Kerajaan Malaysia telah meminta agar syarikat Lynas membawa pulang bahan buangan ke Australia, sementara Lynas menjamin bahawa bahan buangan akan dibawa dari Malaysia seandainya kemudahan pelupusan tetap (Permanent Disposal Facility, PDF) gagal disediakan.
Namun demikian, Australia adalah negara yang rendah buangan radioaktif, malah telah memeterai Waigani Convention, yang melarang kemasukan buangan radioaktif ke kawasan negara kepulauan Pasifik. Dengan kata lain, kenyataan "membawa pulang bahan buangan ke Australia" adalah tidak masuk akal.
Apa yang paling dipertikaikan untuk sesebuah kilang pemprosesan nadir bumi adalah pengendalian bahan buangannya. Sebermulanya, dari penyimpanan buangan, kitaran semula yang disebut dalam Kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan Laporan Penilaian Kesan Radiologi (RIA), dan kemudiannya kemudahan pelupusan tetap (PDF), hinggalah ke "membawa pulang ke Australia" - Lynas dan kerajaan Malaysia terus berlegar dalam isu pengendalian bahan buangan.
Perkembangan terkini menyaksikan Lynas bersetuju bahawa seandainya kemudahan pelupusan tetap gagal disediakan, maka mereka akan membawa keluar bahan buangan itu dari Malaysia. Namun, persoalannya, mengapa isu "bagaimana bahan buangan dikendalikan" yang mustahak ini dibincangkan hanya apabila kilang bakal memulakan operasinya? Atau, apakah Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) yakin dengan cara penyimpanan bahan buangan dan kitaran semula? Yang pasti, kerajaan Malaysia sejak awal lagi telah menterbalikkan prosedur yang seharusnya ketika mengendalikan isu kilang Lynas.

Terikat dengan convention
Lynas perlu mendefinisikan bahan buangannya seandainya mahu membawa keluar bahan buangan itu. Ketika Lynas merancang untuk membina kilangnya di Kuantan, apa yang ditekankan adalah radiasi yang terkandung dalam bahan buangan itu adalah rendah - sehingga mencecah tahap yang boleh diabaikan. Persoalannya timbul, seandainya bahan buangan Lynas adalah "bukan radiasi", maka di bawah sekatan Basel Convention, mustahil untuk negara kita mengeluarkan bahan buangan industri. Mustahil juga untuk 175 buah negara yang memeterai Basel Convention menerima bahan buangan dari Malaysia.

Seandainya Lynas mendefinisikan bahan buangan itu sebagai "radiasi", berapa pula negara di dunia yang sudi menerimanya tanpa syarat? Walaupun Basel Convention tidak berkuasa untuk mengawal bahan buangan radiasi, tetapi Australia telah menandatangani satu lagi convention, iaitu Waigani Convention. Di bawah Waigani Convention, mana-mana bahan buangan radioaktif dilarang memasuki kawasan negara kepulauan Pasifik, termasuk Australia dan New Zealand. (*1)
Oleh itu, dari segi realiti - seandainya bahan buangan mahu disalur ke luar negara, ataupun dihantar pulang ke Australia, maka kita perlu mengharungi pelbagai halangan dari segi undang-undang. Namun, jikapun tanpa sekatan convention antarabangsa, sejauh manakah kesudian kerajaan Australia mengambil balik bahan buangan?
Australia adalah sebuah negara yang rendah "radiasi bahan buangan". Menurut satu laporan mengenai pengendalian bahan buangan radioaktif di Australia oleh ANSTO (Australian Nuclear Science and Technology Organization), bahan buangan radiasi rendah yang terlonggok di Australia untuk 50 tahun yang lalu hanya mengisi dua kolam renang Olimpik (*2). Padahal, bahan buangan yang dihasilkan kilang Lynas pada tahun pertama selepas operasi dimulakan dianggar boleh mengisi 63 kolam renang Olimpik.
Mt.Weld adalah lebih sesuai
Statistik dengan jelas menunjukkan bahawa Australia langsung tidak memiliki kemudahan dan kemampuan untuk menampung atau mengambil balik bahan buangan dalam masa yang singkat ini. Namun, apa yang paling penting, Menteri Petroleum dan Perlombongan Australia Barat Norman Moore telah secara jelas menolak cadangan membawa balik bahan buangan ke Australia.

