KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, March 14, 2012

GERAK KERJA PILIHANRAYA AMK DAN WANITA

Mengikut beberapa laporan yang diperolehi serta melihat kepada situasi politik sekarang, dijangkakan Pilihanraya Umum ke 13 akan diadakan seawalnya pada Jun tahun ini.  Kita yakin bahawa semua jentera KEADILAN telah digerakkan dan kita maklum di Pahang ini khususnya setiap hari siang dan malam berbagai program telah diatur oleh setiap Cabang dan Penyelaras Dun.

Gerak kerja ini tidak akan sempurna dan berkesan tanpa kerjasama semua peringkat samada AMK dan Wanita.  Sehubungan itu, KEADILAN Pahang menyokong sepenuhnya arahan yang dikeluarkan oleh AMK Pusat yang mahukan agar setiap Cabang sekurang-kurangnya mengadakan seramai 300 orang petugas pengiraan dan ejen pengundian (PACABA). 

"Tetapkan terus petugas di lokasi sebenar setiap daerah mengundi.  Jalankan culaan di kawasan yang ditandingi KEADILAN mulai sekarang sehingga pembubaran Parlimen", memetik kata Naib Ketua AMK Pusat Azmizam Zaman Huri.  Setiap petugas perlu memahami prosedur terutamanya berkenaan pengeluaran Borang 13 (Penyata Kertas Undi) dan 14 (Borang Keputusan) agar kita mampu mengesan sebarang penipuan yang mungkin akan dilakukan.  Adalah penting buat setiap Cabang merujuk kepada Pengarah Pilihanraya KEADILAN Negeri atau mana-mana Cabang yang tahu tentang prosedur tersebut.

Sekiranya terdapat mana-mana Cabang yang ingin menganjurkan Kursus Persediaan Pilihanraya mereka boleh berbuat demikian secepat mungkin melalui Pengarah Pilihanraya KEADILAN Negeri.  Mudah-mudahan dengan komitmen semua Ketua Cabang dan Penyelaras Dun, AMK, Wanita dan semua ahli, gerak kerja KEADILAN Pahang akan lebih mantap dan tersusun. 

No comments:

Post a Comment