KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Sunday, December 29, 2013

KEADILAN PAHANG MENGUTUK DAN MENGECAM KENYATAAN BIADAB KETUA WANITA UMNO DI PAHANG

KEADILAN Negeri Pahang mengutuk serta mengecam sekeras-kerasnya perbuatan biadab dan kurang ajar Ketua Wanita Umno dari Kuantan yang meminta rakyat yang tidak suka kepada Kerajaan Bn agar keluar dari negara ini.
 
Ketua Wanita Umno tersebut, Datuk Zaiton Mat berkata " Tinggalkan Malaysia jika tidak suka kerajaan BN".  Zaiton berkata demikian selepas mengetuai 50 anggota Umno Kuantan dan Paya Besar yang membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan semalam, lapor The Star.  Laporan polis itu dibuat kononnya ada cadangan untuk guling kerajaan pada 31 hb Dis ini di Dataran Merdeka.
 
Kenyataan Zaiton itu jelas menampakkan beliau tidak layak menjadi pemimpin kerana terlalu mudah terpedaya dengan propaganda murahan media yang beliau sendiri tidak tahu asas dan bukti tuduhan jahat tersebut.  Mungkin berasa tertekan dengan kecaman rakyat terutamanya dari mangsa-mangsa banjir sekitar Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar dan beberapa kawasan lain di negeri ini terhadap Kerajaan Negeri dan Pusat yang jelas gagal bertindak pantas membantu mangsa-mangsa banjir maka beliau ingin mengalih perhatian kepada isu yang sengaja diada-adakan.
 
Bahkan di kawasan Najib sendiri iaitu di Pekan terdapat mangsa-mangsa banjir yang terpaksa meminta bantuan dari Wakil Rakyat dari PR di kawasan lain kerana tindakan lembab pihak kerajaan membantu mereka.  Paling mengecewakan Ketua Wanita ini apabila lebih 100 orang ahli Umno dari Kuantan bertindak meninggalkan parti tersebut dan menyertai KEADILAN kerana kecewa dengan sikap pemimpin Umno yang tidak peka dengan kesusahan rakyat menghadapi banjir.  Di waktu rakyat berlapar dan rumah mereka ditengelami air, pemimpin Umno bersorak riang di PWTC dan hanya datang menemui rakyat setelah keadaan banjir hampir pulih.

Sikap ego dan sombong Ketua Wanita ini pasti tidak akan dilupakan oleh rakyat di negeri ini.  Bayangkan jika di negeri-negeri yang diperintah oleh PR, para penyokong Umno/Bn diminta tinggalkan negeri tersebut apakah akan terjadi kepada negara ini?  Kebebalan Ketua Wanita ini amat memalukan kerana gagal tampil untuk berhujah sebaliknya membuat kenyataan kebudak-budakan. 


Saturday, December 28, 2013

Guling kerajaan 31 Disember, propaganda Umno tak masuk akal

(Basyar Abkadir)

 
 
KUALA LUMPUR 27 DIS: Dakwaan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini adalah propaganda murahan Umno yang tak masuk akal dan cuba menakut-nakutkan rakyat.

Ahli parlimen KEADILAN Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tujuan sebenar perhimpunan tersebut adalah untuk menunjukkan kemarahan rakyat terhadap pelbagai kenaikan harga barang yang menyebabkan kos sara hidup rakyat semakin tinggi.

“Rakyat sekarang ditakut-takutkan dengan isu ‘gulingkan kerajaan’ dan sebagainya. Kerajaan cuba untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar.

“Isu sebenar ialah rakyat semakin terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barang, berpunca daripada kelemahan urus tadbir kerajaan pusat,” katanya kepada Keadilandaily.

 
 
Tegas Shamsul, rakyat bebas untuk berhimpun untuk menyatakan bantahan dan ia termaktuv di dalam perlembagaan Persekutuan.

“Himpunan terhadap sebarang isu banyak berlaku bagi negara yang mengamalkan demokrasi.

“Kalau betul Malaysia mengamalkan konsep demokrasi, maka himpunan aman hendaklah dibenarkan,” katanya.

Himpunan 31 Disember 2013 di Dataran Merdeka bertujuan membantah kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang dilakukan kerajaan minoriti Umno Barisan Nasional, bermula selepas Pilihan Raya Umum 13 yang lalu.

http://www.keadilandaily.com

Friday, December 27, 2013

KEADILAN PAHANG SERU RAKYAT TURUN PADA 31 HB DISEMBER BANTAH KENAIKAN HARGA BARANG

KEADILAN Negeri Pahang menyokong sepenuhnya mana-mana pihak yang berusaha untuk menghidupkan demokrasi dan hak bersuara yang dibenarkan oleh Perlembagaan.  Berhubung dengan satu perhimpunan pada 31 hb Disember ini di Dataran Merdeka bagi menunjukkan bantahan atau protes terhadap kenaikan harga barang serta bermacam kezaliman yang dilakukan terhadap rakyat oleh Kerajaan Pusat sekarang, sudah tentunya perlu disokong asalkan berjalan di dalam suasana aman dan terkawal.

Kami percaya perhimpunan yang akan bermula jam 09.00 malam di Dataran DBKL kemudiannya ke Dataran Merdeka hanya sekadar tunjuk rasa atau solidariti rakyat yang semakin terancam dengan janji-janji palsu Kerajaan Umno/Bn selepas mereka memperolehi sokongan 47% untuk membentuk Kerajaan.  Tahun 2014 pastinya menjadi igauan kepada rakyat di mana berbagai kenaikan telah pun diumumkan dan sedang dirancang oleh Kerajaan Umno/Bn sekarang.  

Himpunan Kebangkitan Rakyat yang tidak melibatkan mana-mana parti politik termasuk dari PR sendiri bukan bererti kita boleh membiarkan sebahagian dari rakyat berjuang bersendirian membantah tindakan yang tidak berperikemanusiaan itu.  Sehubungan itu, KEADILAN Pahang menyeru rakyat yang prihatin dan serius untuk menghentikan tindakan keji Kerajaan Umno/Bn ini untuk turun beramai-ramai pada tarikh tersebut. dengan berpakaian HITAM, tanpa membawa sebarang senjata merbahaya.  Tiada nawaitu selain dari berhimpun dan membantah secara aman.

Kami memohon agar pihak berkuasa menghormati suara rakyat.  Tekanan hidup kini bukan sahaja dirasai oleh masyarakat desa tetapi telah menular kepada masyarakat bandar tidak mengira apa jua bangsa, ugama danm ideologi politik.  Tindakan keji mereka wajib kita tentang dan hentikan.
1. Sebuah panitia Gerakan3112 telah ditubuhkan sejajar untuk memastikan himpunan aman protes rakyat pada ambang tahun baru lebih tersusun dan berjalan lancar. 

2. Penggerak Gerakan3112 adalah terdiri daripada beberapa NGO, kumpulan anak muda aktivis dan mahasiswa, dan tiada pemimpin parti politik terlibat.

3. Gerakan3112 menggesa penyertaan orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat memilih Dataran Merdeka sebagai tempat berhimpun pada malam 31 Disember 2013, menuntut supaya segala punca kenaikan kos sara hidup diturunkan segera - ia sebuah protes dari rakyat untuk rakyat, merentasi batasan kepartian mahupun fahaman agama.

4. Panitia Gerakan3112 ditubuhkan untuk menyelaras 3 perkara penting pra/pasca #RPDM31D iaitu;
  • Mengatur perikatan dengan kumpulan peguam dalam soal perundangan / pasukan 'Urgent Arrest'
  • Persediaan pasukan medic
  • Soal pengarahan dan keselamatan pada 31 Disember. 
5. Gerakan3112 menyasarkan objektif membawa semua peserta himpunan masuk ke Dataran Merdeka walau apa pun halangan bermula jam 10 malam. Berhimpun secara aman dan bertahan selama yang boleh.

6. Arahan setakat ini, seluruh kekuatan massa disaran berkumpul di Dataran DBKL pada jam 9 malam, mula bergerak masuk ke Dataran Merdeka jam 10 malam. Berpakaian serba hitam dan membawa bendera kebangsaan manakala bendera parti politik amatlah tidak digalakkan.

7. Semua pengumuman rasmi dan arahan terbaru akan disiarkan melalui saluran facebook event page: Gerakan3112 #RakyatPilihDataranMerdeka31Dis pada pautan:https://www.facebook.com/events/666666776717568/?source=1
- See more at: http://edyesdotcom.blogspot.com/2013/12/panitia-gerakan3112-rakyatpilihdataranm.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+edyesdotcom+%28edyesdotcom%29#sthash.IdVfT0Y1.dpuf

Thursday, December 26, 2013

VIDEO - PENDEDAHAN RAFIZI

Tuesday, December 24, 2013

SAMBUT KRISMAS DENGAN BERSATU LAWAN KEZALIMAN

Pengerusi MPN KEADILAN Negeri Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman yang juga MP Indera Mahkota mewakili seluruh Ahli MPN dan KEADILAN Pahang mengucapkan "Merry Christmas" kepada seluruh masyarakat yang berugama Kristian.

Perayaan Krismas tahun ini hendaklah dijadikan sebagai tanda perpaduan di kalangan berbagai kaum dan ugama di negeri ini khususnya dan negara ini amnya.  Perpaduan di dalam ertikata bersatu menentang kemungkaran dan kezaliman, bersama di dalam mengerjakan amalan kebaikan.


Friday, December 20, 2013

MENGAPA WAKTU BANJIR KAMI PILIH KELUAR UMNO SERTAI PKR?

  
 
SHAH ALAM: Kesengsaraan meredah banjir ketika isteri demam panas tanpa bantuan mana-mana agensi kerajaan, antara punca seorang warga emas menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dengan kudrat tahap usia 60 tahun, Rashid Daud terpaksa mengharungi banjir hampir paras pinggang sejauh 200 meter bersama isterinya, kemudian terpaksa berjalan kaki sejauh dua kilometer.

Sekalipun mengidap penyakit gout dan darah tinggi manakala isterinya pula kebetulan demam panas, mereka tiada pilihan selain meneruskan perjalanan bagi menyelamatkan nyawa dari ancaman banjir.

Dalam hujan lebat pula, beliau yang sebelum ini menetap di Kampung Tanah Putih, Kuantan, terpaksa meminta belas pengguna jalan raya untuk menumpang ke pusat pemindahan banjir di sebuah sekolah berhampiran.

Belum pun hilang penat meredah rintangan, kesengsaraan mereka belum berakhir berikutan pusat pemindahan tidak menyediakan makanan dan keperluan asas secukupnya.

“Bila sudah sampai tempat selamat, makanan dan keperluan asas pula tak cukup, kalau tunggu terpaksalah berlapar,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, hari ini.

Selain mereka, katanya, seorang penduduk kampung sama yang lumpuh juga tidak mendapat bantuan dari agensi kerajaan untuk berpindah ke tempat selamat.

“Nasib baik ada penduduk yang mempunyai bot membantu memindahkan pesakit ‘stroke’ itu ke tempat selamat,” katanya.

Rashid kesal kerana kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan Pahang tidak peduli akan derita penduduk hingga mendorong beliau bersama hampir 100 penduduk meninggalkan Umno.

“Keputusan ini diambil kerana kecewa dengan kerajaan BN yang tidak pedulikan keselamatan kami.

“Sedangkan kami lihat, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh bukan sahaja cuba usulkan isytihar darurat di Kuantan, malah dengan sumber terhad menolong apa yang termampu,” katanya.

Beliau kecewa kerana tiada operasi menyelamat dilakukan agensi kerajaan sama ada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPA), polis atau Angkatan Tentera Malaysia (ATM) walaupun memiliki kelengkapan mencukupi.

“Tiada satu pun bantuan menyelamat dari agensi kerajaan sedangkan mereka mempunyai bot, trak dan sebagainya yang lengkap tetapi tidak digerakkan,” katanya.

Sebelum ini, usul ‘kecemasan’ supaya Kuantan diisytihar sebagai kawasan darurat ditolak Speaker Dewan Rakyat dari BN untuk dibahas dengan alasan permohonan itu memerlukan notis dua hari.
-selangorku-

Thursday, December 19, 2013

HIMPUNAN 31 DIS - PR MUNGKIN TURUT BERSAMA NGO LAIN

PETALING JAYA - Pakatan Rakyat menerima desakan orang ramai untuk mengadakan bantahan besar-besar berikutan isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang diumumkan kerajaan sejak kebelakangan ini.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, bantahan itu mungkin sampai turun ke jalanan seperti perhimpunan yang lepas.

“Kami akan bincangkan isu ini secara lanjut dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR Jumaat ini. Agenda mesyuarat ini hanya satu iaitu berbincang mengenai kenaikan harga yang diumumkan kerajaan.

