KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, March 8, 2012

SEKITAR PROGRAM CERAMAH DI FELDA CINI 3, PEKAN

Sdr Razali Alias - Pengerusi Majlis Ceramah Umum PR di Felda Cini 3
Pada 06 Mac 2012, KEADILAN Cabang Pekan telah mengadakan Program Ceramah Umum bertempat di Markas PAS Felda Cini 3, Pekan.  Pada sebelah petang sebelum itu, berbagai aktiviti telah dijalankan seperti melawat kawasan-kawasan perkampungan Orang Asal dan juga Majlis Dialog bersama Para Peneroka Felda di Cini 3.

Majlis ceramah pada malam itu telah diPengerusikan oleh Sdr Razali Alias, Ketua Penerangan KEADILAN Pahang merangkap Penyelaras Dun Cini, Pekan.
 

Wakil PAS - Us Chegu Sulaiman Md Derus
Tetamu yang diundang sebagai penceramah pada malam itu adalah Tuan Hj Suhaimi Said (Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal), Wakil PAS adalah Us Chegu Sulaiman Md Derus, Sdr Rebin Berham (S/Usaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal) dan juga Us Samsul Firdaus (Wakil dari Kerajaan Negeri Selangor).

Sdr Rebin Berham (S/Usaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal)
Us Chegu Sulaiman Md Derus banyak mengulas isu-isu berkaitan pemecatan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dato' Dr Hassan Ali yang kini bergerak aktif memburukkan imej PAS dan PR di dalam jelajahnya ke seluruh negeri.  Sikap Dr Hassan Ali yang sering mendahului pimpinan PAS dan tidak menghormati keputusan dan dasar PAS adalah punca sebenar beliau dipecat, katanya. 

Warga Felda Cini 3 menandatangani bantahan di kain rentang
Ucapan Sdr Rebin Berham pula banyak berkisar tentang isu dan kemelut yang dihadapi oleh Felda sekarang ini.  Beliau mahu para Peneroka berfikir banyak kali sebelum mengambil apa jua keputusan berhubung dengan isu penyenaraian koperasi felda ke dalam saham yang dicadangkan oleh kerajaan tersebut.  Beliau turut mengajak seluruh warga Felda dan orang ramai yang membantah penyenaraian berkenaan untuk menghadiri satu perhimpunan `BANTAH' pada 30 Mac ini di Putrajaya di samping mereka diminta menandatangani bantahan tersebut pada kain rentang yang disediakan. 

Di antara orang ramai dan wara felda yang hadir

Us Shamsul sedang berucap
Mengenali Us Shamsul Firdaus, seorang bekas Imam, beliau terkenal apabila dikaitkan dengan peristiwa `Sumpah Laknat' oleh `Datuk T' di dalam masjid.  Beliau berucap dengan menceritakan peristiwa itu kembali di mana jelas bahawa tindakan `Datuk T' berkenaan tidak mematuhi kaedah Islam yang sebenar.  Para hadirin menjadi gamat seketika apabila beliau menceritakan bagaimana Rahim Thambi Chik dan Eskay melakukan `Solat Satu Rokaat' sewaktu memasuki masjid.

Beliau juga menjelaskan bagaimana sekarang ini rakyat Selangor hidup di dalam keadaan yang lebih baik berbanding sewaktu Selangor di bawah pentadbiran Umno/Bn.  Umno, katanya sekarang ini terlalu ghairah untuk merampas kembali negeri terkaya tersebut agar mereka boleh memperkayakan diri dan kroni masing-masing.

Tuan Hj Suhaimi Said - Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal

Selaku penceramah terakhir, Tuan Haji Suhaimi Said lebih banyak mengulas tentang kejayaan PR menguasai beberapa kawasan felda di seluruh negara.  Beliau optimis bahawa Negeri Sembilan akan tumbang kepada PR memandangkan beberapa kawasan felda di negeri Adat Perpatih itu kini mula menyokong PR.  Di Pahang, katanya Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal sentiasa bersedia untuk memasuki semua kawasan felda asalkan mendapat kerjasama yang baik dari pimpinan parti di kawasan-kawasan berkenaan.

Bersama Sdr Rebin
Sdr Zaidi (Pengarah P/Raya Negeri), Tuan Hj Suhaimi dan Sdr Rebin menikmati jamuan ringan

Tahniah kepada KEADILAN Cabang Pekan, terutamanya kepada Timbalan Ketua Cabang, Sdr Kamal bersama seluruh AJK Cabang yang telah berjaya melaksanakan program hari itu.  Penyelaras Dun Cini, Sdr Razali Alias juga turut memberi jaminan bahawa Cabang Pekan, terutamanya di Dun Cini akan lebih kerap mengadakan program penerangan sekurang-kurangnya dua minggu sekali bagi menjelaskan berbagai isu semasa kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment