KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, December 19, 2014

SAHAM FGVH JATUH - RAKYAT PAHANG TANGGUNG KERUGIAN? - ADUN SEMAMBU

 
 
Semasa penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) di Bursa Malaysia, saya difahamkan Kerajaan Negeri Pahang telah membeli 5% saham FGVH, ataupun bersamaan dengan 182 juta unit saham. Mengikut Penyata Kewangan Negeri Pahang 2013, nilai buku saham FGVH yang dipegang oleh Negeri Pahang pada tahun 2013 adalah sejumlah RM829,954,466.25. Harga pasaran saham pada ketika itu adalah RM4.55 seunit.

Namun, nilai saham FGVH telah jatuh secara mendadak sejak beberapa bulan ini, dan mencatat nilai terendah semalam (15 Disember 2014), iaitu hanya bernilai RM2.37 sahaja. Ini bermaksud jika Kerajaan Pahang ingin menjual saham yang dipegang sekarang, rakyat Pahang terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM397,648,513.50. Ini belum lagi termasuk kerugian berbilion ringgit yang bakal ditanggung oleh 112,635 orang peneroka di Pahang dan seluruh negara.

Saya faham Felda merupakan asset penting dan sentimental bagi Negeri Pahang, dan tujuan pelaburan saham berkenaan mungkin untuk menjana pendapatan. Namun, keputusan tersebut kelihatan kurang tepat sehingga warga Pahang mungkin terpaksa menanggung kerugian hampir RM400 juta tersebut.

Saya juga ingin mengingatkan bahawa kerugian besar itu adalah sebesar lebih kurang separuh (49%) daripada anggaran hasil Kerajaan Negeri Pahang pada tahun 2014 iaitu RM811 juta. Kewangan Negeri Pahang akan mengalami krisis besar seandainya nilai saham tersebut terus menjunam, apatah lagi tahun depan bakal melihatkan kemelesetan dan krisis ekonomi sedunia.

Sekiranya Kerajaan UMNO/BN Pahang merupakan kerajaan yang bertanggungjawab, mereka harus menjelaskan kepada rakyat mengapakah Kerajaan Negeri Pahang sanggup mendedahkan negeri kepada risiko kewangan yang begitu tinggi, dan apakah strategi mereka untuk menangani keruntuhan harga saham FGVH.

Lee Chean Chung
ADUN Semambu
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat
 
 

Thursday, December 18, 2014

KRISIS EKONOMI SEMAKIN TERUK, NAJIB SUDAH GELABAH?

PETALING JAYA NOV : Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim berkata keadan ekonomi negara pada masa ini berada pada tahap yang kritikal.

Bagaimanapun kerajaan Umno-BN tidak mempedulikan perkara berkenaan walaupun sebelum ini beliau pada Ogos tahu lalu telah memberi peringatan bahawa krisis kewangan bakal malanda di Malaysia akibat daripada salah urus ekonomi negara.

Namun, tindakan Perdana Menteri untuk membenamkan permasalahan dengan mengambus segala masalah kewangan hari ini membebankan rakyat sekaligus memperjelaskan kegagalan kerajaan untuk mempraktikkan kewangan berhemah, kebertanggungjawab serta ketelusan.

“Di dalam keadaan ini, kita sedang menuju ke suatu krisis ekonomi akibat pengurangan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa dan juga penyusutan nilai ringgit kepada paras yang belum pernah dilihat semenjak Krisis Kewangan Asia 1997.

“Ditambah pula dengan penyusutan nilai ringgit berbanting USD kepada hampir 3.5000 (1 USD : RM 3.50), rakyat akan menghadapi masa hadapan yang kelam akibat kenaikan harga barang makanan terutama sekali yang diimport.

 
 
“Di mana kepimpinan kita? Tidak pernah satu pun kenyataan daripada Perdana menteri merangkap Menteri Kewangan mengenai ekonomi negara dan permasalahan ekonomi yang sedang dihadapi rakyat,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Tambahnya lagi, sehingga hari ini tiada tindakan yang dilakukan kerajaan berikutan permasalah yang berlaku, sebaliknya hanya terus membuat penafian tanpa sebarang jalan penyelesaian.

“Dengan pendapatan yang semakin berkurangan dan bebanan hutang yang terus membengkak, adakah kita akan terus mebuat satu lagi 1MDB? Ini sudah menjadi ibu segala skandal dan rakyat sudah muak dengan semua ini.