“Sama ada kita akan perhimpunan besar-besaran atau tidak, akan diputuskan Jumaat ini,” katanya.

Beliau berkata, mesej yang diutarakan rakyat sangat jelas bahawa mereka sangat marah dengan kenaikan yang bertindan dalam tempoh enam bulan ini.

Ditanya adakah PR akan mengadakan perhimpunan itu bersama NGO lain atau secara berasingan, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kemungkinan besar mereka akan bergabung bersama NGO lain seperti Bersih.

Sementara itu, menerusi sidang media, Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PR akan mengadakan kempen anti cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Mengulas mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low, Anwar berkata, GST tidak akan menurunkan kadar pelarian wang seperti didakwa.

`Saya ingin menegaskan bahawa GST tidak mempunyai pengaruh yang besar terhadap masalah aliran wang haram, apatah lagi, yang berhubung dengan jualan eksport ke luar negara.

`GST ke atas eskport adalah pada kadar sifar dan tidak mempunyai kesan pun ke atas harga barangan eksport,`katanya.

Menurut Anwar, alasan yang digunakan itu hanya bertujuan untuk mengiyakan pelaksanaan GST dengan mengelirukan rakyat yang rata-rata masih kurang memahami mengenai isu ini./Sinar

Wednesday, December 18, 2013

BANTU MANGSA BANJIR, TERIMA KASIH BUAT SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA (SAMM)

Di dalam menghadapi suasana banjir besar minggu yang lalu, KEADILAN Negeri Pahang khususnya bukan sahaja menerima bantuan dari berbagai bentuk daripada KEADILAN Pusat atau negeri, AMK dan Wanita, namun kita turut dibantu oleh beberapa NGO dan pertubuhan sukarelawan termasuk juga dari ABIM.


KEADILAN turut mengucapkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang telah turut bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa banjir termasuk memberikan bantuan barangan, peralatan dan bahan makanan untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri ini.  Kehadiran SAMM Pusat bersama SAMM Pahang amatlah kami hargai di mana tenaga dan jasa mereka tidak kurang pentingnya seperti AMK dan Wanita KEADILAN yang bersama-sama menyelami perasaan mangsa-mangsa banjir.

Mudah-mudahan Allah akan memberkati usaha kesemua petugas dan sukarelawan yang telah menghabiskan masa mereka di sini untuk membantu mangsa-mangsa banjir.  Semoga kerjasama seperti ini akan dapat dikekalkan di masa-masa akan datang demi kebaikan rakyat. 

Tuesday, December 17, 2013

Kesilapan perjanjian konsesi punca kadar tol naik, kata Khalid Ibrahim

December 16, 2013


 
 
Kesilapan kerajaan pusat ketika membuat perjanjian dengan syarikat konsesi lebuh raya tanpa menyatakan jumlah keuntungan maksimum yang boleh dikutip mengakibatkan rakyat terpaksa membayar tol lebih daripada sepatutnya.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata kesilapan ini sepatutnya diperbetulkan kerajaan pusat sejak sekian lama supaya rakyat tidak lagi terbeban dengan keadaan ini.

Khalid, bekas tokoh korporat negara berkata, perjanjian konsesi lebuh raya lebih menumpukan kepada tempoh perjanjian sehingga mengakibatkan syarikat konsesi mengaut keuntungan berganda yang melampaui kos perbelanjaan awal yang telah dikeluarkan untuk menyiapkan projek berkenaan.

“Kita dapati syarikat konsesi, apabila membentangkan kertas kerja, menyatakan peratus pertumbuhan trafik adalah lebih rendah dari apa yang berlaku sekarang.

“Ini bererti aliran tunai atau pendapatan hasil untuk konsesi adalah lebih besar daripada apa yang dijangkakan.

“Walau bagaimanapun pemegang konsesi masih menuntut walau mereka sudah memperoleh (keuntungan) daripada apa yang dijangkakan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dalam sidang medianya sebagaimana dilaporkan Selangorkini.

Bagi beliau, kerajaan pusat perlu menyemak semula pulangan keuntungan yang diperoleh syarikat konsesi dan mengubah pendirian mereka kerana pada dasarnya kerajaan sudah membayar lebih dari sepatutnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan

Ini kerana, perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya dan telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.

Menurut angka yang disebarkan melalui laman sosial, kenaikan mendadak kadar tol di negara ini akan berlaku mulai tahun depan.

Mengikut angka yang tidak pasti kebenarannya itu, kadar tol di lebuh raya Sungai Besi Besraya akan naik dari RM1.30 ke RM2.

Lebuh raya NPE dari RM1.60 ke RM2, LDP dari RM1.60 ke RM2.10, Akleh dari RM1.50 ke RM2.50, Kajang SILK dari RM1 ke RM1.30.

Lebuh raya KL-Putrajaya (MEX) pula dari RM2.50 ke RM3.50, lebuh raya Kajang -Seremban (Lekas) dari RM1.90 ke RM2.30, lebuh raya trafik KL Barat (Sprint) dari RM1.50 ke RM2.50, Lebuhraya Pantai dari RM1.50 ke RM2.50, Damansara RM1 ke RM1.50, Kiara dari RM2 ke RM3.

Lebuh raya SKVE pula dari RM14.96/kilometer ke 16.46/kilometer manakala Lebuh raya Koridor Guthrie (GCE) pula dari RM1.40 ke RM1.90 dan Lebuhraya Smart dari RM2 ke RM3. – 16 Disember, 2013./MI

Saturday, December 14, 2013

Zahid Hamidi & KDN anjur sarkas paling menghiburkan

KUALA LUMPUR 13 DIS : Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar secara sinis menyatakan dakwaan terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu sebagai pengikut ajaran Syiah adalah ‘satu pertunjukan sarkas yang menghiburkan di abad ini’.

 
 
Katanya, isu itu akan dijaja ke seluruh negara sebagai cara untuk mengalihkan keresahan rakyat yang terhimpit dengan pelbagai kenaikan harga barangan.

“Dakwaan itu menjadikan pertunjukan sarkas paling top di abad ini. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai tauke sarkas dan menjadikan pegawai Kementerian Dalam negeri (KDN) sebagai badut sarkas.

“Selepas ini mereka boleh ronda seluruh Malaysia kerana semalam pertunjukan baru bermula di Putrajaya.

“Mereka boleh menghiburkan rakyat Malaysia yang sedang mengelamun dengan kenaikan harga barang. Selepas ini mereka boleh lupa beban kos sara hidup,” katanya, lapor Selangorku.

