KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, April 27, 2013

FARIZ MUSA MULA DIGERUNI DI PEKAN, FITNAH JAHAT MULA DIATUR



Mungkin terlalu hebatnya kempen yang telah dijalankan oleh tokoh muda, Sdr Fariz Musa iaitu calon bagi Kerusi Parlimen Pekan yang mewakili KEADILAN menentang Najib Razak di kawasan tersebut membuatkan Umno/Bn di Pekan mulai gelabah.

Sebelum ini sering dilaporkan puak-puak mereka telah menganggu beberapa program ceramah PR di Pekan dan bendera-bendera kita juga sering menjadi mangsa.  Kali ini, tanpa rasa bersalah mereka terus mengunakan senjata fitnah untuk menjatuhkan imej PR agar bos mereka Najib boleh menang selesa di Pekan.


Sdr Fariz Musa mendakwa terbaru, beliau telah dicanangkan di Pekan sebagai seorang guru yang tidak berakhlak dan bermoral kerana pernah terlibat di dalam kes 'cabul' anak muridnya sewaktu beliau bertugas sebagai guru di Pekan.  Fitnah ini amat keterlaluan bahkan langsung tidak masuk akal kerana Sdr Fariz Musa sendiri menyebut beliau tidak pernah bertugas di Pekan sewaktu beliau berkhidmat sebagai guru sebelum ini.

Ini lah cara terdesak pihak mereka yang telah merasakan kubu mereka tidak begitu kukuh lagi di Pekan.  Budaya fitnah seks kini sudah menjadi budaya atau tradisi buat mereka akibat memiliki pemimpin yang rendah moralnya. 

Thursday, April 25, 2013

MALAM INI (25/4/13) - PROGRAM DATO' SERI ANWAR IBRAHIM DI PAHANG DAN PROGRAM CERAMAH UMUM UNTUK WARGA TENTERA

 JADUAL PROGRAM LAWATAN DATO' SERI ANWAR IBRAHIM KE PAHANG


25 April 2013 (Khamis)

BENTONG

1) 3.00 ptg – Medan Selera Kg Baru, Bentong

MENTAKAB

2)    4.00 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi:  Jln Saga 8, Taman Saga, Mentakab

PAYA BESAR/FELDA LEPAR 1

3)    5.30 ptg – Sepetang  Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi : Tapak Pekan Sari, Felda Lepar Hilir 1

PEKAN/FELDA CHINI 1

4)    9.00 mlm – Ceramah Pakatan Harapan Rakyat
Lokasi: Felda Cini 1

BERA

5)    11.00 mlm– Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat
Lokasi: Simpang Kepayang, Bera



CERAMAH UMUM UNTUK WARGA TENTERA/BEKAS TENTERA DI BALOK MAKMUR 

25 April 2013 (Khamis)



Tempat:  Markas PAS, Balok Makmur, Kuantan

Jam: 0900 Malam

Penceramah:  

Leftenan Jeneral (B) Dato' Abdul Ghafir (Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat)
Dato' Fauzi Abdul Rahman (Pengerusi KEADILAN Pahang/Calon Parlimen Indera Mahkota)
Sdr Andansura Rabu (Timb YDP PAS Indera Mahkota/Calon Dun Beserah)
Sdr Lee Chean Chung (Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota/Calon Dun Semambu)
Sdr Wan Fauzuldin Wan Samad (Penyelaras KOBAT - Kor Bekas Angkatan Tentera)

* Disiarkan secara langsung melalui Live Streaming.


SIDANG MEDIA - DAP SOKONG PENUH CALON KEADILAN

Harapan Umno/Bn khususnya di Negeri Pahang untuk melihat berlaku perpecahan di antara KEADILAN, PAS dan DAP ternyata gagal.  Mereka berharap perpecahan akan berlaku apabila sebelum ini berlaku perebutan satu, dua kerusi di antara Pakatan Rakyat.



Semalam Pakatan Rakyat Pahang telah mengadakan Sidang Media untuk menyuarakan komitmen Pakatan Rakyat di Pahang untuk bersatu tumbangkan rejim Umno/Bn.  DAP secara tegas menyatakan sokongan kepada KEADILAN dan PAS di semua kerusi di Pahang, termasuk di Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota yang sebelum ini dikatakan mahu dicalonkan wakil dari DAP.



