KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, March 31, 2012

SEKITAR PERHIMPUNAN BANTAH PENYENARAIAN FGVHB SEMALAM

Semalam (Jumaat - 30 Mac 2012), beberapa pemimpin dan wakil NGO serta wakil-wakil para Peneroka telah memulakan Mukaddimah perhimpunan `BANTAH' yang mengumpulkan suara para peneroka felda seluruh tanahair bagi menyampaikan memorandum kepada PM, Najib Razak untuk menggesa beliau membatalkan Penyenaraian Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVHB) di Bursa Malaysia seperti yang dirancang oleh kerajaan.

Di dalam beberapa program yang diatur oleh Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, kejayaan mengumpulkan 100,000 tandatangan membantah penyenaraian FGVHB itu menunjukkan betapa warga felda sendiri menentang hasrat kerajaan tersebut. Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, Tuan Hj Suhaimi Said berkata, kos operasi Felda kini adalah RM1.9 bilion yang menyebabkan agensi itu bakal menanggung kerugian atau defisit sebanyak RM0.9 bilion setiap tahun.

Katanya, bagi tujuan penyenaraian dan pampasan RM1 bilion tersebut, Felda memajak seluas 830,000 ekar tanah melalui Felda Plantation dan tambahan 20,000 ekar tanah poket kepada FGVHB, yang bertentangan dengan Akta Kemajuan Tanah. Jelasnya lagi, rekod buruk penyenaraian FGVHB juga menunjukkan syarikat itu mengalami kerugian teruk iaitu mencecah RM500 juta di antara 1997 hingga 2010. Beliau turut menempelak Najib kerana mengekalkan dua pemimpin bermasalah dalam pengurusan Felda, iaitu Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan Pengerusi Eksekutif Felda, Datuk Sabri Ahmad.

“Sabri pernah terlibat dalam salah laku mengurus yang membawa kerugian RM120 juta kepada Golden Hope Plantation Bhd seperti dilapor KPMG forensic dalam Straits Times pada 11 Jun 2008.
“Manakala Isa didapati bersalah dalam kes rasuah pemilihan Umno pada 2005,” tegasnya. 
 
Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, Tuan Hj Suhaimi Said
MP Shah Alam - YB Khalid Samad
Exco Kerajaan Negeri Selangor- YB Tony Phua
 
Sebelum itu, pada 29 Mac 2012 (Khamis) bertempat di Kompleks Sukan, Seksyen 15, Bangi satu program ceramah yang dihadiri oleh Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah diadakan pada malam tersebut.  Program yang dihadiri tidak kurang dari 5,000 orang itu turut menampilkan beberapa tokoh yang berucap termasuk Sasterawan Negara, A. Samad Said yang telah membacakan puisi beliau.
 
Sasterawan Negara, A. Samad Said membacakan Puisi
Ketua AMK - Sdr Shamsul Iskandar
Dato' Seri Anwar turun dari pentas berucap di hadapan ribuan yang hadir
 
Pada Jumaat (30 Mac 2012) selepas Solat Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya pula lebih kurang 500 orang telah berhimpun termasuk beberapa wakil parti dan NGO yang membawa kain rentang sepanjang 100 meter dipenuhi dengan lebih 100,000 tandatangan mereka yang membantah penyenaraian FGVHB. 
 
Dramatis, Man Kadir@Pak Jabit memberikan kata-kata semangat sebelum perhimpunan
Sdr Wak Rabidin (Baju Putih), Ketua Cabang PKR Rompin turut memberikan semangat
Sdr Razali Alias - Ketua Penerangan PKR Pahang
Pengerusi Anak, Sdr Mazlan Aliman memberikan ucapan.  Turut kelihatan Sasterawan Negara, Datuk  A. Samad Said
 
 
Kain rentang diusung terus ke pintu bangunan Pejabat PM di Putrajaya
Tuan Hj Suhaimi Said berucap di hadapan pintu pagar bangunan Pejabat PM
Meskipun perhimpunan diadakan di dalam waktu bekerja dan dengan keadaan cuaca yang panas, orang ramai yang tidak bekerja pada hari tersebut tetap hadir memberikan sokongan. Selain dari beberapa pemimpin politik dari PKR, PAS dan DAP, wakil dari NGO juga turut hadir iaitu Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Jingga 13.

Perarakan diketuai antaranya, Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR, Tuan Hj Suhaimi Said, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Sdr Mazlan Aliman, Ketua AMK, Sdr Shamsul Iskandar, dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.  Turut kelihatan bersama adalah Ketua Serikandi PKR, Sdri Siti Aishah.
 