Semalam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang media mendedahkan 10 bukti yang mengaitkan Mat Sabu dengan fahaman Syiah.

KDN juga mengemukakan hujah mengaitkan Mat Sabu dengan Syiah antaranya dakwaan berselawat seperti penganut mazhab itu dan mengagumi pemimpinnnya, Ayatullah Khomeini.

Namun, perkara itu dinafikan Mohamad Sabu dan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung dakwaan berkenaan.

 
 
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata dakwaan yang dikaitkan dengan fahaman Syiah adalah satu lagi bahan jenaka Umno.

Tuan Ibrahim berkata, dakwaan itu adalah tomahan yang bertujuan untuk memburukkan imej Pas.

Katanya, selama ini terdapat pemimpin dunia berkunjung ke negara yang mempunyai ideologi berbeza, namun tidak menganuti fahaman berkenaan.

“Bukti yang didakwa itu adalah dangkal dan memalukan. Saya ingat ia menjadi bahan ketawa pelbagai pihak bila dia mengaitkan seseorang itu dengan fahaman Syiah hanya kerana individu itu kagum dengan seorang tokoh dan banyak kali melawat Iran.

“Alasan yang diberikan hanya akan ditertawakan orang ramai. Dalam konteks negara, ada pemimpin negara yang melawat dan bertemu dengan pemimpin komunis, tidak menjadi komunis begitu juga pemimpin yang melawat negara Sosialis.

“Kekaguman seseorang itu terhadap sesuatu tokoh bukan bererti dia menganut mazhab tokoh itu,” kata Tuan Ibrahim.

 
 
Jika tuduhan itu dilemparkan hanya disebabkan kekaguman Mat Sabu terhadap Khomeini maka beberapa pemimpin BN juga boleh dikaitkan menganut fahaman Syiah ekoran pertemuan mereka dengan Bapa Revolusi Iran itu.

Berdasarkan gambar yang tersebar di internet, antara pemimpin BN yang bertemu Khomeini adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Perkasa, Ibrahim Ali./SK

Thursday, December 12, 2013

KHIDMAT YANG IKHLAS BANTU BANJIR, LEBIH 100 AHLI UMNO KUANTAN ISTIHAR SOKONG PKR

Sewaktu menghadapi banjir terbesar di Pahang beberapa hari lalu, kesemua Wakil Rakyat dari PKR khususnya dengan komitmen padu juga dari Wakil Rakyat dari PAS terutamanya di kawasan paling teruk di landa banjir iaitu di kawasan Kuantan dan Indera Mahkota, mereka tidak pernah berehat dan mengira waktu untuk terus merasai kesusahan yang dialami oleh rakyat di kawasan mereka.
 
YB Fuziah menerima borang keahlian.  Turut sama Adun Teruntum, YB Sim Choon Siang
 
Tiada langsung program berkempen mencari ahli atau merayu penduduk untuk menyokong kami sewaktu melakukan tugas membantu mangsa-mangsa banjir, kecuali kami turun dengan vest, topi atau bendera PKR sebagai jenama yang dibawa sebilang masa.  Bantuan dihulurkan sedaya upaya tanpa mengira fahaman politik dan kami tidak menunggu bantuan atau jentera dari Kerajaan Pusat mahupun Negeri untuk mula bertindak. Disaat Umno berhimpun dengan gelak tawa serta sesi bodek dan mengampu pimpinan mereka di PWTC, Wakil-Wakil Rakyat dari PR meredah air, mengharung banjir mencari para penduduk untuk diselamatkan.  Bukan kami menafikan bantuan dari Kerajaan Pusat mahupun jentera dari Kerajaan Negeri tetapi kami tidak bertindak atau mengambil masa terlalu lama menanti itu semua.

Mungkin keikhlasan dari Wakil-Wakil Rakyat PR serta seluruh jenteranya di dalam membantu mangsa-mangsa banjir, maka segelintir dari para penduduk mulai merasa alangkah nikmat dan bahagianya sekiranya PR diberi peluang mentadbir negara atau negeri ini.  Musibah banjir memang tidak boleh dipolitikkan, namun mangsa-mangsa banjir boleh menilai sendiri yang mana kaca dan yang mana intan.  Mereka tahu mana satukah yang membantu dengan ikhlas walaupun serba serbi kekurangan dan yang mana satukah yang membantu untuk mendapatkan nama semata-mata.

Walhasilnya, semalam UMNO Bahagian Kuantan menerima tamparan hebat apabila lebih 100 penyokong tegar mereka telah istihar menyokong PKR ekoran rasa kecewa dan tidak puas hati atas cara layanan yang mereka terima terutamanya sewaktu banjir melanda.  Penduduk Tanah Putih Baru yang di ketuai seorang bernama En Rashid orang kuat UMNO Cawangan di situ telah megambil keputusan bijak dan tepat untuk meninggalkan UMNO bersama para penyokongnya dan akan bersama PKR.

Borang penyertaan keahlian diserahkan sendiri kepada MP Kuantan yang juga Naib Presiden PKR, YB Fuziah Salleh petang semalam.  Mereka berkata ketika penduduk Tanah Putih Baru di landa banjir mereka hanya lihat kumpulan dari Pakatan Rakyat diketuai YB Fuziah Salleh yang benar-benar menunjukkan keikhlasan datang membantu sedangkan dari UMNO/BN sekadar melepas batuk ditangga.

Jelas, kebanyakan pemimpin Umno terutamanya di kawasan Kuantan dan Indera Mahkota, mereka lebih berminat berlumba-lumba merebut jawatan sepertimana yang dapat kita saksikan di dalam pemilihan Umno Bahagian Kuantan dan Indera Mahkota yang mana calon-calon yang merebut jawatan adalah ramai.  Bila tiba saat mereka diperlukan oleh rakyat, mereka hilang entah ke mana.


Wednesday, December 11, 2013

VIDEO - PENDUDUK PALOH HINAI, PEKAN MOHON BANTUAN SEGERA DARI YB FUZIAH, MP KUANTAN

Tuesday, December 10, 2013

TAHNIAH, KERJASAMA WAKIL RAKYAT PR HADAPI BANJIR AMAT BAIK

Kerajaan Negeri Selangor adalah di antara beberapa pihak yang telah memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri ini terutamanya di kawasan yang kritikal iaitu Kuantan dan Indera Mahkota.  
 
