KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, March 6, 2012

SEKITAR CERAMAH UMUM DAN PELANCARAN SAMM PAHANG MALAM TADI DI MENTAKAB

Malam tadi (Isnin - 05 Mac 12),  bertempat di perkarangan Ibu Pejabat Keadilan Temerloh, Taman Saga, Mentakab telah diadakan program Ceramah Umum dan Pelancaran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Pahang.

Ceramah bermula jam 09.00 malam dengan menampilkan Setiausaha Keadilan Cabang Temerloh, Dr Yahaya mengupas berbagai isu politik semasa.  Sejurus selepas itu, YB Saludin (mantan YB K.Krau)  diberi peluang untuk menyampaikan ucapannya yang banyak mengisahkan perjuangan Umno yang disertainya dahulu berbeza dengan perjuangan Umno kini.  Umno baru yang dicipta oleh Tun Mahathir katanya kini menjadikan harta dan kedudukan sebagai matlamat perjuangan.

Sdr Ahmad Nizam ceramah secara `bersantai' tetapi memukau

Turut diberi peluang berucap adalah wakil dari masyarakat Orang Asal, Sdr Shafie Dris yang menceritakan tentang beberapa isu yang melanda Orang Asal terutamanya hak tanah adat mereka.  Wakil dari KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera), juga Blogger, Wfauzdin NS mengisi tempat selaku penceramah selepas itu.  Beliau memperjelaskan apakah matlamat KOBAT diwujudkan.  Perjuangan KOBAT adalah untuk memperjuangkan nasib dan hak warga tentera/perajurit termasuk mereka yang telah bersara.  Intipati ceramah beliau boleh dilihat di dalam blog KOBAT di http://kobatpkr.blogspot.com

Wakil KOBAT, Blogger Wfauzdin NS
Wakil SAMM Melaka berkongsi pandangan

Wakil SAMM Melaka turut diberi kesempatan untuk memperjelaskan apakah sebab mereka berminat untuk menyertai SAMM.  Ketua Cabang Keadilan Temerloh, Sdr Ahmad Nizam Hamid pula tampil berucap dengan panjang lebar mengulas beberapa isu semasa.  Isu yang menarik perhatian yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Keadilan Pahang itu adalah isu yang melanda Us Dr Badrul Amin.  Memandangkan kes ini masih di dalam siasatan pihak JAIP, Sdr Nizam hanya sekadar mengulas betapa hinanya Umno yang hanya mencari modal fitnah dan peribadi orang lain untuk kepentingan politik mereka.

Chegu Bard mantap dan sentiasa panas dengan hujahnya

Beliau turut merasa kesal kerana masih ada golongan yang memandang negatif kewujudan beberapa NGO yang komited untuk menumbangkan rejim Umno/Bn.  Beliau memberi beberapa contoh negara yang dipimpin oleh diktator tumbang hasil dari kekuatan beberapa NGO dan disokong oleh parti-parti politik.  Umno juga memiliki beberapa NGO yang menyokong mereka, dan Umno tidak bermasalah dengan NGOs sekutu mereka itu.  Peliknya, di dalam Keadilan ada golongan yang memandang serong dengan NGO seperti SAMM yang selama ini komited memperjuangkan kepentingan rakyat selari dengan dasar kita di dalam Keadilan dan PR.

SAMM Pahang mendapat sokongan berbagai peringkat

Kemuncak program malam tadi adalah pidato dari Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Sdr Badrul Hisham Sharin atau Chegu Bard.  Memulakan ucapannya dengan menyatakan matlamat dan arah tuju SAMM, beliau turut mempelawa anak-anak muda agar berani berjuang untuk menuntut perubahan.  SAMM katanya bukan untuk melemahkan mana-mana parti di dalam PR, sebaliknya SAMM menjadikan rejim diktator yang memerintah negara sekarang ini sebagai sasaran mereka.  Meskipun SAMM dilihat agak radikal pendekatannya, namun SAMM tetap tidak lari dari undang-undang demokrasi yang diamalkan di negara ini selagi ianya adil.

Chegu Bard seterusnya mengulas beberapa isu termasuk isu kemelut yang berlaku di Kedah yang baru-baru ini telah pun berjaya diselesaikan dengan baik.  Turut disentuh adalah isu hubungan dagang kerajaan di bawah Umno dengan Israel.  Seperti biasa, Chegu Bard tampil dengan hujah dan fakta lengkap beserta dokumen untuk mengesahkan dakwaannya.  Beliau juga mengulas tentang isu fitnah terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim yang beliau jangka tidak akan terhenti setakat pembebasan Ketua Umum PKR itu dari pertuduhan Liwat II.  Umno akan terus berusaha agar Ketua Pembangkang ini akan dilenyapkan dari karier politik dengan apa cara sekalipun.  Justeru itu, rakyat diminta agar sentiasa bersedia untuk menolak segala fitnah yang bakal dicipta tanpa henti oleh Umno sehingga menjelang PRU ke 13 tidak berapa lama lagi. 

Program pada malam tadi berjaya dilangsungkan dengan aman dan lancar.  Setelah SAMM berjaya diperkenalkan di Pahang, kita merancang untuk mengadakan program Pelancaran ABU (Asalkan Bukan Umno) peringkat Negeri Pahang pula selepas ini.  Kami berpendapat, apa jua program yang menjurus ke arah menjatuhkan rejim Umno/Bn wajar disokong oleh semua pihak dan Keadilan Pahang akan terus memberikan kerjasama kepada mana-mana pihak yang ingin mengadakan program bagi mencapai matlamat itu.  

No comments:

Post a Comment