversi.
Saya turut ingin menyoroti semula peristiwa pada tarikh bersejarah 15 Januari 2012, apabila Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan bahawa aset NFC telah dibekukan bagi memberi ruang kepada penyiasatan lengkap.
Malangnya, setelah 5 tahun kes NFC tersebut mula dilaporkan di saluran media, RM250 juta yang dipinjamkan kerajaan belum pun diselamatkan sepenuhnya. Datuk Seri Shahrizat pula telah kembali ke persada politik dan mencanang idea untuk bertanding, sedangkan saudara Rafizi dan saudara Johari dijatuhkan hukuman penjara lebih 2 tahun.
Saya berpandangan bahawa ini adalah gambaran sebenar situasi perundangan negara; seorang ahli dewan rakyat yang membongkar skandal berkait dana awam dipenjara, manakala seorang pemimpin negara yang terpalit skandal rasuah global masih bebas berleluasa. Di mana keseriusan kerajaan dalam menjalankan siasatan yang telus, tatkala isu yang terdahulu pun masih di takuk pensabitan mereka yang mendedahkan?
Usah kita lupa akan seorang perasuah terkemuka negara, yang bebas tanpa sekelumit rasa malu di kala berbillion ringgit milik rakyat menjadi korban.
Walaupun beberapa agensi penguatkuasa antarabangsa telah mengemukakan bermacam bukti tentang penglibatan beliau dalam skandal 1MDB, institusi perundangan negara tidak bertindak tegas dalam mendakwa pemimpin tersebut dan tiada ketelusan yang dipamerkan.
Isu ini menjadi salah satu fokus utama Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. Janji kami, seluruh institusi kerajaan (termasuk institusi perundangan) akan dipimpin secara telus tanpa campur tangan ‘kuasa luar’, demi mengangkat pelaksanaan dasar dan undang-undang untuk kebaikan segenap lapisan masyarakat.
Tanpa keberanian mendedahkan skandal NFC, tidak mungkin rakyat dapat menyedari praktis pemberian projek kepada anggota keluarga kabinet berterusan, selagi Menteri mohon untuk keluar daripada bilik mesyuarat. Sedang kita dihadapkan dengan skandal demi skandal, rakyat juga berhak mengira berapa jawatan Menteri yang berubah, bukannya nilai wang rakyat yang terkorban semata-mata.
Selain itu, ledakan kemarahan rakyat tatkala keputusan semalam diumumkan mendesak kita untuk mereformasi undang-undang sedia ada, termasuk Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711). Sesungguhnya perkara ini akan diberi tumpuan sepenuhnya sekiranya Pakatan Harapan diberi mandat memimpin negara, selepas PRU14.
Saya yakin, hukuman yang dikenakan ke atas YB Rafizi dan saudara Johari akan kembali menjadi pencetus kebangkitan rakyat Malaysia terhadap puak pemerintah sedia ada. Ingatlah wahai UMNO-BN, titik perjuangan rakyat telah tiba, dan permainan sama sekali belum berakhir.

NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
NAIB PRESIDEN DAN PENGARAH PILIHAN RAYA BERSAMA, KEADILAN