KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Sunday, March 18, 2012

SEKITAR PROGRAM YB NURUL IZZAH DI LEPAR HILIR DAN CHINI - TAHNIAH DARI MPN PKR PAHANG

Kunjungan Naib Presiden PKR, YB Nurul Izzah ke dua kawasan Parlimen di Pahang iaitu di Parlimen Paya Besar dan Parlimen Pekan malam tadi (17 Mac 2012) amat di luar jangkaan.  Kedua-dua ceramah yang diatur untuk beliau itu adalah bertempat di kawasan Felda yang dikatakan kubu Umno terakhir di Pahang.
Sebahagian yang sedia menanti ketibaan YB Nurul Izzah di Tol Gambang
Si cilik juga menyokong DS Anwar (suasana di Tol Gambang)
Di tepi jalan Tol Gambang, banner DS Anwar mendapat perhatian para pengguna jalanraya

Program ceramah YB Nurul Izzah yang pertama adalah di Felda Lepar Hilir 1, iaitu mengulangi kempen ceramah beliau sebelum ini yang gagal akibat tindakan samseng upahan.  Di lokasi yang sama juga, ketibaan YB Nurul Izzah ke Felda Lepar Hilir 1 diiringi oleh 10 buah kereta bermula dari tol Gambang menuju ke Felda Lepar Hilir 1.  Demi memastikan peristiwa merusuh di tempat ceramah dengan provokasi dari samseng upahan tidak berlaku lagi, KEADILAN Negeri bersama pihak Penganjur di Paya Besar dan Pekan termasuk dari PAS kawasan yang dibantu oleh Unit Amal, AMK Pekan dan Paya Besar, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pahang juga dari beberapa orang bekas tentera (KOBAT) bahkan beberapa penyokong dari luar Kuantan telah menyediakan kawalan rapi sepanjang program malam tadi.  

 Di Felda Lepar Hilir 1, orang ramai memenuhi lokasi ceramah di sebuah kedai

Setibanya di Felda Lepar Hilir 1 lebih kurang jam 10.00 malam, tidak kurang dari 1,000 orang telah sedia menanti Ahli Parlimen Lembah Pantai ini.  Penceramah lain yang turut berceramah malam tadi adalah Pengerusi MPN, Dato' Fauzi Abd Rahman, wakil PAS Us Sulaiman Md Derus dan juga Penyelaras Dun Lepar, Sdr Kamarzaman Yunus.

Ceramah YB Nurul Izzah banyak berkisar tentang kebajikan warga Felda yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.  Beliau turut menyebut betapa kerajaan sekarang amat terdesak dengan beberapa tuntutan Pembangkang sehingga kerajaan pimpinan Najib sekarang ini tidak lagi tegas dengan beberapa keputusan yang diambil.  Tindakan mudah Najib yang hanya menabur duit ke mana sahaja beliau pergi menandakan tiada lagi kekuatan Najib untuk mempertahankan kerajaan yang ada di bawah Umno/Bn sekarang.

Di Felda Lepar Hilir 1, kelihatan lebih kurang 20 orang penyokong Umno berkumpul di sebuah kedai berhampiran dan sesekali mereka menjerit untuk cuba mengganggu ucapan YB Nurul Izzah.  Namun, orang ramai yang hadir tidak lagi mempedulikan mereka asalkan mereka tidak mengganggu masuk ke kawasan ceramah. Tiada sebarang kekecuhan berlaku kerana langkah keselamatan awal yang telah diambil.

Penyerahan Borang Keahlian PKR seramai 107 orang di Lepar Hilir 1

Walaupun pada pada program pertama YB Nurul Izzah diganggu dengan kasar oleh samseng-samseng upahan, kejadian memalukan itu telah menggamit seramai 107 warga felda di situ untuk menyerahkan borang menyertai Parti KEADILAN.

Sejurus selesai berceramah di Felda Lepar Hilir 1, YB Nurul Izzah dibawa ke satu lagi program ceramah di Felda Chini 3, di bawah Dun Chini, Parlimen Pekan.  Di Felda Chini 3, beberapa penceramah iaitu YB Us Wan Hassan (Adun Sura , Tganu) dan Sdr Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Negeri/Penyelaras Dun Chini) turut berucap.  

Di Felda Chini 3 - YB Nurul Izzah sedang berucap.  Turut kelihatan adalah suaminya (dua dari kiri), dan Adun Sura, YB Us Wan Hassan

Di Felda Chini 3, Pekan telah menanti tidak kurang dari 1, 500 orang hadir sehingga memenuhi khemah yang disediakan sehingga memenuhi jalanraya yang berhampiran Markas PAS Chini 3.  YB Nurul Izzah melahirkan rasa bangganya melihat kebangkitan warga Felda di Pahang yang semakin celik minda mereka.  Warga Felda menurut beliau jangan mudah terpedaya dengan propaganda Umno sehingga mereka sanggup menggadaikan hak-hak mereka sebagai para peneroka.  

Orang ramai memenuhi ruang khemah dan di luar khemah

Di program malam tadi juga, SAMM Pahang bersama AMK Pekan yang diketuai oleh Ketua AMK Pekan telah mempromosikan kempen Asal Bukan Umno' (ABU).  Kerjasama semua pihak terutamanya oleh Unit Amal dari PAS telah berjaya menjadikan program malam tadi berakhir di dalam keadaan aman dan teratur.  

Bergambar bersama YB Nurul Izzah
Promosi kempen ABU (Asal Bukan Umno) mendapat sambutan

Berikut adalah Ucapan Tahniah dan terima kasih dari Pengarah Pilihanraya KEADILAN Negeri Pahang;

Saya ZAIDI BIN AHMAD, Pengarah Pilihanraya KEADILAN Negeri Pahang, mewakili MPN PKR Pahang mengucapkan syabas dan tahniah di atas sumbangan dan kerjasama semua bagi program Ceramah YB Nurul Izzah di Lepar Hilir 1 dan Felda Chini 3 malam tadi.  Tahniah juga buat kedua-dua Penganjur yang telah berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya.

Terima kasih buat rakan-rakan dari PAS yang telah turut membantu menjayakan program malam tadi. 

Tingkatkan usaha dan gandakan gerak kerja secara bijaksana, InsyaAllah, kita akan berjaya.  Mohon maaf di atas sebarang kelemahan yang timbul dari pihak kami dan Penganjur. 


No comments:

Post a Comment