Pengerusi Jingga 13, Sdr Fariz Musa melaungkan kata semangat
Turut melaungkan kata-kata semangat, Sdr Khairul @ Jonah, Timb Ketua AMK Pusat
Mewakili SAMM, Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Hatta turut melaungkan kata-kata semangat
Ketua Serikandi PKR Pusat, Sdri Siti Aishah turut bersemangat
 
Mereka turut membawa kain rentang bertulis “Kami tolak FGVH”, “Selamatkan Felda”, "Tolak Isa Samad" dan beberapa perkataan yang menunjukkan bantahan terhadap penyenaraian FGVHB.  Laungan “Reformasi” dan slogan anti-Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad berbunyi “Turun Isa Samad” dan “Isa Samad tipu peneroka” turut dilaungkan peserta perarakan. 
 


Sebaik tiba di pintu utama, peserta mendapati pintu pagar utama ditutup dan dikawal beberapa orang Polis. Mereka seterusnya bergerak ke pintu pagar berhampiran tempat letak kereta.  Selepas itu, beberapa wakil, termasuk A Samad Said masuk ke dalam bilik pengawal untuk berunding bagi memastikan memorandum sampai ke tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 
 
Bersedia untuk menyerahkan memorandum
Kira-kira setengah jam kemudian, memorandum berjaya diserahkan kepada wakil Perdana Menteri kerana Najib menghadiri majlis pemakaman anakanda Sultan Perak, Datuk Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah. 
 
Menanti penyerahan memorandum di luar bangunan Pejabat PM
Sebelum itu, di dalam ucapan ringkas Pengerusi ANAK, Sdr Mazlan Aliman beliau memberitahu perhimpunan kali ini adalah Mukaddimah kepada suatu perhimpunan yang lebih besar yang akan digerakkan secara agresif sekiranya kehendak para peneroka yang mahu membatalkan penyenaraian tersebut tidak diendahkan.
 
Lain-lain foto akan disiarkan di dalam FaceBook PKR Negeri Pahang.

Thursday, March 29, 2012

Saman RM200 juta: Mahkamah tolak rayuan Felda

(Oleh: Aedi Asri)

 

KUALA LUMPUR 28 Mac: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Felda dalam kes saman fitnah RM200 juta terhadap Pengerusi Jawatankuasa Displin KEADILAN, Datuk Dr Tan Kee Kwong (gambar).

“Saya mengucapkan rasa syukur kepada Tuhan atas kemenangan ini. Terima kasih juga kepada peguam-peguam saya yang telah bekerja keras selama ini,” katanya ketika dihubungi KeadilanDaily.

Beliau turut berkata, akan meneruskan perjuangan membela nasib peneroka, dan mendedahkan penyelewengan yang dilakukan Felda.

16 Ogos 2011, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah yang dikemukakan Felda kepada Tan, dan mengarahkan Felda membayar kos RM70,000 kepada beliau.

25 Januari 2011, Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Venture Holdings Sdn Bhd memfailkan saman berkenaan artikel akhbar Suara Keadilan bertajuk ‘Kontroversi’ dan ‘Bina Bangunan RM662 Juta Hanya Libatkan Tiga Individu’, yang didakwa memfitnah Felda.

Tan, yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, diwakili peguam Ranjit Singh, Razlan Hadri Zulkifli dan Ho Kok Yew./SK

Wednesday, March 28, 2012

AYUH TURUN KE PUTRAJAYA PADA JUMAAT (30 MAC 12) INI, SELAMATKAN FELDA

Pada hari Jumaat (30 Mac 2012) ini, seluruh warga Felda dari seluruh negara diseru untuk hadir perhimpunan di Putrajaya selepas Solat Jumaat di Masjid Putrajaya bagi menyerahkan memorandum membantah penyenaraian anak syarikat Felda, Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.
Tuan Hj Suhaimi Said - Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR

Kempen BANTAH ini telah lama dijalankan oleh Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR di bawah Tuan Haji Suhaimi Said serta mendapat sokongan bersama dari Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang diterajui oleh Sdr Mazlan Aliman.  Memorandum berkenaan akan diserahkan terus kepada PM, Najib Razak di pejabat beliau di Putrajaya.