Pengerusi KEADILAN Pahang yang juga MP Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman telah menerima bantuan dari wakil dari Kerajaan Negeri Selangor, YB Elizebeth Wong (Exco Selangor-Adun Bkt Lanjan) dan YB Gan Pei Nei (Adun Rawang) yang turut sama turun menemui mangsa-mangsa banjir.  Turut bersama juga adalah YB Nik Nazmi yang bersama Adun Semambu, YB Lee Chean Chung menemui mangsa-mangsa banjir dan memberikan bantuan kepada mereka. 
 
 
Sebelum ini, YB Nurul Izzah (Naib Presiden PKR/MP Lembah Pantai) juga turut bersama MP Kuantan, YB Fuziah Salleh berkunjung ke setiap Pusat Pemindahan Banjir sekitar Kuantan menemui mangsa-mangsa banjir.  Turut turun menemui mangsa-mangsa banjir sekitar Kuantan ini adalah Adun Teruntum YB Sim Chon Siang. 
 
 
Kerjasama kesemua Wakil Rakyat PKR amat baik sekali ditambah pula dengan komitmen yang begitu tinggi dari Wakil-Wakil Rakyat dari PAS di kawasan Kuantan dan Indera Mahkota menjadikan tugas membantu mangsa-mangsa banjir di sini tidak begitu membebankan.  Kesemua jentera parti PR telah berfungsi dengan baik sekali.



Monday, December 9, 2013

BANJIR DI PAHANG - BANTUAN TERUS DITERIMA

Kemaskini 08 Dis 2013, berpandukan kepada beberapa laporan dari sumber pihak berkuasa jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang meningkat kepada 40,819 berbanding 40,008 orang malam semalam.

Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang melaporkan kesemua mangsa daripada 11,746 keluarga itu ditempatkan di 149 pusat pemindahan dari 154 penempatan di sembilan daerah yang tertejas akibat banjir.  Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 34,426 orang di 42 pusat pemindahan.

Di Pekan, masih terdapat 3,329 mangsa di 31 pusat pemindahan, Maran (1,034 orang di 19 pusat pemindahan), Temerloh (1,002 di 22 pusat), Jerantut (520 di 11 pusat), Raub (209 di 10 pusat), Bera (189 di tujuh pusat), Rompin (57 di tiga pusat) dan Lipis (53 di empat pusat).

Sementara itu, beberapa jalan utama masih ditutup antaranya Km28 Jalan Kuantan-Sungai Lembing, Km72 Jalan Kuantan-Segamat, Jalan Jerantut-Lipis (di Kampung Sepial), Km14 dan 18 Jalan Temerloh-Bera.
 
KEADILAN Pahang merasa bersyukur kerana bantuan semakin banyak yang tiba dari berbagai pihak termasuk terbaru Kerajaan Negeri Kelantan akan menyumbangkan RM50, 000 bagi membantu mangsa-mangsa banjir.  Sebelum ini Kerajaan Negeri Selangor juga turut berbuat demikian, di samping KEADILAN Pusat termasuk dari AMK juga turut bersama membantu dari segi bantuan peralatan, barangan makanan dan juga tenaga sukarelawan.
 
Beberapa NGO juga turut sama membantu termasuk para pelajar dan Mahasiswa yang sama-sama ingin merasai bebanan yang terpaksa ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir.  
 
Terimakasih kepada semua pihak yang terlibat.

Saturday, December 7, 2013

MANGSA BANJIR TERKORBAN - TAKZIAH DARI PKR PAHANG

KEADILAN Negeri Pahang melahirkan rasa dukacita dan bersedih serta mengucapkan Takziah kepada waris dan keluarga dua beranak yang telah terkorban di dalam bencana banjir yang melanda Pahang sekarang ini.

Allahyarham Jamali Ali serta anaknya yang berusia 17 tahun, Allahyarham Megat Mohd Nazli telah berjaya ditemui pagi semalam.  Kedua-dua mangsa dikatakan terjatuh ke dalam air sewaktu bot yang dinaikinya terbalik di kawasan Sg Isap Jaya.  Mereka dikatakan terjatuh pada petang Rabu kelmarin sehingga dijumpai pagi semalam.

Allahyarham Jamali, 45, adalah bekas AJK Pemuda Umno Pekan telah meninggalkan seorang balu Raja Saidatul Nadrah Raja Arif, serta tiga anak berusia 11 hingga 24 tahun.  Jenazah kedua beranak itu akan dikebumikan di Pekan.

Kami mendoakan agar Roh Allahyarham kedua-duanya di tempatkan di kalangan orang-orang yang Soleh, di samping itu mendoakan agar waris mereka diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian yang berganda ini.  

Di kesempatan ini, kami ingin mengingatkan kepada semua penduduk yang terlibat dengan banjir ini agar memberikan keutamaan kepada aspek keselamatan diri dan keluarga masing-masing serta sentiasa mematuhi arahan dari pihak berkuasa.  Kami juga memohon agar pihak berkuasa agar lebih pro aktif dan peka terhadap mangsa-mangsa banjir serta melengkapkan keperluan dan kelengkapan yang secukupnya agar kita boleh mengawal kejadian yang tidak diingini berlaku.

AL FATIHAH


TERIMA KASIH ATAS BANTUAN ANDA KEPADA MANGSA BANJIR


KEADILAN Pahang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan bantuan di dalam berbagai bentuk kepada semua mangsa-mangsa banjir di negeri ini.

Beberapa pihak dari NGO, orang perseorangan dan termasuk dari beberapa negeri yang telah menghantar bantuan berupa wang ringgit, keperluan makanan, peralatan dan juga tenaga kerja dari sukarelawan telah sedikit sebanyak meringankan bebanan mangsa-mangsa banjir di negeri ini.  Namun demikian, kami mengharapkan bantuan berterusan akan dapat diberikan terutamanya daripada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri tanpa mengira fahaman politik.  Mangsa-mangsa banjir ini terdiri dari berbagai fahaman politik maka tidak wajar fahaman politik diambil kira untuk pengagihan bantuan.

Kepada mana-mana pihak yang ingin terus memberikan bantuan, kami amat-amat menghargainya.  Terima kasih juga kepada pasukan keselamatan, Polis, Tentera, Pertahanan Awam, Rela dan seumpamanya yang telah bertungkus lumus membantu rakyat yang kini ditimpa ujian.