Sidang akhbar tersebut telah diadakan oleh Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman yang turut dihadiri oleh calon-calon dari KEADILAN, PAS dan pimpinan DAP.  

Tuesday, April 23, 2013

JADUAL PROGRAM DATO' SERI ANWAR KE PAHANG PADA 25 APRIL 2013

Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan berkunjung ke Pahang dan ini berkemungkinan adalah kunjungan beliau yang terakhir sebelum kita mengundi pada 05 Mei ini nanti.  
 
 
Berikut adalah Jadual Program Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Pahang:

25 APRIL 2013 (KHAMIS) 
 
TEMERLOH/MENTAKAB
1) 4.00 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim

Lokasi: Jln Saga 8, Taman Saga, Mentakab 
 
PAYA BESAR/PEKAN

2) 5.30 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim

Lokasi : Tapak Pekan Sari, Felda Lepar Hilir 1

3) 9.00 mlm – Ceramah Pakatan Harapan Rakyat

Lokasi: Felda Cini 1

BERA

4) 11.00 mlm– Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat

Lokasi: Simpang Kepayang, Bera
 
*  Sebarang pindaan/perubahan akan dimaklumkan.
 
Sumber:  anwaribrahim.blogspot

Sunday, April 21, 2013

SEKITAR PENAMAAN CALON SEMALAM

Penamaan Calon Di Temerloh
Penamaan Calon Di Temerloh/K.Krau
 SAMM Pahang turut beri sokongan Di Indera Mahkota  
Di Indera Mahkota, penyokong-penyokong
Di Indera Mahkota, Sdr Lee Chean Chung calon Dun Semambu diiringi para penyokong
Di Indera Mahkota
 
Potret Calon Parlimen Indera Mahkota dan Dun Sema
Kiri, Lee Chean Chung (Semambu), Dato' Fauzi (P.Indera Mahkota) dan Andansura (Beserah)
   
 

       

Saturday, April 20, 2013

SENARAI CALON PKR YANG SAH BERTANDING PRU 13

Pagi tadi (20/4/13) adalah hari Penamaan Calon bagi Pilihanraya Umum Ke 13.  KEADILAN Negeri Pahang telah bersiap sedia dari awal untuk menghadapi PRU 13 kali ini dan terus komited untuk berganding bahu bersama rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat bagi menentukan Pakatan Rakyat dapat menawan Pahang kali ini seterusnya membantu merampas Putrajaya.

Berikut adalah Senarai Calon KEADILAN Pahang yang layak dan sah bertanding di dalam PRU 13 kali ini:

PARLIMEN

1.  Kuantan - Hajjah Fuziah Salleh menentang calon Bn.
2.  Indera Mahkota - Ybhg Dato' Fauzi Abdul Rahman (Pengerusi MPN) menentang calon Bn dan Bebas.
3.  Paya Besar - Murnie Hidayah Anuar menentang calon Bn dan Bebas.
4.  Pekan - Fariz Musa menentang calon Bn.
5.  Bera - Zakaria Abd Hamid menentang calon Bn dan Bebas.

Dun

1.  Cheka - Hj Abas bin Awang menentang calon Bn
2.  Benta - Rizal Jamin menentang calon Bn
3.  Batu Talam - Khairul Hakimi Mohd Ali menentang calon Bn.
4.  Damak - Jamaluddin bin Abd Rahim menentang calon Bn dan 2 orang calon Bebas.
5.  Semambu - Lee Chean Chung menentang calon Bn dan Bebas.
6.  Teruntum - Sim Choon Siang menentang calon Bn.
7.  Lepar - Jefri Jaafar bin Tukemin menentang Bn dan Bebas.
8.  Bebar - Mohd Jafri bin Abd Rashid menentang calon Bn.
9.  Chini - Sitarunnisah bte Ab Kadir menentang calon Bn.
10. Kuala Sentul - Mohd Razali bin Ithnin menentang calon Bn.
11. Jenderak - Hj Suhaimi bin Said menentang calon Bn dan Bebas.
12. Lanchang - Ahmad Nizam Abd Hamid menentang calon Bn
13. Kemayan - Bob Manolan bin Mohamad menentang calon Bn.
14. Muadzam Shah - Muhamad Nordin bin Pa'wan Chik menentang calon Bn.



