KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, March 17, 2012

YB NURUL IZZAH GEMPUR PAYA BESAR DAN PEKAN MALAM INI









YB Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, seorang tokoh muda yang pernah digelar sebagai Puteri Reformasi suatu ketika dahulu sekali lagi akan berkunjung ke bumi Pahang Darul Makmur hari ini (17 Mac 2012) di dalam program yang telah diatur oleh KEADILAN Paya Besar, Kuantan dan KEADILAN Pekan.

Program pertama beliau malam ini adalah berceramah di Felda Lepar Hilir 1, yang berada di Parlimen Paya Besar dan Dun Lepar, iaitu di lokasi yang sama sewaktu beliau diganggu oleh sekumpulan budak upahan pada 26 Feb yang lalu.  YB Nurul Izzah akan berceramah pada jam 09.00 malam.  Turut bersama beliau berceramah malam ini di Lepar Hilir 1 adalah Pengerusi MPN Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman, Sdr Kamarzaman Yunus (Penyelaras Dun Lepar) dan wakil dari PAS iaitu Us Sulaiman Md Derus.

Sejurus selepas itu, YB Nurul Izzah akan bergegas pula ke Felda Chini 3, di dalam kawasan Parlimen Pekan dan Dun Chini.  Beliau akan berceramah di kawasan Parlimen Pekan yang diwakili oleh PM, Najib Tun Razak pada jam 10.45 malam.  Turut diundang berceramah bersama beliau di Felda Chini 3, Pekan adalah YB Us Wan Hassan Md Ramli, Adun Sura, Dungun dan juga Ketua Penerangan KEADILAN Pahang merangkap Penyelaras Dun Chini iaitu Sdr  Razali Alias.

Kepada pihak penganjur program tersebut di atas dinasihatkan agar memastikan aspek keselamatan kepada penceramah undangan dan orang ramai diberi perhatian utama.  Pihak berkuasa juga diminta memberikan kerjasama sebaik mungkin agar kedua-dua program ini dapat dijalankan dengan penuh berhemah, licin dan teratur tanpa sebarang gangguan atau provokasi dari pihak-pihak tertentu.

Orang ramai dijemput hadir di kedua-dua program ini serta memberikan kerjasama kepada pihak penganjur terutamanya di dalam aspek keselamatan.

No comments:

Post a Comment