Thursday, December 5, 2013

ISU BANJIR - SANGGUP DICERCA DEMI RAKYAT

Tahniah kita ucapkan kepada Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh yang telah sanggup menerima sindiran dan cacian dari Ahli Parlimen Bn dari Kinabatangan, YB Bung Mokhtar demi membela nasib mangsa-mangsa banjir yang kritikal terutamanya di kawasan yang teruk dilanda banjir seperti di Kuantan, Indera Mahkota, Rompin, Maran, Jerantut bahkan suara beliau juga mewakili mangsa-mangsa banjir di kawasan Najib sendiri di Pekan.

Usul dari YB Fuziah yang turut disokong oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman untuk memasukkan masalah banjir di beberapa kawasan terlibat sebagai kawasan dharurat ditolak, namun suara beliau didengar oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Shahidan Kassim yang berjanji akan mengerahkan bantuan yang diperlukan secepat mungkin.  Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi jelas menunjukkan kekesalannya terhadap tingkah laku YB Bung Mokhtar yang tidak mencerminkan disiplin sebagai Ahli Parlimen di dalam Dewan apabila sentiasa membuat kacau tatkala perkara melibatkan kepentingan rakyat ingin disuarakan.

Usul yang dibawa oleh YB Fuziah disindir oleh YB Bung Mokhtar yang mahu agar Ahli Parlimen Kuantan tersebut pulang menjenguk kawasan, sebaliknya dijawab oleh YB Fuziah  bahawa tiada gunanya berada di kawasan hanya semata-mata menunjukkan muka tanpa berbuat sesuatu yang boleh membantu mangsa-mangsa banjir berkenaan.  

Difahamkan mulai hari ini, beberapa pihak telah bersedia untuk turun ke kawasan-kawasan yang terlibat dan paling menggembirakan apabila Kerajaan Negeri Selangor terlebih awal memberi jaminan untuk memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir berkenaan.  

Sewajarnya Wakil Rakyat daripada Bn akan turut bangun menyokong usul ini kerana mangsa-mangsa yang terlibat bukan sahaja terdiri dari penyokong-penyokong PR sahaja.  Di kawasan Pekan juga ramai yang terlibat walaupun itu kawasan Najib, begitu juga di Rompin.


Tuesday, December 3, 2013

MUSIM BANJIR MULA MELANDA, LAWATAN BANJIR OLEH MP INDERA MAHKOTA

Kini telah tiba musim tengkujuh di Negeri Pahang terutamanya.  Dua tiga hari yang lalu hujan mula tidak berhenti dan beberapa kawasan telah mula dilanda banjir termasuk kawasan di sekitar Kuantan dan Indera Mahkota, walaupun kawasan ini dianggap kawasan bandar.

Semalam, walaupun Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman masih dilanda kesedihan akibat kehilangan bondanya yang tersayang kelmarin, namun beliau tidak punyai waktu melayani kesedihan dan terus bergegas melawat beberapa kawasan yang dilanda banjir terutamanya di kawasan Parlimen Indera Mahkota.

Laporan lawatan MP Indera Mahkota yang juga Pengerusi KEADILAN Pahang itu boleh anda ikuti di laman web beliau di http://datofauzi.com

Sunday, December 1, 2013

AL FATIHAH - BONDA DATO FAUZI KEMBALI KE RAHMATULLAH

AL FATIHAH

Dukacita dimaklumkan bahawa bonda kepada Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang yang juga MP Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman telah kembali ke Rahmatullah setelah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan pagi tadi akibat penyakit tua.

MPN Pahang serta seluruh ahli KEADILAN Negeri Pahang mengucapkan Takziah kepada seluruh ahli keluarga beliau diiringi doa agar Roh Almarhumah bonda YB Dato' Fauzi dicucuri rahmat dan keampunan dari Allah Subhanahu Wataala.  AL FATIHAH

Wednesday, November 27, 2013

PENGGANTUNGAN DUN TIDAK MELEMAHKAN ADUN SEMAMBU

Pada Selasa lalu, sewaktu membahaskan usul Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Pembekalan Air 2014, Adun Semambu dari PKR, YB Lee Chean Chung telah menyebut bahawa Bajet 2014 yang dibentangkan oleh MB Pahang sehari sebelumnya adalah 'Bajet Palsu".
 
Di atas keberanian Adun berkenaan, MB Pahang memberi kata dua kepada beliau agar menarik balik tuduhannya atau berdepan dengan tindakan iaitu membawa perkara tersebut kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dun Pahang.  MB menambah tuduhan YB Lee Chean Chung itu seperti tidak menghormati Dewan.  Isu ini bermula apabila Adun Semambu telah menyebut lebihan RM 2.19 Juta di dalam Bajet 2014 Pahang yang dibentangkan oleh MB itu adalah 'Bajet Palsu".
 
 
Sekiranya MB Pahang merasakan tuduhan Adun berkenaan tidak benar, seharusnya beliau berani untuk membentangkan hujah atau fakta yang meyakinkan bagi membuktikan bahawa tuduhan Adun Semambu itu tidak benar.  YB Lee Chean Chung juga patut diberi ruang untuk mempertahankan hujahnya bukan terus diberi amaran dan tindakan.  
 
Akibat keengganan Adun Semambu menarik balik tuduhannya,  beliau telah menerima hukuman digantung daripada menghadiri dua kali sidang Dewan Undangan Negeri Pahang.  Keputusan itu dibuat Yang Dipertua DUN Pahang, Dato' Ishak Mohamad kelmarin.  Sewaktu usul untuk menggantung Adun ini dibuat, kesemua Adun dari PR membantahnya namun Adun-Adun dari Bn yang majoriti telah mengesahkan hukuman terhadap beliau.
 
Ini merupakan ujian dan dugaan pertama buat Adun muda kita, mudah-mudahan ianya tidak melemahkan semangat beliau untuk terus berjuang dan berjuang.  YB Lee Chean Chung menganggap Dewan yang menghukumnya bukan Dewan Undangan Negeri tetapi "Dewan Adnan Yaakob".

Monday, November 25, 2013

Pindaan perlembagaan KEADILAN dipersetujui sebulat suara

(Azuan Ab Rahman)

SHAH ALAM 24 NOV: Cadangan pindaan terhadap beberapa perlembagaan parti disetujui sebulat suara oleh perwakilan yang hadir ke Kongres Nasional Khas KEADILAN di sini, hari ini

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika ucapan penggulungannya melahirkan rasa gembira terhadap penerimaan perwakilan kepada pindaan tersebut yang dilihat bakal melonjakkan lagi kemampuan parti itu.