Friday, April 19, 2013

SENARAI CALUN KEADILAN PAHANG DIUMUMKAN, RAPATKAN SAF HADAPI PRU 13

Teka-teki siapakah yang dicalonkan oleh KEADILAN untuk bertanding di 14 buah kerusi Dun di Negeri Pahang selama ini terjawab petang semalam (18/4/13).  

Satu Sidang Media telah diadakan oleh Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman bertempat di kediaman Sdr Ahmad Nizam, Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang yang juga Ketua Cabang KEADILAN Temerloh.  Hampir kesemua calon-calon yang terpilih dan beberapa penyokong mereka telah hadir sewaktu sidang media diadakan.


Setelah begitu lama senarai nama diteliti oleh pihak Negeri, kemudiannya dibawa untuk pertimbangan Pusat dan setelah mendapat perakuan, maka senarai calon yang bakal mewakili KEADILAN di kerusi-kerusi Dun yang dipertandingkan adalah seperti berikut (Senarai Nama Penuh akan dimaklumkan):

Dun Batu Talam - Sdr Hakimi (AMK)
Dun Benta - Sdr Rizal Jamin
Dun Cheka - Tuan Hj Abas Awang (Ahli MPP)
Dun Kemayan - Sdr Bob Manolan (Biro Orang Asal)
Dun Lanchang - Sdr Ahmad Nizam Hamid (Timb Pengerusi KEADILAN Pahang/Ketua Cabang Temerloh)
Dun Jenderak - Tuan Hj Suhaimi Said (Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal/Ketua Cabang K.Krau/Ahli MPP)
Dun Kuala Sentul - Sdr Razali Ithnin
Dun Damak - Sdr Jamaludin
Dun Muadzam Shah - Sdr Nordin
Dun Lepar - Sdr Jefri Jaafar (Timb Pengerusi NGO JEBAT/Banteras Judi Internet)
Dun Chini - Puan Sitarunnisa
Dun Bebar - Sdr Jafri Rashid (Bekas YB Dun Chini)
Dun Semambu - Sdr Lee Chean Chung (Aktivis Kumpulan Hijau Anti Lynas/Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota)
Dun Teruntum - Sdr Sim Chong Siang (Bekas Pegawai Khas Fuziah Salleh)

Kepada semua calon termasuk calon yang telah diumumkan bertanding di Kerusi Parlimen, mohon emailkan kepada zek_riy@yahoo.com biodata serta apa jua yang perlu untuk kami siarkan di dalam blog ini.  Majukan juga gambar ukuran passport beserta biodata yang dihantar.

Adalah diharapkan dengan pengumuman nama calon-calon yang terpilih, maka sudah tiba masanya saf diperkuatkan lagi bagi kita menghadapi PRU 13 pada 05 Mei ini.  Kepada yang tidak terpilih, KEADILAN mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan kepada parti dan perjuangan ini.  Parti sentiasa mengingati jasa dan pengorbanan anda, semoga Allah sahaja yang dapat membalas perjuangan anda semua.

Mudah-mudahan pengorbanan dan perjuangan anda diteruskan demi menentukan kita berjaya merealisasikan harapan rakyat untuk mengubah negeri dan negara ini ke arah yang lebih baik.  Selamat Berjuang !!

Thursday, April 18, 2013

PUBLISITI MURAHAN DARI BLOGGER CMK


KEADILAN Pahang menyokong sepenuhnya tindakan bekas Ahli Parlimern Kuantan, Hajjah Fuziah Salleh yang bercadang untuk mengambil tindakan saman ke atas bekas ahli KEADILAN yang juga Blogger Cucumatkilau (CMK) di atas dakwaan fitnah ke atas beliau.

Fuziah Salleh mahu menfailkan saman terhadap Blogger Cucumatkilau berhubung satu kenyataan panas yang kononnya dibuat oleh beliau terhadap pemimpin berkenaan "bersetuju dengan kenyataan Lim Guan Eng bahawa Fuziah setuju kalimah Allah digunakan oleh Kristian". Dalam satu laporan yang disiarkan dalam akhbar berbahasa Cina semalam (China Press) Fuziah antara lain mahu blogger terbabit memohon maaf atas kenyataan tersebut dalam tempoh tujuh hari jika tidak mahu berhadapan dengan tindakan saman RM500,000. Difahamkan, peguam beliau sudah pun membuat surat saman untuk dihantar kepada blogger terbabit.
 
