KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, March 7, 2012

PROGRAM AMAL,RAMAH MESRA DAN MENDENGAR KELUHAN MASALAH ORANG ASAL DI DUN CHINI

Pada 06 Mac 2012, KEADILAN Cabang Pekan telah mengatur beberapa program mendekati rakyat.  Diketuai oleh Penyelaras Dun merangkap Ketua Penerangan KEADILAN Pahang, Sdr Razali Alias serta dibantu oleh Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Pekan, Sdr Mohd Kamal dan beberapa AJK KEADILAN Cabang Pekan telah turun ke kawasan Orang ASAL di sekitar Pekan dan kemuncaknya adalah program Ceramah Umum di Markas PAS Felda Cini 3.
 
Pada sebelah siangnya, kesemua mereka telah mengadakan lawatan dan beramah mesra dengan masyarakat Orang Asal di kawasan Dun Cini iaitu di Kg Mentiga, Kg Air Hitam dan Kg Keruing.  Turut bersama di dalam lawatan ke kawasan perkampongan Orang Asal tersebut adalah AJK Cabang Pekan dari kalangan Orang Asal sendiri iaitu Sdr Acik, Sdr Ahmad dan Sdr Ismail.  Berbagai masalah telah disuarakan oleh masyarakat Orang Asal untuk diberi perhatian oleh pimpinan KEADILAN Pekan khususnya.

Pada hari tersebut juga di sebelah petang, satu majlis berdialog bersama warga felda juga turut diadakan di antara para Peneroka Felda Cini 3 dengan Tuan Hj Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal. 

Program kemuncaknya adalah Program Ceramah Umum bertempat di Markas PAS Felda Cini 3, bermula jam 09.00 malam.  Majlis yang diPengerusikan sendiri oleh Sdr Razali Alias turut menampilkan beberapa pimpinan iaitu YB Jafri Rashid (bekas Adun Cini), Tuan Haji Suhaimi Said (Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal), Ustaz Chegu Sulaiman (Wakil PAS),  Sdr Rebin Berham (S/Usaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal) dan Us Samsul (bekas Imam yang menyaksikan Sumpah Laknat Datuk T).  Berita selanjutnya tentang program ceramah tersebut akan disiarkan kemudian.













 
 
Foto-foto di atas adalah program di beberapa kawasan Orang Asal.          

No comments:

Post a Comment