 
 
Antara pindaan yang dibuat adalah berkaitan dengan kelayakan keangotaan di mana warganegara yang berusia 18 tahun ke atas layak memohon menjadi anggota biasa.

Perlembagan terdahulu menetapkan bahawa syarat permohonan menjadi ahli parti adalah seseorang itu tidak menjadi anggota mana-mana parti lain.

Pindaan terhadap perlembagaan itu juga turut menekankan semangat kerjasama dan perkongsian kuasa secara adil di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia dengan memperkasakan kedudukan politik dan ekonomi yang saksama mengikut kerangka Perjanjian Malaysia tahun 1963.

Martabat dan peranan wanita sebagai tonggak dan penggerak masyarakat turut diiktiraf dengan menghayati falsafah hormat wanita dengan memastikan wanita bebas daripada diskriminasi dan eksploitasi.

Demi memastikan hak serta kepentingan wanita terpelihara golongan itu disasarkan memberikan sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan dari mereka dalam kepimpinan dan kuasa membuat keputusan./KD

Saturday, November 23, 2013

SELAMAT BERSIDANG KONGRESS KHAS PINDAAN PERLEMBAGAAN ESOK (24 NOV 13)

Esok (Ahad - 24/11/2013), KEADILAN Pusat akan mengadakan Kongres Khas untuk meluluskan Pindaan Perlembagaan Parti yang akan di adakan di Shah Alam, Selangor.  Pindaan kali ini lebih kepada prosedur dan peraturan pemilihan di dalam parti di peringkat Pusat dan Negeri.

Pindaan ini dilakukan secara umumnya adalah untuk memberikan lebih kuasa kepada peringkat akar umbi bagi menentukan kedudukan dan hala tuju parti.  Dijangkakan lebih 2,000 perwakilan dari semua Cabang akan hadir di dalam Kongres Khas kali ini.

Di antara perkara yang dicadangkan untuk pindaan adalah berhubung pencalonan jawatan.  Sebagai contoh, sebelum ini setiap ahli boleh memilih 20 nama calon bagi mengisi jawatan MPP, tetapi kali ini hanya boleh memilih 5 orang calon sahaja.  Ertinya, calon-calon yang popular dan terbaik sahaja bakal menduduki jawatan tersebut.  Kaedah ini juga boleh mengurangkan karenah atau menjimatkan masa pengundian.

Ada beberapa lagi pindaan yang akan dicadangkan untuk diluluskan oleh Kongress.  Sebelum ini deraf cadangan pindaan perlembagaan tersebut telah dikemukakan kepada semua Cabang untuk diteliti dan difahami di samping menyediakan cadangan-cadangan lain, bantahan atau sebagainya sebelum diusulkan pada Kongress esok.

KEADILAN Pahang akan menghantar Perwakilan setiap Cabang negeri ini untuk menghadiri Kongress Khas esok.

VIDEO - APA ANWAR SEBUT TENTANG PENGUNDI HANTU? NAJIB JANGAN BELIT SOAL PENGUNDI BANGLADESH

Friday, November 22, 2013

KEPUTUSAN PEMILIHAN DEWAN PEMUDA/MUSLIMAT PAS PUSAT

Sumber: Anis, Hazayani dan Muhammad Faizal

 
 
PETALING JAYA: Suhaizan Kaiat (gambar) yang mendapat 320 undi dipilih sebagai Ketua In (DPPM) bagi sesi 2013-2015, sementara Muhammad Khalil Abdul Hadi sebagai timbalannya diumumkan malam tadi.

Dua lagi calon Ketua Pemuda ialah Kamaruzaman Mohamad dan Zulhazmi Sharif yang masing-masing mendapat 304 dan 7 undi.

Khalil mendapat 355 undi sementara Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob pula 282 undi.

Ir Khairil Nizam Khirudin yang mendapat 411 undi dipilih sebagai Naib Ketua manakala Ahmad Zamri As'ad khuzaimi pula memperoleh 226 undi.

Ahli-ahli Jawatankuasa yang dipilih sebagaimana di bawah:

1. Syed Abdul Kadir Al Jofree (433)
2. Afnan Hamimi Taib Azamudden (433)
3. Ahmad Fadhli Shaari (417)
4. Syahir Sulaiman (415)
5. Abang Ahmad kerdee (404)
6. Zaharudin Muhammad (379)
7. Ahmad Yahya (377)
8. Wan Faizul Salleh (371)
9. Fadhli Ghani (359)
10. Zawawi Hassan (358)
11. Nurul Islam Mohamed Yusoff (355)
12. Mohd Sany Hamzan (340)

Siti Zailah Mohd Yusof dipilih sebagai ketua Muslimat PAS manakala Dr Siti Mariah Mahmud terpilih sebagai timbalannya.

Berikut adalah keputusan penuh pemilihan Muslimat PAS

Senarai Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS 2013-2015

jumlah perwakilan berdaftar dan layak mengundi 681
jumlah perwakilan mengundi - 665

jumlah kertas undi dalam peti undi - 665 kertas undi

Pengerusi Tetap
* Norhashimah Deraman - 387
* Nor Azlin Md Samsudin - 208
* Saadiah Abu Bakar - 56

Timbalan Pengerusi Tetap
* Nor Azlin Md Samsudin

Ketua
* Siti Zailah Mohd Yusoff - 468
* Nuridah Salleh - 189

Timbalan Ketua
* Dr Siti Mariah Mahmud - 429
* Dr Najihatussalehah Ahmad - 229

Naib Ketua
* Mumtaz Mohd Nawi - 457
* Dr Rosni Adam - 201

Ahli Jawatankuasa

* Dr Halimah Ali - 476
* Aiman Athirah Sabu - 457
* Khairiah Mohamed - 454
* Normala Sudirman - 446
* Dr Asiah Ali - 444
* Aida Yusof Rawa - 409
* Wan Ubaidah Omar - 393
* Mastura Mohammad - 392
* Datuk Siti Ashah Ghazali - 372
* Azizah Khatib Mat - 360
* Wan Hasrina Wan Hassan - 331
* Kartini Ahmad - 306
* Rohani Ibrahim - 300
* Dr Wan Maseri Wan Muhamad - 279
* Noor Hanim Ismail - 274
* Siti Faridah Samad - 260
* Rosiah Salleh - 253
* Wan Aisyah Wan Ariffin - 243
* Kintan Man - 219
* Salamiah Mohd Nor - 209
* Wan Hamidah Wan Daud 171
* Noraini Hussin - 166

Monday, November 18, 2013

AGEN PERISIK MELIBATKAN PEGUAM NEGARA - SAMM PAHANG BUAT LAPORAN POLIS

Kenyataan Terbuka SAMM Pahang
17 November 2013

Agen Perisikan di Pejabat AG: Kerajaan Malaysia Perlu Jawab Kelancangan Tun Mahathir.