Memorandum berkenaan antara lainnya menggariskan mengenai kerugian jangka panjang yang akan ditanggung peneroka akibat penyenaraian itu.  Isu cagaran tanah oleh satu lagi anak syarikat Felda, Felda Plantations Sdn Bhd kepada FGVH untuk tempoh 99 tahun mendapat bantahan sebilangan besar para Peneroka kerana dibimbangi harapan untuk generasai kedua, ketiga untuk dapat tanah akan berkecai berikutan penyenaraian tersebut.

Sdr Mazlan Aliman - Pengerusi ANAK

Tanah berkenaan bukanlah milik Felda tetapi diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk dimajukan oleh lembaga tersebut.  Felda tidak ada geran ke atas tanah tersebut, bagaimana mungkin Felda boleh sesuka hati memajak tanah berkenaan kepada pihak lain.  Para Peneroka harus bangkit bagi mempertahankan warisan mereka turun temurun daripada terus bermimpi dengan `mimpi durian runtuh'.

Sehubungan itu, KEADILAN Negeri Pahang khususnya sekali lagi menyeru kepada semua warga Felda yang masih sayang kepada hak mereka untuk hadir menyuarakan bantahan pada Jumaat ini.  Kepada rakyat biasa termasuk NGO-NGO yang turut bersimpati dengan nasib warga Felda diminta turut hadir beramai-ramai untuk memberikan sokongan moral kepada para Peneroka. 

Kerakusan pimpinan Umno/Bn yang semakin menggila ini harus dihentikan segera.  Kepada semua pimpinan PR di semua peringkat diminta untuk menghebahkan kempen BANTAH ini pada setiap program yang diadakan serta memberikan kerjasama mengedar risalah kempen ini.

Tuesday, March 27, 2012

HASSAN ALI GUNA FITNAH UMNO UNTUK PERTAHANKAN DIRI


 


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menganggap desakan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali agar beliau menjawab lima isu yang dibangkitkan, hanya sebagai skrip fitnah lama yang diulang tayang sejak lebih satu dekad.

Katanya, sebagai seorang yang sering mendabik dada mengatakan beliau ada pengalaman luas dan berpendidikan tinggi, adalah amat malang apabila Hasan kini dilihat sanggup melutut dan mengutip tohmahan yang berupa fitnah yang begitu kejam dan keji untuk menyerangnya.

“Sekiranya Hasan seorang pemimpin yang berjiwa Islam dan mempunyai nilai-nilai kemelayuan, beliau sewajarnya menasihati mana-mana pihak yang membuat fitnah dan tohmahan supaya hentikan budaya fitnah ini.

“Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Hasan sendiri yang mengutip fitnah ini sebagai hujah balas terhadap saya.

“Ini adalah satu taktik politik untuk alihkan pandangan masyarakat daripada isu yang saya kemukakan secara berfakta dan berdokumen pada sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Azmin turut menegaskan, beliau tidak pernah memilih untuk menyerang peribadi Hasan atau mengeluarkan fitnah, tetapi apa yang dibangkitkan adalah berasaskan angka dan dokumen dalam simpanan Kerajaan Negeri.

“Hasan yang selama ini melaung dan memperjuangkan Islam kini bergelumang dengan fitnah-fitnah keji yang ditaja Umno dan dijaja oleh individu yang menjadi agen fitnah,” katanya.

Mengulas mengenai isu keluarga termasuk DNA anaknya, Azmin berkata, pendiriannya sangat jelas dalam isu berkenaan.

“Saya memilih untuk membersihkan nama dan maruah keluarga saya melalui tindakan undang-undang di mahkamah dan kaedah perubatan. Mahkamah telah buat keputusan dalam kes berkenaan dan saya percaya Hasan tahu keputusan itu. Jadi, mengapa beliau masih meneruskan fitnah ini sedangkan mahkamah telah membersihkan nama saya, isteri dan anak saya.

“Saya tegaskan agenda beliau atas nama Melayu dan Islam adalah satu pembohongan kerana jelas Hasan kini diperkuda Umno dan Barisan Nasional. Dan amat malang apabila beliau gagal menjawab dakwaan-dakwaan saya secara khusus tetapi memilih nada-nada yang sama seperti dimainkan oleh Umno dalam jawapannya,” katanya.

Azmin berkata, sebagai contoh apabila isu Hasan membelanjakan wang yang banyak untuk mengubah suai pejabatnya, Hasan menjawab: “Ada orang yang belanja lebih besar dari saya”.

Bagi Azmin, jawapan itu adalah jawapan retorik yang selalu digunakan Umno dalam kes-kes yang membabitkan pemimpin mereka.