Kawasan perlombongan Mt. Weld. Sumber gambar: Laman Lynas |
Oleh itu, jaminan Lynas tidak lebih sebagai cek kosong. Mereka telah memutuskan untuk meninggalkan bahan buangan di Malaysia sebermulanya. Kalau tidak, apa perlunya untuk Lynas membina kilangnya di Malaysia, dan mengangkut bijih lombong jauh dari Mt.Weld untuk diproses di sini. Kalaulah bahan buangan radioaktif boleh dihantar balik ke Australia, maka bukankah lebih senang untuk Lynas membina kilangnya di Mt.Weld?
Kawasan perlombongan di Mt. Weld, Australia adalah kawasan pedalaman, dengan tanah yang luas dan populasi manusia yang kurang. Padahal, berbekalkan syarat sedemikian, dengan sendirinya kawasan itu sesuai untuk dijadikan lokasi kilang pemprosesan nadir bumi.
Sebelum ini, ketika menjawab pertikaian rakyat Malaysia, Lynas mendakwa syarikatnya memilih Malaysia dan bukannya Australia kerana Australia kekurangan sumber air, kekurang bahan kimia yang banyak untuk memastikan kelangsungan operasi kilang pemprosesan nadir bumi. Malah Lynas mendakwa Malaysia memiliki pekerja yang mahir.
Namun demikian, bangunan parlimen dan mahkamah di Malaysia sentiasa kebocoran, malah stadium kita boleh runtuh tanpa gempa bumi, belum lagi terowong "Smart" yang dibanjiri. Dengan apa yang berlaku ini, usahlah kita mengulas sejauh mana kemahiran pekerja di Malaysia. Berbalik kepada faktor bekalan air dan bahan kimia, apakah ia boleh dijadikan alasan untuk Lynas memilih Malaysia dan bukan Australia?
Mt.Weld adalah kawasan dengan bekalan air yang mencukupi. Menurut Granting of works approval yang diberikan kepada Lynas pada Januari 2012 oleh Department of Environment and Conservation di Australia (*3), Lynas boleh menyedut 2.8 bilion liter air bawah tanah setiap tahun. Selain itu, satu lagi syarikat Barrick Granny Smith (BGS) akan membekalkan 4.0 bilion liter air bawah tanah kepada Lynas untuk operasi kawasan perlombongan setiap tahun.
Memang benar pemprosesan nadir bumi memerlukan bekalan air dan bahan kimia yang mencukupi. Namun kebanyakan air dan bahan kimia yang diperlukan sepanjang pemprosesan ini boleh dikitar semula. Dengan kata lain, mustahil proses pengangkutan bahan kimia ke kawasan perlombongan Mt.Weld lebih mudah berbanding pengangkutan bijih lombong ke Malaysia. Mengapa Lynas sanggup melalui jarak darat (landasan keretapi dan jalan raya) sejauh 1,000 kilometer dan jarak laut sejauh 4,000 kilometer setiap minggu, untuk menghantar bijih lombongnya ke Malaysia untuk pemprosesan - selama 20 tahun tanpa henti-henti, sebaliknya enggan menghantar bahan kimia (yang boleh dihantar mengikut keperluan) ke dalam Mt.Weld untuk pemprosesan?
Kalau benar bahan buangan nadir bumi adalah selamat dan tidak usah untuk kita bimbang masalah pencemaran alam yang dibawanya, mengapa Lynas perlu memilih satu cara yang begitu rumit, malah menelan kos yang tinggi untuk didirikan kilangnya di Kuantan? Bukanlah lebih menguntungkan dari segi ekonomi jika mendirikan kilang di tepi kawasan perlombongan itu sendiri?

Rujukan:
1. http://www.environment.gov.au/settlements/chemicals/hazardous-waste/conventions.html
2.http://www.ansto.gov.au/__data/assets/pdf_file/0020/46172/Management_of_Radioactive_Waste_in_Australia_v2.pdf (mukasurat 5)
3 portal.environment.wa.gov.au/pls/portal/url/ITEM/B60DA7BFDFD7B562E04010AC6E0515D0
*Tan Sek Choong memiliki Ijazah Sarjana Kejuruteraan Kimia. Diterjemah dan disunting dari teks asal, yang disiarkan di MerdekaReview, edisi bahasa Cina.

No comments:
Post a Comment