KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, December 20, 2017

KEMENTERIAN PELANCONGAN MELARANG DATA KEMASUKAN PELANCONG BULAN SEPTEMBER DAN OKTOBER 2017 UNTUK DIPAPARKAN

 
 
KENYATAAN MEDIA
 
KEMENTERIAN PELANCONGAN MELARANG DATA KEMASUKAN PELANCONG BULAN SEPTEMBER DAN OKTOBER 2017 UNTUK DIPAPARKAN

20hb Dis 2017

Semenjak Cukai Pelancongan dilaksanakan pada 1 September 2017, pelbagai pertikaian telah ditimbulkan di mana ramai yang khuatir bahawa pelaksanaan cukai tersebut bakal menjejaskan industri pelancongan di Malaysia.

Saya telah cuba untuk mendapatkan data-data kemasukan pelancong asing ke Malaysia melalui laman web My Tourism Data yang memaparkan data-data berkenaan dengan industri pelancongan di Malaysia & mendapati bahawa data kemasukan palancong ke Malaysia pada bulan September & Oktober masih tidak dipaparkan, sedangkan kami sudah menghampiri penghujung tahun 2017.

Saya telah menghubungi Tourism Malaysia dan telah dimaklumkan bahawa data kemasukan pelancong asing ke Malaysia bagi bulan September & Oktober telah diperolehi tetapi tidak dibenarkan untuk dipaparkan bagi semakan orang awam.

Merujuk kepada sumber dalaman Kementerian Pelancongan, jumlah kemasukan pelancong asing pada bulan September adalah seramai 2,092,378 orang manakala pada bulan Oktober adalah seramai 1,997,069 orang.

Apa yang menggejutkan adalah, kemasukan pelancong pada bulan Oktober (1,997,069) telah mencatat penurunan sebanyak 14.16% (-329,418 orang) berbanding dengan Oktober 2016, dan Oktober 2017 telah mencatatkan kemasukan pelancong asing yang terendah semenjak bulan Julai tahun 2015 & angka tersebut tidak pernah jatuh sehingga kurang daripada 2juta pelancong semenjak Julai 2015.

Adalah ternyata bahawa prestasi pelancongan Malaysia pada awal tahun 2017 adalah kurang memuaskan dan keadaan menjadi lebih teruk dalam bulan September dan Oktober selepas pelaksanaan cukai pelancongan.

Maka, Saya mendesak Menteri Pelancongan Mohamed Nazri memberi penjelasan dalam tiga perkara yang berikut:

1. Apakah motif Kementerian Pelancongan melarang pengumuman data kemasukan Pelancong pada bulan Sept dan Okt 2017? Adakah ia untuk menjaga imej kerajaan yang telah melaksanakan cukai pelancongan?

2. Adakah jumlah kemasukan pelancong asing pada bulan September seramai 2,092,378 orang dan bulan Oktober seramai 1,997,069 orang tepat?

3. Apakah tindakan kerajaan bagi memastikan industri pelancongan Malaysia dapat bersaing dengan negara Thailand & Indonesia yang mencatatkan perkembangan positif dalam industri pelancongan pada tahun ini?


YB Lee Chean Chung
Ketua Penerangan AMK

Wong Chun Yuan
Ketua AMK Pahang

Friday, December 1, 2017

JELAJAH KOBAT BERMULA DI MENTAKAB, TEMERLOH AHAD INI






Kor Bekas Angkatan Tentera (KOBAT) bersama Keadilan Cabang Temerloh akan menganjurkan dua program pada hari Ahad ini (03/12/17) iaitu program santai dan berdailog bersama bekas-bekas perajurit pada sebelah petang dan majlis Ceramah Umum pada sebelah malamnya.

Program ini adalah di antara program Jelajah KOBAT ke seluruh Parlimen di Negeri Pahang menjelang PRU14 bagi mendekati teman-teman bekas perajurit agar mereka dapat berkongsi pandangan serta mengetahui lebih dekat apakah dasar kita di dalam Pakatan Harapan terhadap kebajikan warga tentera/Polis dan bekas-bekas perajurit.  


Program pertama akan bermula di Mentakab, Temerloh Ahad ini, di mana sesi dialog dan bersantai akan diadakan di Gerai Y & Y Corner, Taman Saga Indah, Mentakab bermula jam 05.00 petang.  Penyelaras KOBAT, Sdr Wan Fauzuldin (WFauzdin NS) akan bersama kita semua di samping turut dihadiri oleh kepimpinan Cabang Temerloh.  

Pada sebelah malam pula akan diadakan Majlis Ceramah Umum dengan menampilkan pemidato utama adalah MP Shah Alam, YB Hj Khalid Samad yang terkenal sebagai seorang Ahli Parlimen yang lantang bersuara.  Beliau akan mengupas tentang isu Bajet 2018 yang dibentangkan oleh PM baru-baru ini dan akan membawa hujah mengapa Pakatan Harapan menolak bajet berkenaan.  Majlis ceramah akan diadakan di Bilik Gerakan Utama (BGU) Dun Lancang, Jalan Saga 8, Taman Saga, Mentakab.  Selain dari KOBAT, beberapa pimpinan dari Pakatan Harapan tempatan termasuk Adun Mentakab, YB Tengku Zulpuri akan berucap.

Orang ramai dijemput hadir terutamanya kepada bekas-bekas tentera.