KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, March 17, 2012

BERANIKAH HASAN ALI BERDEBAT ?

Dr Dzulkefly undang Hasan berdebat
Wartawan Sinar Harian
17 Mac 2012
Dr Dzulkefly Ahmad
SHAH ALAM – Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad me­ngundang bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali untuk berdebat mengenai tuntutan ilmu dan amanah dipertanggungjawabkan.
Menurutnya, undangan tersebut, antara lain, akan menjawab pelbagai tuduhan dilemparkan Hasan terhadapnya, termasuk sebagai parasit dalam parti.

“Jika beliau berwibawa, boleh tampil berkongsi pentas bersama saya, sama ada dalam bentuk wacana atau debat.

“Saya yakin beliau akan menyambut undangan saya memandangkan beliau bekas ahli dan faham isu ini.

“Saya berpendapat Sinar Harian mampu menganjurkan sesi tersebut dengan jayanya dalam rangka membudayakan politik berpengetahuan dan politik bersih serta murni,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dr Dzulkefly turut menafikan dakwaan Hasan bahawa beliau adalah parasit dalam Pas.

“Saya terkejut dengan tuduhannya itu. Hasan berhak menubuhkan apa sahaja pertubuhan, tetapi akhir-akhir ini banyak tuduhan, antaranya, saya bertanggungjawab me­ngubah perkataan Negara Islam kepada Negara Berkebajikan.

“Perkara itu sebenarnya diusulkan Hasan dan muktamar meluluskan gagasan Negara Islam. Hasan juga ada menyertai siri perbahasan sewaktu dalam Jawatankuasa Pas Pusat serta merumuskan Dokumen Negara Berkebajikan,” katanya.

Beliau mendakwa, Hasan memutar-belitkan kenya­taannya mengenai pelantikan seorang bukan Islam sebagai pimpinan kanan parti setelah Pas menubuhkan Dewan Perhimpunan Penyokong Pas, sama seperti dilakukan Parti Ikhwan Muslimin di Mesir yang melantik seorang Kristian Koptik sebagai presiden parti./Sinar

No comments:

Post a Comment