KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, March 15, 2012

MAJLIS PERTUNANGAN ANAK NAJIB - MENGAPA AIR ITU DIASINGKAN?


Arak dalam majlis pertunangan anak Najib ?
(Oleh: Masdar Wahid) 

 

SHAH ALAM 15 Mac: Lima gelen air yang berasingan dari buffet untuk tetamu dalam majlis pertunangan anak Datuk Seri Najib Razak menimbulkan persoalan, kata Koordinator Jingga 13, Faris Musa.

Ini kerana katanya, kebiasaanya hidangan untuk buffet dipakejkan sekali dengan minuman.

“Persoalannya mengapa 5 gelen air itu diasingkan dari hidangan buffet untuk tetamu?

“Adakah air 5 gelen itu air arak yang dihidang untuk tetamu dalam majlis pertunangan anak Najib?” soalnya.

Berdasarkan pendedahan Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli sebelum ini, majlis pertunangan itu menyatakan Najib membayar RM20,700 untuk hidangan buffet 100 tetamu.

Manakala lima gelen air itu diasingkan dengan harga keseluruhan RM750.

“Kita menuntut Najib tampil memberi penjelasan adakah benar arak turut dihidang dalam majlis pertunangan anak beliau,” soalnya.

Sementara itu, dalam sidang medianya, Faris memberitahu Jingga 13 mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat surat dari pengurusan Hotel Shangrila yang menyatakan bil untuk majlis pertunangan anaknya itu dicaj kepada Najib.

Segala dokumen itu turut diserahkan pihaknya kepada SPRM selain isu penggunaan wang rakyat melibatkan majlis hari lahir Najib pada 24 Julai tahun lalu.

“Jingga 13 mendesak SPRM menyiasat isu ini dengan telus, profesional dan adil bagi memastikan tiada satu sen pun wang rakyat diseleweng Najib dan keluarganya,” tegasnya.

Pada 9 Mac lalu, Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli mendedahkan bahawa Najib didakwa mengguna dana rakyat M409,767 untuk menanggung kos majlis pertunangan anak perempuannya, di Seri Perdana 17 Jun tahun lalu.

Kos merangkumi tempahan majlis bankuet di Hotel Shangri La yang menyedia perkhidmatan katering dan dicaj kepada Pejabat Najib di Putrajaya.

Terbaru, beliau mendedahkan perbelanjaan mewah hari jadi Najib Razak pada 24 Julai 2011 berjumlah RM79,053.

Majlis itu menyajikan 47 juadah istimewa termasuk daging panggang diimport dari New Zealand, makanan Jepun, makanan Barat dan lain-lain.

Berdasarkan ‘Banquet of Order’, majlis dibuat Pejabat Perdana Menteri, walaupun jelas ia majlis peribadi Najib, kata Rafizi yang mendedahkan perkara itu.

Purata perbelanjaan untuk 100 tetamu itu ialah RM207, RM7,000 bagi undangan kugiran Syed Sobri dan undangan kugiran ‘Batak’ (RM5,000) serta RM750 bagi 5 gelen minuman.

Manakala RM30,000 untuk gubahan bunga dan RM12,000 caj pengendalian cukai menjadikan jumlah keseluruhan RM79,053.
 
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=28266

No comments:

Post a Comment