KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, March 14, 2012

Salinan Surat Peguam Negara dalam Skandal Selamatkan Ketua Kongsi Gelap

Oleh: laniismaa
"

Berikut adalah salinan surat Peguam Negara mengenai Skandal Selamatkan Ketua Kongsi Gelap. Salinan surat daripada Peguam negara kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Johari Baharom. Ia adalah surat konspirasi antara bekas Ketua Polis Negera Tan Sri Musa Hassan dengan Abdul Gani dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) sehingga menganggu siasatan terhadap ketua kumpulan kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau dikenali Tengku Goh pada 2007.



Foto :Berita Semasa



Kronologi Skandal Selamatkan Ketua Kongsi Gelap

1.  Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Johari Baharum, mengarahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Ramli Yusuff, menjalankan siasatan dan bertindak ke atas Tengku Goh.


2.  Datuk Ramli Yusuff mengumpulkan enam pegawainya untuk menyiasat.  Dan yang memeranjatkan, semasa mereka menjalankan siasatan mereka mendapati ketua mereka (Ketua Polis Negara), Tan Sri Musa Hassan ada kaitan dan terbabit dengan kes berkenaaan.  Tan Sri Musa Hassan dahulu merupakan bekas Ketua Polis Johor yang kemudiannya dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 2006.


3.  Siasatan JSJK mendapati ketika Tan Sri Musa Hassan Musa menjadi Ketua Polis Johor, beliau telah menututp pusat perjudian haram dan melumpuhkan sindiket pinjaman wang haram di selatan negeri itu, tetapi Tan sri Musa Hassan didakwa pada masa yang sama membantu “menyusunkan semula” beberapa sindiket berkenaan yang beroperasi di bawah “payung” Tengku Goh.


4.  Berbekalkan maklumat daripada pemberi maklumat, JSJK telah menangkap Tengku Goh dan beliau dihantar ke Jeli, Kelantan dan diletakkan di bawah tahanan kediaman terhad.  Peguam Negara Tan Sri Tan Sri Abdul Gani Patail (kiri) campur tangan dan beliau didakwa menggunakan BPR untuk mengakses fail sulit (digelar “Cicero”) dalam kes itu 


5.  Kalau mengikut prosedur, tiada sesiapa dibenarkan untuk mempunyai akses kepada fail ‘Cicero’ apabila seorang pegawai telah diamanahkan mengendalikan kes berkenaan termasuklah Ketua Polis Negara mahupun Peguam Negara.

6.  Tindakan menggunakan BPR (sekarang SPRM) untuk campur tangan dalam kes itu mencetuskan rasa tidak puas hati di JSJK kerana ini adalah campur tangan terang-terangan dalam kerja-kerja polis.


Sumber:  DI SINI

No comments:

Post a Comment