KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, March 10, 2012

SEKITAR PROGRAM LAWATAN KE JENDERAK UTARA DAN SELATAN OLEH CABANG PKR K.KRAU

Pada 08 Mac 2012, bermula dari awal jam 09.00 pagi hingga 04.30 petang, PKR Cabang K.Krau telah mengadakan program lawatan ke kawasan Jenderak Utara dan Selatan.  
 

Berikut adalah catatan dari Tuan Hj Suhaimi Said, Ketua Cabang K.Krau yang mengetuai lawatan berkenaan;
 
Di dalam program tersebut, PKR Cabang Kuala Krau telaha menyampaikan sumbangan kepada 30 orang peneroka dan anak-anak peneroka yang dhaif, ibu tunggal dan yang miskin tegar. 
 
 
Anak peneroka yang mempunyai 9 orang anak, 3 darinya tiada surat beranak dan tidak bersekolah. Usahanya mendapatkan surat beranak tidak dilayan oleh pihak berkuasa. Kami menziarahi rumahnya, rumah yang tidak seperti rumah, dan bila hujan, tiada tempat dalam rumah itu yang tidak dituruni air hujan. Kami telah membuat kos untuk memperbaiki rumah itu agar ibu tunggal 9 anak ini dapat sedikit perlindungan. Kerajaan UMNO adalah kerajaan untuk orang kaya-kaya!
 
 
Tahniah kepada Cabang PKR Kuala Krau.

No comments:

Post a Comment