Sikap pengecut Kerajaan Malaysia yang terus ‘bersembunyi’ dari membicarakn kelancangan tuduhan Tun Mahathir bahawa kemungkinan wujud agenda jahat Amerika Syarikat secara terus melalui pejabat Peguam Negara terus menimbulkan tanda tanya.

Adakah Kerajaan Malaysia ‘tidak terkata’ apabila satu tuduhan yang mencalar kredibiliti Pejabat Peguam Negara yang juga ‘Pintu keadilan Malaysia’ datang dari wira bangsa melayu sendiri atau mereka sendiri sedang ‘kepanasan’ dengan kebenaran yang sekian lama dirahsiakan? Benar atau tidak persoalan yang kami timbulkan, rakyat perlu jawapan, rakyat berhak mendapat jawapan!
 
Selesai buat laporan Polis di IPD Kuantan oleh SAMM Pahang pada 16 Nov 2013
Justeru itu, bagi terus memberi tekanan supaya pejabat AG dibersihkan dari anasir pengintip dan tindakkan lebih agresif oleh pihak polis, laporan polis telah dibuat oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) secara serentak di seluruh pelusuk negara.

Hari ini, SAMM Pahang serta SAMM setiap negeri mengambil langkah bersama dengan membuat laporan polis di balai polis di setiap negeri masing-masing yang juga negara kelahiran bagi menunjukkan tanda aras kritikalnya kes ini untuk segera diberi perhatian oleh yang berhormat PM sendiri

SAMM Pahang juga menegaskan bahawa kami tidak akan sekali-kali bertolak ansur dalam perkara yang melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara dari campur tangan luar terutama Amerika Syarikat yang kononnya cuba menjadi ‘polis dunia’.

Kami akan berkumpul dan memberi tekanan jika kerajaan terus mendiamkan diri. IPD Dang Wangi akan menjadi saksi ketegasan kami pada 24 November 2013 sekiranya kerajaan terus berdiam diri.
 
Sekian,

Amirul Syazwan
Penyelaras Bersama SAMM Pahang

Sunday, November 17, 2013

MAJLIS MENYAMBUT MENANTU YB FUZIAH SALLEH MERIAH "SANTAI DAN MESRA RAKYAT"

Majlis Menyambut Menantu MP Kuantan, YB Fuziah Salleh telah diadakan semalam (Sabtu-16 Nov 2013) di Pantai Sepat, Kuantan.  Majlis yang bermula jam 12.00 tengahari sehingga jam 05.00 petang itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah dan anaknya yang juga Naib Presiden PKR merangkap MP Lembah Pantai, YB Nurul Izzah.

Kemeriahan majlis yang dilihat sebagai 'Santai dan Mesra Rakyat' memperlihatkan keazaman Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah dan keluarganya untuk melihat agar rakyat bawahan khususnya masyarakat sekitar Kuantan tidak kira latar belakang dan kedudukan boleh bersama meraikan dua pasangan pengantin.  Turut hadir adalah beberapa pimpinan PR negeri ini termasuk YB Dato; Fauzi Abdul Rahman (MP Indera Mahkota/Pengerusi PKR Pahang), YB Andansura (Adun Beserah), YB Us Rosli Jabar (Adun Tanjung Lumpur), YB Lee Chean Chung (Adun Semambu), YB Sim Choon Siang (Adun Teruntum), Us Yusof Embong (Timb Pesuruhjaya PAS Pahang) dan beberapa pimpinan yang lain.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis yang sempat dirakamkan;

YB Fuziah dan suaminya menyambut tetamu dan melayani tetamu yang ingin bergambar
Dua pasang Pengantin di arak menaiki kuda

YB Fuziah menyambut ketibaan YB Dato' Fauzi
YB Dato' Fauzi menyambut ketibaan Datin Seri Wan Azizah
Datin Seri Wan Azizah dan YB Nurul Izzah bersama dua pasangan pengantin yang diraikan
Adun Beserah, YB Andansura (berkopiah) turut hadir
Adun Semambu, YB Lee Chean Chung (kemeja putih)
Adun Teruntum, YB Sim Choon Siang (baju batik biru)
Doa dibacakan - Mohon keberkatan
YB Dato' Fauzi, YB Chean Chung bersama Us Yusof Embong
Datin Seri Wan Azizah dan YB Nurul Izzah di meja makan
Pengarah Pilihanraya PKR Pahang, Sdr Che Mat sedang menjamu selera


Thursday, November 14, 2013

RUMAH TERBUKA DEEPAVALI PARLIMEN INDERA MAHKOTA DAN DUN SEMAMBU MERIAH

Malam tadi, (13 Nov 2013) jam 08.00 malam bertempat di perkarangan Pusat Komuniti Dun Semambu, Indera Mahkota telah diadakan Rumah Terbuka Deepavali anjuran Parlimen Indera Mahkota bersama Dun Semambu.
 
Berbagai lapisan masyarakat telah hadir bagi meraikan kaum berugama Hindu yang masih lagi hangat dan meriah menyambut Deepavali.  Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman tidak dapat hadir kerana tugasan beliau di Parlimen telah mewakilkan Pegawai Khasnya, Sdr Dr Azli yang telah memberikan ucapan mewakili YB Dato' Fauzi.  Adun Semambu, YB Lee Chean Chung juga turut hadir memeriahkan lagi sambutan yang diadakan malam tadi.
 
Turut hadir adalah beberapa pimpinan setempat termasuk SU PKR Pahang, Sdr Kamarzaman Yunus.  
 
SU PKR Pahang, Sdr Kamarzaman (baju batik) bersama isterinya dan Pegawai Khas MP Indera Mahkota, Sdr Azli
 
Adun Semambu, YB Lee Chean Chung (Dua dari Kiri) dan Sdr Kamarzaman (SU PKR Pahang) bersama di antara yang hadir meraikan Rumah Terbuka Deepavali
 
Sdr Kamarzaman (SU PKR Pahang)
Sdr Dr Azli mewakili MP Indera Mahkota memberikan ucapan
Dr Azli mewakili YB Dato' Fauzi menyampaikan sumbangan