KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, March 20, 2012

Ahli Parlimen Pakatan keluar Dewan protes PSC Lynas

(Oleh: Mohd Martin Kahar)

 



KUALA LUMPUR, 20 Mac: Sekumpulan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar Dewan Rakyat apabila penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) membincangkan isu Lynas tidak mengambil kira syarat-syarat yang diusulkan mereka.

Ia bermula apabila berlaku percanggahan pendapat antara Ahli Parlimen kerajaan dan Pakatan Rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang membahaskan usul berkenaan membidas syarat yang dituntut Pakaran Rakyat dan tindakan mahu memboikot jawatankuasa itu walaupun ia baru peringkat usul.

Dewan menjadi kecoh apabila Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh bangun untuk memohon laluan soalan namun ia tidak diberi peluang sehingga Tian Chua (Parlimen Batu) dan Dr. Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) bangun meminta jawapan Nazri sama ada kerajaan akan akur atau tidak dengan segala keputusan PSC.

Ahli PArlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin seterusnya bangun mendesak kerajaan menghentikan projek nadir bumi itu sebelum sebarang keputusan untuk menubuhkan PSC.

Ketika pertikaman lidah sedang berlaku Speker Dewan rakyat, Yang Dipertua Ronald Kiandee meluluskan usul berkenaan setelah Ahli Parlimen Barisan Nasional bersetuju dengan cadangan itu.

Beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat kemudiaannya bangun meninggalkan dewan setelah tidak berpuas hati dengan jawatankuasa tersebut ditubuhkan tanpa mengambil kira pandangan mereka.

 
 
Fuziah ketika ditemui di lobi Parlimen berkata jawatankuasa itu sekadar bertujuan menutup keburukan terhadap pusat nadir bumi di Kuantan itu.

“Kita menjangkakan berlaku manipulasi daripada kerajaan berkenaan keputusan PSC ini. Penubuhan PSC ini untuk mengubah tanggapan negatif rakyat terhadap projek tersebut walaupun keputusan jawatankuasa mendapati projek ini sememangnya berbahaya.

“Kita mengharapkan PSc ini sebagai tempat orang Kuantan meluahkan segala pandangan. Selepas mendengar penggulungan daripada menteri, kami mengambil keputusan untuk tidak mengambil bahagian dalam PSC kerana jelas tidak akan mengubah apa-apa keputusan berkaitan projek Lynas,” katanya.

KEADILAN sebelum itu menetapkan tiga syarat sebelum mempertimbangkan menyertai PSC untuk membincangkan isu keselamatan projek projek Lynas di Gebeng, Kuantan.

Syarat-syarat itu ialah projek pembinaan kilang tersebut yang hampir 95 peratus siap perlu dihentikan serta merta, menghentikan import bahan nadir bumi dari Australia dan memberi kuasa sepenuhnya kepada jawatankuasa itu untuk membuat keputusan.

Usul penubuhan PsC membincangkan keselamatan projek Lynas dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri NAzri Aziz.
 
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=28418

No comments:

Post a Comment