Kita percaya tindakan mahu menyaman Blogger CMK ini tiada kaitan dengan hajat CMK untuk bertanding sebagai Calun Bebas di Dun Teruntum.  Tindakan tersebut dilakukan kerana Fuziah Salleh mungkin merasakan selaku Muslimah bergelar 'Hajjah', tuduhan CMK itu amat berat dan ianya satu dakwaan jahat yang bermotif peribadi CMK untuk memburuk-burukkan keperibadian Fuziah Salleh.
 
Kita percaya tindakan CMK ini hanyalah untuk mencari publisiti murahan setelah beliau tidak yakin kepada kekuatan dirinya untuk mendapatkan publisiti bagi menyertai pilihanraya tidak beberapa lama lagi.  Beliau mungkin kecewa kerana PR hanya meletakkan satu calun sahaja di Dun Teruntum yang akan diisi oleh calon dari KEADILAN, maka hasrat beliau untuk mendapat keuntungan jika KEADILAN dan DAP bertembung sesama sendiri kini hancur.  Sekarang kita dapat melihat bagaimana CMK seolah-olah cuba memainkan isu perkauman dan agama apabila di dalam statusnya sering menyebut "Undilah Calon Melayu". 

Rakyat tidak lagi termakan dengan isu perkauman dan keagamaan sempit.  Rakyat kini memilih dasar sesebuah parti.  Rakyat kini fokus untuk menukar kerajaan bukan sahaja di Negeri Pahang bahkan di Putrajaya.  Blogger CMK yang ingin bertanding itu adalah haknya yang kita mesti hormati walaupun sehingga kini beliau masih gagal membawa misi dan arah tuju perjuangan beliau selain dari motonya "Pro Rakyat".  Namun kaedah beliau yang seringkali membawa cerita karut dan provokasi untuk melaga-lagakan sesama PR kini menjadikan rakyat tertanya-tanya apakah matlamat CMK untuk melakukan sedemikian?


Tuesday, April 16, 2013

7 Mei harga minyak seluruh negara turun – Anwar

KUALA LUMPUR 15 APRIL: 7 Mei 2013 bakal menjadi hari bersejarah buat Malaysia apabila harga minyak yang beberapa kali dinaikkan BN sejak 2008 akan diturunkan Pakatan Rakyat jika berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan selepas menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Harapan ini yang ditunggu-tunggu seluruh rakyat akan dilaksana 21 hari lagi menjelang tarikh itu.

 
 
“Kamu (Umno BN) katalah apa-apa pun, kita bagi penjelasan. 5 Mei pilihan raya, 6 Mei (Pakatan) angkat sumpah. InsyaAllah 7 Mei, harga minyak di seluruh negara turun,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut sorakan gemuruh hampir 7,000 rakyat.

Beliau berkata demikian pada ceramah Jelajah Pakatan Harapan Rakyat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan Sabtu lalu.

Penurunan harga minyak antara agenda utama Pakatan Rakyat menuju Putrajaya, yang dimasukkan di dalam Buku Jingga dan Manifesto Pakatan Rakyat.

Ketua Umum KEADILAN itu juga konsisten menyatakan komitmen tersebut pada setiap siri ceramahnya.

Katanya, penurunan harga minyak tidak mustahil untuk dilaksana, memandangkan kedudukan Malaysia selaku pengeluar minyak.

“Ini fakta, sebab itu (Perdana Menteri) Datuk Najib (Razak) tak mahu debat. Dia syarah di TV3 bukan main garang, marah saya. “Tapi (dengan) saya, (dia) tak boleh jawab. Dia (hanya) marah seorang diri. Sebagai pemimpin, (sepatutnya) kamu kena pertahankan hujah kamu,” kata Anwar./KD

Sunday, April 14, 2013

PUSAT MEDIA PAKATAN RAKYAT PAHANG (LIVE STREAM) KINI BEROPERASI

Alhamdulillah.  Berkat kesungguhan kita dengan komitmen yang tinggi dari pimpinan kita, Pakatan Rakyat Pahang kini maju setapak lagi di dalam merancakkan dunia media alternatif bagi menyaingi media kawalan Umno/Bn terutama menjelang PRU 13 pada 05 Mei ini nanti.