Ditanya mengenai dakwaan adiknya, Ummi Halfida seperti didakwa Hasan, Azmin berkata, be- liau memilih cara Islam untuk menyelesaikannya.

“Isu keluarga bukan untuk dipamer atau dijaja kepada umum. Apa juga perkara yang berbangkit dalam keluarga mesti diselesaikan cara Islam. Saya tidak memilih untuk mengaibkan keluarga di khalayak kerana ia ditegah Islam.

“Sebagai seorang motivator yang sering muncul menasihati umum dalam hal-hal kekeluargaan, Hasan sepatutnya tahu perkara ini dan jika benar perjuangan beliau masih berteraskan Islam, beliau perlu menasihatkan pembuat fitnah ini supaya menghentikannya dan bukannya menjadi ejen untuk menyuburkan fitnah Umno ini,” katanya./Sinar

RAKYAT SELANGOR AKAN PERTAHANKAN PAKATAN RAKYAT


Harakahdaily, 26 Mac 2012

KUALA SELANGOR, 26 Mac: Lebih 70,000 kehadiran dicatatkan sepanjang dua hari program Karnival Terima Kasih Rakyat di Stadium Kuala Selangor di sini yang berakhir semalam.

Paling ramai dicatat malam tadi pada majlis ceramah rapat rakyat dengan anggaran 20,000 orang yang hadir terdiri dari pelbagai kaum.

Mereka hadir bagi mendengar ceramah yang menampilkan tokoh pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ceramah malam tadi bagaimanapun dilihat sedikit berbeza dari biasa. Bukan kerana diselangi persembahan kebudayaan dan nyanyian koir sebelum setiap penceramah mengambil pentas, tetapi mood yang dibawa penceramah.

Abdul Hadi yang tidak berapa sihat mengambil giliran pertama berucap malam tadi.

Biarpun sekajap, hanya berucap sekitar 15 minit, tapi beliau sering mendapat sorakan tidak putus-putus dari hadirin setiap kali menyentuh perkara yang menjelaskan perbezaan ketara antara Pakatan Rakyat dan BN.

Antara yang disentuh termasuk soal perkauman dalam BN berbanding Pakatan yang lunak dan menigiktiraf kepelbagaian kaum di negara ini.

Dihujung ceramahnya juga, presiden PAS itu sempat mengusik hadirin dengan lawak selambanya yang kononnya bercakap dalam nada seorang perdana menteri.

"Saya tak sihat dan nak undur diri dahulu sebab baru balik dari luar negara dan terus diatur pusing satu Malaysia. Semalam di Kedah sebelum tu ke negeri lain dan hari ni Selangor.

"Bila habis pusing seluruh negara, saya akan umum tarikh pilihan raya," selorohnya sekaligus meriuhkan suasana.

Begitu juga dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, yang memberitahu akan membawa 'mood perang' sepanjang ceramahnya akan datang sebagai berdepan pilihan raya.

Memegang mikrofon weireless tanpa rosterum ala kempen parti AK di Turki, beliau menggunakan ruang pentas sepenuhnya untuk menarik perhatian para hadirin.

"Kita kena berada di nada ini. Ini mood kita berdepan Umno BN pada pilihan raya ini," katanya menjustifikasikan gaya ucapannya malam tadi.

Sepeti biasa juga, tidak sah kalau ceramah Anwar tidak diselitkan dengan nyanyian spontan beliau.

Malah malam tadi beliau turut menyeru seluruh rakyat mempopularkan rangkap lagu 80-an Indonesia iaitu Madu & Racun.

"Madu ditangan kananmu (Pakatan), Racun ditangan kiri mu (BN).

"Aku dah tahu yang mana akan menjadi pilihan ku," katanya bernyanyi sambil diikuti para hadirin.

Selain itu beliau turut menyentuh beberapa janji Pakatan Rakyat sebaik mengambil alih Putrajaya termasuk membatalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Selain PTPTN, beliau turut mengulangi janji untuk menurunkan harga minyak dan kadar tarif elektrik.

Terdahulu, karnival dua hari anjuran Kerajaan negeri itu adalah sempena meraikan Empat Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor.

Antara lain, program tersebut turut menyediakan pelbagai gerai jualan, pameran-pameran program kerajaan negeri seperti Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) dan Skim Mikrokredit Miskin Bandar, sukaneka dan persembahan muzik.

