Petang semalam (14 Mac 2012) hujan tidak henti-henti di Pekan. Pada sebelah malamnya dijadualkan berlangsung program Ceramah anjuran PAS kawasan Sg Miang, Pekan yang berada di dalam Parlimen Pekan yang diwakili oleh PM, Najib Tun Razak.
Kelihatan anak muda upahan Umno kibarkan bendera Bn |
Orang ramai berpusu-pusu menghadiri ceramah PAS |
Pihak penganjur telah bersedia dengan beberapa buah khemah untuk persediaan kemungkinan hujan pada program malam itu. Bersebelahan, lebih kurang 50 meter dari lokasi ceramah PAS, terdapat juga sebuah khemah yang dipasang oleh Umno Pekan. Pihak Umno yang tentunya telah mendapat restu dari pihak berkuasa akan berceramah serentak di lokasi yang berhampiran. Mengapa kali ini Umno Pekan begitu tertekan dan gelabah?
Selepas program Ceramah Dato' Seri Anwar di Pekan baru-baru ini yang memaksa Ketua Umum itu menaiki motosikal ke lokasi ceramah akibat sekatan jalanraya, kini rancangan sabotaj mereka berterusan terhadap program Pembangkang. Apakah ini menandakan Najib mulai merasa sesuatu perubahan di kalangan rakyat Pekan? Pendekatan tidak demokrasi dan tidak profesional yang lazimnya berlaku di Melaka, kini dibawa ke Pekan. Apakah Pakatan Rakyat akan menyerah kalah dengan taktik kotor Umno itu?
Sebahagian orang ramai yang hadir |
Jam 09.00 malam, cuaca Alhamdulillah baik. Bertempat di perkarangan rumah seorang penyokong kuat PAS yang dahulu penyokong tegar Umno Pekan, ceramah malam itu membariskan tokoh-tokoh hebat. Penceramah undangan malam tadi adalah Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Muhamad Sabu. Nama Mat Sabu sememangnya digeruni oleh Umno, apatah lagi malam tadi ditampilkan juga bekas Adun Pulau Manis, Pekan yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan iaitu Dato' Arif Sobri Abd Aziz. Beliau juga seorang Blogger terkena di dalam Blognya Sakmongkol. Bertambah panas Umno dibuatnya dengan kehadiran seorang lagi bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian K.Pilah yang tampil berceramah iaitu Sdr Aspan Alias.
Us Abu Kassim Manaf - PAS Pekan |
Sdr Aspan Alias (DAP) - Bekas AJK Umno Bahagian K.Pilah |
Majlis bermula lebih kurang jam 09.30 malam dengan Pengerusi Majlis menjemput Us Abu Kassim Manaf dari PAS Pekan selaku tuan rumah berucap mengalu-alukan tetamu yang diundang. Selepas itu, Sdr Aspan Alias mengambil masa lebih kurang 40 minit berucap dengan menyatakan sebab musababnya beliau keluar dari Umno dan memilih DAP, rakan sekutu Pakatan Rakyat untuk terus berjuang membela nasib rakyat. Pada ketika ini, ceramah Umno bersebelahan pun bermula dengan hiruk pikuk mengeji Pakatan Rakyat. Tiada buah butir ucapan mereka, tanpa hujah dan fakta jauh sekali dari mengemukakan agenda perjuangan Umno. Cacian dan maki hamun disantapkan kepada telinga lebih kurang 50 orang yang hadir di khemah mereka walaupun dijamu makan minum sebelum itu.
Dato' Arif Sobri (DAP) - Bekas Adun Pulau Manis, Pekan/Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan |
Apabila penceramah kedua, bekas Adun Pulau Manis, Pekan dan juga bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan, Dato' Arif Sobri berucap maka bertambah hiruk pikuk di khemah Umno. Jelas sekali, begitu gentarnya mereka dengan beberapa pendedahan kepincangan Umno yang didedahkan oleh Dato' Arif Sobri yang kini menjadi ahli DAP itu. Sedutan dari ucapan Dato' Arif Sobri boleh anda ikuti di klip video di atas. Bagi Dato' Arif Sobri, Najib sudah kehabisan idea untuk mempertahan Umno dari berkubur kecuali Najib akan tabur wang ringgit kepada rakyat ke mana jua beliau pergi. Harta rakyat diumpamakan sebagai harta pusaka bapanya. Dari pengalamannya, Dato' Arif menyebut tindakan Umno menganggu ceramah PAS malam itu menandakan Umno kini berada di tahap kritikal khususnya di Pekan itu sendiri.
Timb Presiden PAS - Tuan Hj Muhamad Sabu |
Program ceramah bertambah panas apabila Tuan Hj Mat Sabu mengambil tempat di pentas. Lebih kurang 20 orang anak-anak muda upahan dari Umno mula mendekati tepi pagar tempat ceramah PAS. Mereka sesekali menjerit dan mengganggu ucapan dari Tuan Hj Mat Sabu. Alhamdulillah, petugas dari Unit Amal PAS telah bersedia dengan keadaan tenang tanpa melayan provokasi bodoh dari upahan Umno itu. Dari 50 meter, di khemah Umno mulalah penceramah mereka terjerit-jerit umpama dirasuk polong. Maki hamun dan mencela peribadi Tuan Hj Mat Sabu bermain di lidah penceramah murahan Umno itu.
Timbalan Presiden PAS terus berucap dengan penuh semangat dan lantang mengatasi suara penceramah bersebelahan. Sesekali beliau menarik gelak ketawa hadirin apabila menyindir penceramah Umno yang memaki hamunnya. Para hadirin bersorak dan bertepuk tangan apabila beliau menyebut, "seandainya Pakatan Rakyat berkuasa nanti, kita tidak mahu mengambil penceramah bodoh seperti di sebelah itu" Tuan Hj Mat Sabu membawa penonton kepada sejarah kebangkitan perjuangan Islam di beberapa buah negara. Beliau juga membawa contoh bagaimana negara luar boleh maju kerana sikap pemimpin mereka yang telus di dalam mengamalkan demokrasi.
Kempen `ABU' - Jualan T-Shirt ABU laris |
Sekiranya Umno tiada di muka bumi ini, orang-orang Melayu tidak perlu bimbang kerana PAS mempunyai keahlian majoriti orang-orang Melayu dan PAS tetap membela bangsa Melayu seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan, bahkan PAS juga mempertahan Islam, ujarnya. Di dalam PKR dan DAP juga kini ramai di kalangan orang-orang Melayu, justeru itu rakyat tidak perlu bimbang dengan untung nasib orang-orang Melayu.
Di dalam program ceramah yang dihadiri sekitar 2, 000 orang malam tadi, diadakan juga Kempen ABU (Asalkan Bukan Umno). Jualan T-Shirt `ABU' mendapat sambutan menggalakkan khususnya dari anak muda tempatan.
Bergambar bersama Mat Sabu |
Syabas kepada Pakatan Rakyat Pekan, terutamanya PAS yang telah berjaya menganjurkan program yang ternyata memberi kesan kepada Umno Pekan khususnya yang terpaksa merangka plan kotor untuk menganggu ceramah Pakatan Rakyat malam tadi. Difahamkan, PAS akan terus melipatgandakan program ceramah seperti itu di masa-masa akan datang. Tolak Umno, Tolak Bn, Undilah Pakatan Rakyat untuk mengubah nasib anda.
No comments:
Post a Comment