Bermula semalam, Pusat Media Pakatan Rakyat Pahang telah mula beroperasi secara resmi.  Pahang adalah satu-satunya negeri yang terawal melangkah ke hadapan di dalam mewujudkan berbagai bentuk media alternatif.  Langkah ini juga turut dikongsi oleh rakan kita iaitu PAS yang sememangnya telah wujud media seperti TV PAS.  KEADILAN Pahang juga telah wujudkan radio KOBAT FM yang lebih kurang dua bulan yang lalu diresmikan oleh Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim.  Radio KOBAT FM boleh diikuti melalui TUNEiN pada Anroid/Tab, serta boleh didengari melalui blog http://kobatfm.blogspot.com

Untuk Media Pakatan Rakyat Pahang, anda dijemput untuk 'LIKE' FaceBook Pusat Media Pakatan Rakyat Pahang di http://www.facebook.com/pages/Pusat-Media-Pakatan-Rakyat-Pahang/491750070874021 untuk mendapatkan info terkini Sidang Media dan aktiviti Pakatan Rakyat Pahang. Siaran Langsung sidang media dan video klip Pakatan Rakyat Pahang boleh diikuti di https://new.livestream.com/accounts/3567015 Sila like FB atau tekan butang Follow di web live streaming.

 

Saturday, April 13, 2013

TIADA YANG KALAH ATAU MENANG DI DALAM RUNDINGAN KERUSI DALAM PR

KENYATAAN MEDIA
10 APRIL 2013

RUNDINGAN KERUSI BERLANDASKAN SEMANGAT PERSAUDARAAN PAKATAN RAKYAT

Rundingan kerusi di peringkat Pakatan Rakyat sudah memasuki peringkat terakhir. Hanya beberapa kerusi sahaja yang masih dirundingkan dan saya yakin ia akan dapat dimuktamadkan dengan sempurna menjelang hari penamaan calon pada 20 April 2013.

Proses rundingan kerusi selama ini dijalankan dalam penuh suasana persaudaraan di antara ketiga-tiga parti dengan matlamat yang sama: membawa harapan rakyat dengan menggantikan Barisan Nasional sebagai Kerajaan Persekutuan yang baru.

Oleh itu, proses rundingan telah menitikberatkan tiga prinsip utama seperti berikut:

1. Kerusi-kerusi yang telah dimenangi oleh sesuatu parti itu akan kekal di tangan parti tersebut;

2. Kerusi-kerusi yang masih belum dimenangi oleh Pakatan Rakyat secara amnya kekal dengan parti yang telah bertanding sebelum itu, tetapi boleh dirundingkan mengambil kira kepentingan bersama untuk menumpaskan Barisan Nasional, dan;

3. Parti yang mempunyai calon terbaik untuk memenangi sesuatu kerusi yang belum dimenangi sewajarnya diberi kelebihan demi kepentingan bersama untuk menumpaskan Barisan Nasional.

Atas prinsip-prinsip inilah, KEADILAN telah melepaskan kerusi-kerusi Parlimen Gelang Patah kepada Saudara Lim Kit Siang, Bentong kepada Saudara Wong Tack (kedua-duanya DAP) dan Temerloh kepada Saudara Nasruddin Hassan (PAS) agar calon yang terbaik dari Pakatan Rakyat boleh menumpaskan calon Barisan Nasional.

Prinsip yang sama juga digunapakai KEADILAN dalam rundingan dengan rakan-rakannya dalam menetapkan pencalonan Saudara Chua Jui Meng sebagai calon Pakatan Rakyat di Parlimen Segamat.

Oleh yang demikian, KEADILAN akan terus mempertahankan prinsip kepentingan bersama untuk menumpaskan Barisan Nasional dalam memuktamadkan rundingan kerusi-kerusi yang berbaki.

Contohnya, KEADILAN mempertahankan peluangnya untuk bertanding di kerusi DUN Johor Jaya kerana calon yang bakal ditampilkan oleh KEADILAN adalah lebih berwibawa, berkelayakan, berpengalaman dan berpeluang tinggi untuk menewaskan calon Barisan Nasional. Beliau adalah seorang peguam di dalam pertengahan 30an yang telah berkhidmat melalui Pusat Khidmatnya sendiri di DUN Johor Jaya berbanding calon yang dicadangkan oleh DAP.