PRU13: Masa Untuk Menilai Semula Prestasi BN

Malaysia Chronicle

Cubalah kita bayangkan jika anda adalah seorang pemilik sebuah syarikat perniagaan dan apakah yang akan anda lakukakan jika sekiranya ada seorang “pekerja” anda yang tidak pernah mempamerkan prestasi yang memuaskan sepanjang tempoh penggajiannya dengan syarikat anda? Kenapa? “Pekerja” yang prestasinya yang tidak baik selama ini sudah tentunya akan menerima tindakan yang sewajarnya, sama ada penggantungan kerja ataupun penamatan perkhidmatan. Dan ini adalah merupakan suatu keadaan yang hampir sama sekali apabila tibanya pilihanraya umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Kita semua selaku rakyat dan pengundi umum adalah merupakan “majikan” kepada kerajaan yang dipilih dan oleh itu, kita akan menilai semula prestasi kerajaan apabila PRU menjelang pada setiap lima tahun. Di dalam PRU 2008 yang lalu, rakyat telahpun memberikan satu peringatan dan amaran keras kepada kerajaan persekutuan BN agar berubah atau menghadapi penyingkiran di dalam PRU yang akan datang.

Namum demikian, nampaknya rakyat jelata dilihat akan memberikan BN satu lagi peluang apabila kerajaan BN tanpa segan silu merasuah kita semua, selaku “majikan” dengan pemberian RM500 seorang, permohonan maaf yang tidak begitu ikhlas dan pelbagai-bagai janji-janji manis kononnya mereka akan berubah menjadi lebih baik.

Jika sekiranya amalan ini berlaku di sesebuah syarikat swasta di mana seorang pekerja yang cuba merasuah majikan untuk terus bekerja di situ, sudah tentu pekerja tersebut akan disingkirkan serta-merta kerana cubaan merasuah majikan. Perkara yang sama inilah yang kini cuba dilakukan oleh kerajaan BN terhadap rakyat jelata.

Apakah jenis “pekerja” ini? Dari masa ke semasa, kerajaan BN sering merayu rakyat agar mereka diberikan peluang dan kita senantiasa memberi laluan yang begitu mudah untuk kerajaan BN untuk kembali berkuasa pada setiap PRU. Akan tetapi, BN sering memungkiri janji-janjinya dengan tanggapan rakyat akan mudah lupa. Ini sememangnya sikap para pemimpin BN, seringkali menabur pelbagai janji dan akhirnya memungkirinya apabila PRU berlalu.

Jika anda adalah “majikan” di dalam keadaan di atas, sudah tnetu “pekerja” sebegini akan disingkirkan dan digantikan denhan pekerja baru yang lebih berkebolehan. Inilah yang kita perlu tunjukkan kepada kerajaan BN siapakah yang sebenarnya Bos di negara ini.

Dan dengan kad laporan prestasi BN inilah akan dijadikan sebagai satu daya pengukur di dalam persidangan parlimen yang telahpun berlangsung dari 12 Mac hingga 12 April dan berdasarkan keadaan yang terkini, sidang parlimen ini mungkin menjadi seesi yang terakhir buat BN.

Isu-isu hangat

Antara isu-isu yang dijangka “akan cuba dibangkitkan” oleh ahli-ahli parlimen gabungan pembangkang, Pakatan Rakyat (PR) adalah seperti yang berikut:

1) Skandal kondo-lembu NFC,

2) Penetapan kadar gaji minimum,

3) Skim kesihatan 1Care,

4) Pembinaan kilang penapisan sisa toksik Lynas,

5) Kos Lebuhraya Ekspres Kinrara-Damansara (KIDEX) yang semakin meningkat,

6) Janji BN untuk membina enam buah sekolah jenis kebangsaan (Tamil) yang masih tinggal janji,

7) Pembiakan nyamuk yang diubahsuai secara genetik,

8) Penyenaraian saham Felda.

Perkataan “akan cuba dibangkitkan” digunakan pada perenggan yang lalu kerana di kebanyakan seesi persidangan parlimen yang lalu, ahli-ahli parlimen PR tidak diberikan masa yang mencukupi untuk mengemukakan soalan ataupun membahaskan sesuatu perkara demi kepentingan rakyat dan negara.

Pertama, siasatan terhadap skandal kondo-lembu NFC itu telah mengambil masa yang begitu lama sekali di dalam menentukan sama ada para pengarah syarikat berkenaan harus didakwa atau sebaliknya. Malah pihak polis dan pejabat peguam negara saling tolak menolak hasil kertas siasatan sebelum ini. Adakah ia merupakan suatu taktik kerajaan BN untuk melengahkan masa dan keadaan agar rakyat akan mudah melupakan kes tersebut? Akan tetapi, para pemimpin PR terus berusaha memberikan tekanan yang menyeluruh terhadap kes tersebut yang akhirnya berjaya dikemukakan ke mahkamah untuk didakwa para pesalahnya.