“Negara pastinya akan menghadpai risiko penurunan taraf, pertumbuhan ekonomi akan terjejas dnegan penguncupan aktiviti ekonomi domestik.

“Apa yang lebih menakutkan adalah ekonomi kita tidak dikemudi dengan baik dan nakhodanya juga tidak kelihatan,” ujarnya.

Monday, December 15, 2014

ANWAR UCAPKAN TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN PROGRAM DI KUANTAN SEMALAM

KEADILAN Negeri Pahang ingin menyampaikan ucapan Tahniah dan Syabas kepada semua petugas parti yang telah bekerja keras menjayakan Program Amanat Pimpinan bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim yang telah diadakan pada Sabtu (13/12/2014) bertempat di Dataran Rakyat, Jalan Beserah, Kuantan.  KEADILAN Pahang juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pendokong Pakatan Rakyat yang telah hadir di dalam program malam semalam.



Ketua Umum juga mengucapkan tahniah di atas sambutan yang diberikan walaupun beliau sendiri merasakan agak sukar menjayakan program di dalam notis yang diberikan terlalu singkat iaitu beberapa hari sahaja, apatah lagi dengan program yang padat di sebelah petang itu juga dengan mengadakan perjumpaan tertutup bersama pimpinan-pimpinan KEADILAN kawasan Pantai Timur.

Alhamdulillah, di luar jangkaan kehadiran berbanding dengan masa yang diberikan untuk mempromosikan seluas mungkin program yang diatur, tambahan pula cuaca yang amat baik pada malam tersebut.  Ramai yang menjangkakan program malam tadi mungkin sedikit terjejas kerana promosi yang banyak tertumpu di sekitar Kuantan dan Indera Mahkota sahaja tambahan pula di musim cuti persekolahan ini.  Namun, apa yang dapat dilihat malam semalam ianya tidak seperti yang diramalkan meskipun tidak sehebat program-progran sebelum ini yang telah dirancang dan diatur lebih awal.

YB Dato' Fauzi Abdul Rahman
Orang ramai ikuti pidato Anwar di hadapan pentas
Ramai juga yang memenuhi tepi dan belakang pentas

Dato' Seri Anwar Ibrahim begitu bersemangat menyampaikan pidatonya dengan menyentuh beberapa isu, di antaranya isu kepentingan agama, kalimah Allah, Kitab Bible Bahasa Melayu, kedaulatan Raja-Raja,  isu rasuah dan penyelewengan.  Beliau juga memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat tetap istiqomah menentang ketidakadilan dan kezaliman rejim Umno/Bn.  Beliau turut tegas menyatakan apa pun terjadi ke atas dirinya, beliau tetap terus bersama rakyat melawan rejim.

Sebelum itu, di sebelah petangnya Ketua Umum telah mengadakan pertemuan tertutup dengan semua kepimpinan Pantai Timur, Pahang, Terenganu dan Kelantan bertempat di Pusat Khidmat Adun Semambu.

Selain dari Dato' Seri Anwar, turut berucap adalah Pengerusi MPN Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman yang juga MP Indera Mahkota.  YB Fuziah Salleh, YB Tian Chua, Sdr Syed Ibrahim (Ketua Penerangan KEADILAN Pusat) dan Sdr Ahmad Nizam Hamid juga turut berucap.  Turut hadir adalah Adun Semambu, YB Lee Chean Chung dan Adun Teruntum, YB Sim Choon Siang.

Friday, December 12, 2014

ANWAR BERKUNJUNG LAGI KE PAHANG ESOK, SABTU (13/12/2014)


Jelajah "Rakyat Hakim Negara' kali kedua kini kembali lagi di bumi Pahang.  Sebelum ini program tersebut telah diadakan di Maran, Pahang dan kali ini lokasinya adalah di Kuantan.

Pada hari Sabtu ini (13/12/2014) bermula jam 09.00 malam bertempat di Dataran Rakyat (Pejabat PKR Negeri yang lama), Jalan Beserah (berhadapan Poliklinik Beserah), Kuantan kita berpeluang untuk mendengar amanat dari Dato' Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pimpinan dari Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, semua rakyat Pahang dijemput untuk menghadiri program tersebut bagi mendengar maklumat-maklumat terkini berkaitan isu-isu semasa yang akan disampaikan oleh Ketua Pembangkang tersebut.  Di samping itu juga, kita juga akan mendengar pidato hebat dari YB Sdr Rafizi Ramli dan juga dari YB Nurul Izzah di samping pimpinan utama negeri.

