KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, March 20, 2012

AHLI PKR KAUM ORANG ASAL MENINGGAL DUNIA DI PEKAN

Sepertimana yang telah dilaporkan di dalam FaceBook PKR Pahang semalam,  dukacita dimaklumkan bahawa seorang ahli PKR dari Cabang PKR Pekan, Orang Asal bernama Amat bin Selamat dari Kg Belukar Nangka, Kuala Mentiga, Pekan telah meninggal dunia di HTAA, Kuantan jam 2.00 pagi pada 19 Mac 2012.

Ketika berada di Wad HTAA di samping isterinya

Beliau yang meninggalkan 7 orang anak dan seorang balu bernama Minah bte Dol meninggal dunia akibat jangkitan kuman di buah pinggang.  Beliau telah dibawa ke HTAA, Kuantan pada pagi Jumaat lepas oleh Ketua PKR Cabang Pekan iaitu Sdr Roslan Tahir dan isterinya bersama dengan Sdr Zaidi Ahmad (Pengarah Pilihanraya PKR Negeri/AJK Cabang Pekan) setelah dimaklumkan oleh Sdr Acik, saudara kepada keluarga Amat.      

Pn Nita, isteri kepada Sdr Roslan Tahir, Ketua Cabang PKR Pekan bersama balu dan anak serta cucu Mendiang

Pada awal pagi keesokannya, beliau telah menjalani pembedahan segera.  Sejurus pembedahan, dilaporkan beliau masih tidak sedarkan diri (koma) sehingga di dapati meninggal dunia jam 2.00 pagi semalam.  Turut berada di HTAA menziarahi serta menguruskan proses tuntutan jenazah dan urusan pengkebumian adalah bekas Adun Chini, YB Jafri Rashid.  Pihak JHEOA juga turut menguruskan urusan pengkebumian dan jenazah selamat disemadikan jam 4.00 petang semalam.

Atas: Jenazah dibawa pulang ke kampong Mendiang.  Bawah: Jenazah menanti untuk dikebumikan

Difahamkan juga, Mendiang Amat semasa hidup masih tidak mempunyai Mykad setelah 3 tahun menanti dan beliau sehingga meninggal dunia masih mengunakan pengenalan sementara.  Pihak JPN dikatakan masih memproses permohonan Mykad Mendiang. 

Balunya, Minah bte Dol menyuarakan rasa bimbang beliau sekeluarga dengan nasib yang bakal menimpa keluarganya setelah ketiadaan Mendiang.  Di dalam keadaan rumahnya yang dhaif serta hilang tempat bergantung, beliau mengharapkan ada pihak yang sudi untuk memberikan bantuan yang sewajarnya untuk beliau sekeluarga.  

KEADILAN Negeri Pahang merakamkan ucapan Takziah kepada waris Mendiang Amat semoga dapat bersabar dengan dugaan yang dihadapi.  Kepada sesiapa yang ingin memberikan bantuan atau sumbangan kepada waris Mendiang Amat, sila sampaikan terus kepada balunya, Minat bte Dol di alamat seperti yang dinyatakan.  Sumbangan juga boleh disalurkan melalui Ketua Cabang PKR Pekan, Sdr Roslan Tahir atau  melalui Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, Tuan Haji Suhaimi Said.

No comments:

Post a Comment