Kita tengoklah apa yang telah berlaku pada kes skandal Port Klang Free Zone (PKFZ) yang menyebabkan kerugian berjuta-juta Ringgit. Walaupun bekas presiden MCA dan bekas menteri pengangkutan Dr Ling Liong Sik yang kini sedang didakwa berkaitan kes berkenaan, namum, satu demi satu bukti-bukti skandal dilesap atau dihilangkan dengan begitu sahaja agar kerajaan BN tidak akan menerima tamparan akibat daripada siri perbicaraan tersebut.

Sementara isu yang kedua pula adalah mengenai penetapan kadar gaji minima yang kini hangat diperkatakan ramai. Apabila PR mengemukakan cadangan gaji minimanya pada kadar RM1100 sebulan melalui pembentangan Bajet Alternatif 2012 ppada 4 Oktober 2011 yang lalu, para pemimpin BN dengan lantas mentertawakan cadangan tersebut bagaikan jenaka.

Kini tiba giliran BN pula yang akan mengemukakan cadangan gaji minimanya pada kadar di antara RM880 hingga RM900 sebulan yang dianggap rakyat jelata terlalu rendah berbanding dengan kenaikan kadar inflasi yang begitu mendadak. Seperti biasa golongan pekerja akan terus menjadi mangsa. Suatu perseimbangan kadar di antara majikan dan pekerja perlu diwujudkan bagi menangani masalah inflasi yang kini semakin meningkat agar suatu kadar gaji yang adil dapat dilaksanakan dan tidak membebankan kedua-dua belah pihak.

Isu yang ketiga melibatkan skim insurans kesihatan 1Care yang penuh dengan misteri. Adalah difahamkan bahawa 10 peratus daripada gaji pekerja swasta akan dipotong pada setiap bulan untuk disalurkan kepada 1Care. Menurut BN, insurans sedemikian adalah untuk membantu mereka yang memerlukan rawatan bagi penyakit-penyakit yang serius. Tetapi, apakah yang akan berlaku jka sekiranya wang di dalam 1Care itu tidak digunakan oleh mereka-mereka yang sentiasa sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit? Ahli-ahli parlimen PR kini sedang memberikan tekanan yang menyeluruh terhadap timbalan presiden MCA dan menteri kesihatan Liow Tiong Lai agar mengemukakan maklumat yang lebih terperinci, namum sehingga hari ini Liow masih membisu dan enggan menggulas lanjut.

Kontroversi yang seterusnya adalah pembinaan kilang pemprosesan sisa toksik Lynas di Gebeng, Pahang. Sebelum projek pembinaan itu dilaksanakan kerajaan BN telah merahsiakan tujuan pembinaan kilang itu daripada rakyat. Namun, akhirnya rakyat tetap juga mengetahuinya dan keluar beramai-ramai untuk membantah projek Lynas tersebut. Apakah yang telah berlaku pada slogan “Rakyat Didahulukan” uang sering dilaung-laungkan oleh perdana menteri dan presiden Umno Najib Razak sebelum ini?

Kalaulah Lynas itu merupakan satu projek yang selamat dan berfaedah seperti yang didakwa oleh Najib, kenapa pula merahsiakannya daripada rakyat sebelum ini? Dan kenapa pula kilang tersebut tidak dibina di atas tanah Australia itu sendiri oleh kerana syarikat itu milik pelabur Australia?

Walau macam manapun, ahli-ahli parlimen PR akan tetap meneruskan tekanan mereka di dalam parlimen agar kilang tersebut segera ditutup demi memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat jelata tidak tidak tergadai begitu sahaja demi keuntungan sesetengah pihak yang didokong oleh BN.

Bagi projek Lebihraya Ekspres Kinrara-Damansara (KIDEX), kita juga dapati bahawa kos projek pembinaan tersebut telah meningkat secara mendadak sehingga mencecah RM2 bilion dan persoalannya adalah kenapa projek pembinaan tersebut tidak ditawarkan melalui proses tender terbuka seperti yang diwajibkan mengikut undang-undang?