Begitu juga calon yang bakal ditampilkan di Parlimen Labuan adalah seorang tokoh besar dari Sabah yang diyakini bakal menumpaskan calon Barisan Nasional, berbanding rekod PAS yang sebelum ini hilang deposit dalam Pilihanraya Umum ke-12.

Matlamat bersama di dalam Pakatan Rakyat adalah menumpaskan Barisan Nasional. Saya yakin matlamat ini jugalah; berdasarkan tiga prinsip yang memacu proses rundingan kerusi selama ini; akan berjaya memuktamadkan rundingan kerusi sesama Pakatan Rakyat dalam penuh semangat persaudaraan.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agong

Friday, April 12, 2013

SOKONGAN ANAK MUDA DARI UMNO DI INDERA MAHKOTA

Sokongan rakyat di Indera Mahkota khususnya anak-anak muda kepada KEADILAN dan PR semakin menyerlah menjelang tarikh PRU 13 ini.  Paling menakjubkan apabila ramai di kalangan anak-anak muda tersebut adalah terdiri daripada Pemuda-Pemuda Umno yang di antaranya memegang jawatan Ketua dan AJK Pemuda Cawangan Umno di dalam Bahagian Umno Indera Mahkota.

"Mari Bersatu Demi Rakyat"

Bermesra sambil menjamu selera
Pada 06 April baru-baru ini, seramai lebih kurang 40 orang ahli-ahli Umno termasuk kebanyakannya Pemuda-Pemuda Umno telah mengadakan perjumpaan muhibbah dengan Pengerusi KEADILAN Pahang yang juga calon Parlimen Indera Mahkota, Dato' Fauzi Abd Rahman dan pimpinan PR kawasan Indera Mahkota.  Sempena dengan perjumpaan itu, satu program BBQ telah diadakan di Batu Hitam, Beserah yang mana turut dihadiri oleh Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota yang juga Penyelaras Dun Semambu, Sdr Lee Chean Chung dan pimpinan PAS Kawasan.

Santai - Dato' Fauzi berucap
Sdr Lee Chean Chung (Penyelaras Dun Semambu) dan Sdr Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang)

Dato' Fauzi berbual mesra
Di dalam program tersebut, Dato' Fauzi sempat berucap rengkas untuk menerangkan perjuangan PR.  Beliau juga melahirkan rasa bersyukur kerana semakin ramai rakyat ingin mengetahui apakah dasar PR dan contoh yang telah ditunjukkan oleh anak-anak muda ini patut dijadikan ikutan kepada anak-anak muda yang lain agar mereka tidak terpedaya dengan propaganda Umno yang menggunakan media untuk memburukkan PR.

Wakil dari Pemuda Umno berucap

Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Hatta juga turut hadir


Wakil dari kalangan Pemuda Umno turut berucap dan melahirkan rasa terharu di atas kesudian Dato' Fauzi menemui mereka dan mendengar permasalahan anak-anak muda di Indera Mahkota.  Beliau berjanji akan berkempen untuk kemenangan PR di kawasan Indera Mahkota khususnya apatah lagi mendengar bahawa KEADILAN telah mengumumkan Dato' Fauzi bertanding di Parlimen Indera Mahkota.  Nama Pengerusi KEADILAN Pahang ini selalu mereka dengar dari mulut orang-orang tua di kawasan ini yang menyatakan rekod Dato' Fauzi sewaktu menjadi Wakil Rakyat di sini amat baik dan mesra kepada rakyat.  Umno katanya mementingkan kroni dan tidak boleh menerima teguran dari anak-anak muda di sini.


Sehubungan itu, anak-anak muda ingin sekali bekerjasama untuk memberikan kemenangan kepada PR di kawasan Indera Mahkota.  KEADILAN Indera Mahkota akan mengadakan program resmi bagi meraikan sokongan anak-anak muda dari Umno ini di dalam masa yang terdekat.