Pada sebelah petang sebelum itu, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan parti KEADILAN di Pantai Timur.

Mohon hebahkan.

Thursday, December 11, 2014

TAHNIAH - DATO' FAUZI KEKAL TERAJUI KEADILAN PAHANG

YB Dato' Fauzi Abdul Rahman - Pengerusi MPN Pahang/MP Indera Mahkota



Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman telah dilantik semula untuk meneruskan tugas dan amanahnya sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pahang berkuatkuasa 11 November 2014.  

Surat Pekeliling berkaitan perlantikan yang disahkan oleh Presiden KEADILAN, Datin Seri Wan Azizah Ismail telah pun dikeluarkan bagi kesemua negeri.

KEADILAN Pahang mengucapkan tahniah dan syabas di atas perlantikan semula YB Dato' Fauzi Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota.  Beliau juga adalah salah seorang dari Ahli Jawatankuasa Membasmi Rasuah (JKMR) yang diwujudkan bagi membantu dan memantau penugasan SPRM di dalam menangani gejala rasuah di negara ini.

Perlantikan beliau amat tepat sekali memandangkan prestasi Parti KEADILAN khususnya di Pahang di bawah pentadbiran beliau mendapat lonjakan di dalam PRU 13 yang lalu di mana berjaya mengekalkan dua Kerusi Parlimen (Kuantan dan Indera Mahkota), di samping menambah dua lagi Kerusi Dun iaitu Dun Semambu dan Teruntum.  Di samping itu, kerjasama yang baik di antara PR di Pahang di dalam PRU 13 yang lalu membuktikan beliau seorang yang sentiasa bertolenrasi dan tegas di dalam membuat keputusan bersama.

Di dalam Mesyuarat MPN selepas ini nanti besar kemungkinan terdapat beberapa perubahan di dalam beberapa Jawatankuasa MPN bagi mengikuhkan lagi prestasi Parti KEADILAN di dalam menghadapi PRU 14 yang akan datang.  

Semoga KEADILAN Pahang terus berjaya.

Monday, December 1, 2014

Kekal Akta Hasutan : Najib terus mungkir janji

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kekesalan beliau ketika ditemui di lobi parlimen hari ini apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal menepati janjinya yang sebelum ini ingin memansuhkan Akta Hasutan.

Katanya, Najib seharusnya menjelaskan kepada rakyat dengan alasan yang konkrit, bukannya memberi alasan kononnya demi jaminan keselamatan negara dan orang Melayu.

 
 
“Saya kesal kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkiri janji dan nampak tunduk dengan arahan golongan yang dianggap kanan, dan cuba mengekang kebebasan serta menekan pimpinan pembangkang dan aktivis,” katanya ringkas kepada pemberita.

Najib hari ini mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan.

Malah, akta itu bukan sahaja dipertahankan tetapi juga akan diperkuat dan diperkukuhkan.

Turut ditanya mengenai kertas putih yang dibentangkan Najib semalam di Parlimen, Anwar turut menyatakan ia adalah salah satu usaha dan cubaan untuk terus menyekat kebebasan serta memberi tekanan kepada rakyat.

“Dalam menyokong kertas putih itu, saya melahirkan kebimbangan kerana itu adalah salah kerana cuba untuk melebarkan jaringan tekanan mereka,” katanya lagi.

Kertas putih tersebut mencadangkan pemerkasaan undang-undang sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau SOSMA, Akta Pencegahan Jenayah, POCA, dan Kanun Keseksaan bagi menangani ancaman pengganasan dan militan.

“Jadi apa yang dicadangkan itu bukan setakat membatalkan, malah menggunakan alasan yang kononnya ini sahaja yang akan menjamin keselamatan negera dan orang Melayu.

“Tetapi, saya konsisten dan tuntas dengan pandangan bahawa nasib masyarakat orang melayu yang pastinya terbela dengan pengurusan dan tatakelola yang baik supaya mengelak negara dengan kecurangan ekonomi, pembolotan kekayaan oleh segelintir, itu adalah isu pokoknya,”ujarnya lagi./KD