Selain daripada itu, kerajaan BN sebelum ini telah berjanji kepada masyarakat India bahawa 6 buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) akan dibina tidak lama lagi, namum sehingga pada hari ini, janji tersebut hanya tinggal janji dan kerajaan BN masih tetap menjanjikannya tetapi tidak memberikan sebarang tarikh perlaksanaan tersebut. Persoalannya adalah bila? Adakah ianya hanya merupakan suatu tipu muslihat agar masyarakat India kembali menyokong BN pada PRU yang akan datang?

Isu yang ketujuh pula adalah berkenaan projek pembiakan sejenis nyamuk yang dibuat secara genetik bagi memerangi ancaman nyamuk aedes, namum tidak ada maklumat terperinci yang dapat dikemukakan oleh kementerian kesihatan bagi memastikan pembiakan baka baru nyamuk tersebut tidak mengamcam orang ramai khususnya kanak-kanak. Apa yang pihak kementerian berikan sehingga pada hari ini adalah hanya maklumat-maklumat yang masih kabur dan tidak jelas.

Cadangan penyenaraian Felda di dalam Bursa Saham oleh kerajaan BN turut menerima bantahan yang begitu hebat daripada para pemimpin PR dan sebilangan besar peneroka Felda itu sendiri yang telah melihat penyenaraian tersebut bakal mengancam kedudukan dan kebajikan mereka sebagai peneroka di masa yang akan datang. Walaupun kerajaan BN sebelum ini telah menjanjikan pulangan yang paling lumayan daripada penyenaraian Felda, namun para peneroka Felda masih tidak berpuashati mengenai maklumat-maklumat urusan tersebut yang dikatakan tidak telus dan kurang jelas serta tidak mudah difahami.

Oleh yang demikian, kajian semua terhadap penyenaraian itu adalah perlu bagi memastikan kebajikan para peneroka Felda ini tidak tergadai dengan begitu sahaja pada masa yang akan datang.

Ketidakseimbangan dalam parlimen

Masalah yang utama sekarang adalah di kebanyakan seesi persidangan parlimen, ahli-ahli parlimen PR selalunya tidak diberikan peluang yang mencukupi bagi membahas dan mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan. Selain daripada itu, ramai di antara menteri-menteri kerajaan BN juga gagal atau tidak dapat memberikan jawapan yang sempurna apabila disoal mengenai beberapa perlaksanaan dan projek di bawah kelolaan kementerian masing-masing.

Maklumat mengenai persidangan parlimen yang diperolehi daripada rekod Hansard sering menunjukkan ahli-ahli parlimen BN dan menteri-menteri khususnya daripada Umno suka menunjukkan tingkahlaku yang tidak profesional apabila sedang bersemuka dengan ahli-ahli parlimen PR yang lebih giat menumpukan perhatian mereka terhadap tanggungjawab mereka sebagai ahli parlimen.

Sementara speaker dan timbalan speaker parlimen yang kedua-duanya ahli BN juga asyik menghalang seesi perbahasan yang efektif daripada berjalan dengan lancar khususnya di pihak PR dengan alasan “masa tidak mencukupi” dan pada masa yang sama akan memberikan masa yang lebih panjang kepada ahli-ahli parlimen BN untuk berbahas dan mengemukakan sokongan mereka.

Keadaan tersebut juga telah menyebabkan ketidakseimbangan kuasa di dalam parlimen dan mengakibatkan keseluruhan persidangan tersebut menjadi kurang berkesan dan tidak adil sama sekali pada akhirnya.

Tibalah masa untuk rakyat untuk menunjukkan kepada BN siapakah “majikan” sebenarnya daripada terus dibuli sedemikian. Lebih baik BN ini digantikan dengan seberapa segera yang boleh, agar negara ini dapat kembali ke pangkal jalan demi kepentingan rakyat jelata.

Monday, March 26, 2012

BERITA BAIK BUAT PELAJAR DARI PAKATAN RAKYAT

PTPTN batal jika Pakatan tawan Putrajaya – Anwar

(Oleh: Masdar Wahid)

 

PORT DICKSON 23 Mac: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dibatalkan serta-merta jika Pakatan Rakyat diberi mandat sebagai kerajaan baru Persekutuan pada pilihan raya umum kali ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pembatalan itu katanya selaras dengan agenda Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat seperti digariskan Buku Jingga.

“Semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri, keuntungan Petronas RM30 bilion tapi ada biasiswa dan dermasiswa. Sekarang, untung Petronas, lebih RM90 bilion, tapi pelajar kita, baru masuk belajar, sudah berhutang. Belum kerja dah berhutang.

“Kalau kita diberi mandat memerintah Malaysia, saya beri jaminan, PTPTN akan kita batalkan,” katanya pada majlis ceramah Pakatan Rakyat di Lukut, Negeri Sembilan, 22 Mac lalu.