Wednesday, April 10, 2013

PKR PAHANG UMUM CALON PARLIMEN YANG BAKAL BERTANDING

Malam tadi (09/4/13), Ketua Umum Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan senarai nama calon yang akan bertanding di Kerusi Parlimen seluruh Negeri Pahang yang diperuntukkan kepada KEADILAN.  Pengumuman telah dibuat di Majlis Jamuan Makan Malam di Hotel Megaview, Kuantan yang mana telah dihadiri oleh seluruh Ahli MPN, bakal-bakal calon dan beberapa AJK Cabang dan para penyokong parti.

Di antara kepimpinan yang hadir
Turut hadir bersama di dalam Majlis Pengumuman tersebut adalah Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman, Timbalan Pengerusi Sdr Ahmad Nizam Hamid, Naib-Naib Pengerusi dan YB Fuziah Salleh.  Ahli Majlis Pimpinan Pusat dari Pahang juga turut hadir iaitu Tuan Hj Abas, Tuan Hj Suhaimi Said dan Sdr Zakaria Abd Hamid.  Ahli Majlis Pimpinan Pusat dari Terengganu yang juga Pengerusi Jingga 13, Sdr Fariz Musa juga turut hadir.  

Sdr Ahmad Nizam Hamid sedang berucap
Majlis malam tadi telah diPengerusikan oleh Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota yang juga Penyelaras Dun Semambu, Sdr Lee Chean Chung. Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang, Sdr Ahmad Nizam Hamid yang juga Ketua Cabang Temerloh telah memberikan ucapan rengkas sebelum ketibaan Dato' Seri Anwar Ibrahim.  Beliau menyuntik semangat kepada semua pimpinan dan ahli-ahli parti agar merapatkan saf di kalangan ahli dan rakan di dalam Pakatan Rakyat demi menunaikan amanah rakyat yang ingin melakukan perubahan di dalam negara ini.  "Tidak kiralah apa jua warna kucing samada berwarna Biru laut, Merah atau Hijau, apa yang penting kucing itu boleh menangkap dan membunuh tikus", maka fahamilah ungkapan itu bagi kita terus bersatu," ujarnya.

Dato' Seri Anwar Ibrahim sedang berucap
Ketibaan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang diiringi dan dikawal oleh Skuad AMK Pahang bersama Dato' Fauzi Abd Rahman disambut oleh pimpinan dan semua yang hadir.  Beliau kemudian menjamu selera dan seterusnya memberikan ucapan rengkas kepada semua yang hadir memenuhi dewan.  Di dalam ucapan rengkas beliau, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kepada ahli-ahli parti agar istiqomah di dalam perjuangan dan ketepikan kepentingan peribadi agar matlamat kita ke Putrajaya akan tercapai, InsyaAllah.  Beliau akui memang ada segelintir para penyokong yang kurang berpuas hati dengan beberapa tindakan pimpinan pusat yang memperlihatkan beberapa kerusi bertukar tangan atau diganti.  "Kita harus berkorban sedikit untuk mencapai matlamat yang lebih besar dan demi untuk menjaga perpaduan sesama Pakatan Rakyat", pesan beliau.  "Contoh terbaik seperti yang telah dilakukan oleh Sdr Ahmad Nizam di mana Kerusi Parlimen Temerloh diserahkan kepada PAS dan beliau tidak akan bertanding di dalam PRU kali ini, namun beliau tetap terus istiqomah dan komited membantu parti,"  Kata beliau.

Sidang Media dan Pengumuman Calon
Sejurus selepas ucapan rengkas, beliau terus mengadakan Sidang Akhbar untuk mengumumkan senarai calon yang telah diputuskan untuk bertanding di Kerusi Parlimen bagi Negeri Pahang;

Parlimen Indera Mahkota -  Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi MPN)
Parlimen Kuantan - YB Fuziah Salleh (Kekal pertahankan Kerusi)
Parlimen Paya Besar - Sdri Cik Murnie Hidayah Anuar (Peguam)
Parlimen Pekan - Sdr Fariz Musa (Ahli MPP/Pengerusi Jingga 13)
Parlimen Bera - Sdr Zakaria Abdul Hamid (Ahli MPP/Timbalan Pengerusi JPRP)

Di dalam Sidang Media itu juga, Ketua Umum turut memberi amaran kepada semua pimpinan dan ahli-ahli parti yang mengkhianati parti, menjadi calon Bebas atau berkempen untuk pihak lawan akan dikenakan tindakan tegas termasuk dipecat dari parti.