Beliau menegaskan, apabila harga minyak turun, secara automatik rakyat mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan.

“Apa jadi kalau harga minyak turun, pengangkutan awam juga akan turun, harga makan akan turun dan harga barang akan turun.

“Saya beri jaminan harga minyak boleh diturunkan, saya Menteri Kewangan lapan tahun, saya tahulah caranya,” katanya yang menjawat jawatan itu sejak 1991-1998.

Beliau turut menempelak Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir yang mengatakan pelaksanaan gaji minima akan membankrapkan negara.

“Kalau tidak mampu laksana gaji minima, sila berundur kerana kami beri jaminan gaji minima RM1,100 akan dilaksana jika kita diberi mandat memerintah. Malaysia ini negara kaya dan ada macam-macam sumber hasil, kita yakin dasar ini boleh dibuat,” tegasnya.

Beliau memberi contoh Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat bukan sahaja berjanji malah berjaya melaksanakan dasar gaji minima sejak Januari lalu dengan permulaannya kepada syarikat kerajaan negeri.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri, Datuk Kamarul Bahrin Abbas dan pimpinan Pakatan Rakyat dari pelbagai peringkat.

Ceramah yang berlangsung kira-kira tiga jam itu menyaksikan ratusan kenderaan memenuhi perkarangan kawasan tanah lapang itu kira-kira satu kilometer.

Dua stesyen minyak berhampiran turut menjadi medan tempat meletak kenderaan orang ramai ekoran kawasan sesak dan padat dengan kehadiran ribuan rakyat malam itu./KeadilanDaily

Sunday, March 25, 2012

Anak Nazri Aziz juga dikaitkan dengan satu kes pembunuhan- AMK

KUALA LUMPUR 24 Mac: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak siasatan menyeluruh dijalankan berhubung dakwaan terhadap anak menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bernama Mohamad Nedim, yang terlibat dalam insiden memukul penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin menuntut pihak polis melakukan siasatan yang bebas dan adil memandangkan Mohamad Nedim sebelum ini turut dikaitkan dalam satu kes pembunuhan.
 
 

“AMK turut difahamkan bahawa Mohamad Nedim juga pernah dikaitkan dengan insiden kematian seorang pemuda bernama Darren Kang di Restoran Uncle Don di Sri Hartamas pada sekitar tahun 2004.

“Pihak polis didesak tegas dalam menjalankan siasatan secara profesional tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak luar dan tidak menutup kes ini seperti mana yang terjadi dalam kes pembunuhan Darren Kang pada 2004, yang turut dikaitkan dengan penglibatan Mohamad Nedim,” kata Shamsul.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid semalam mengesahkan dua laporan polis dibuat dan kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam pergaduhan.

Sementara itu, NGO Jingga 13 turut menuntut siasatan segera dilakukan memandangkan perlakuan itu dilakukan oleh anak seorang Menteri yang menjaga hal ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri

“Jingga 13 percaya kepada ketelusan PDRM untuk menyiasat perkara ini dengan lebih telus memandangkan terdapat CCTV yang dilaporkan merakamkan kejadian tersebut.

“Bukti ini harus diselenggarakan dengan penuh integriti demi membuktikan tidak ada perlindungan atau kekebalan undang-undang untuk keluarga Menteri di Malaysia,” kata ketua penyelarasnya, Fariz Musa.

Menurutnya, polis juga didesak untuk menyiasat dakwaan kononnya pengurusan kondominium dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya ‘menutup’ kejadian’ itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk perbaharui lesen operasi mereka.

“Jingga 13 mahu PDRM menyiasat adakah wujud tangan-tangan ghaib untuk mencampuri kerja-kerja penyiasatan dan menekan pihak yang melaporkan demi melindungi kepentingan individu yang bersalah dan membiarkan mangsa pukul tidak dibela,” katanya./Keadilan Daily

KIT SIANG `TELANJANGKAN' NAJIB

Kit Siang cabar Najib serah kuasa secara aman jika Pakatan menawan Putrajaya

Pilihan raya umum ke-13 semakin mendekat, Perdana Menteri Najib kini berada di mod berkempen yang sepenuhnya. Sepertimana yang dikatannya sendiri baru-baru ini, beliau telah "bekerja malam dan siang", "tanpa berhenti-henti", bukannya untuk menjadi seorang Perdana Menteri yang baik dan berteladan, tetapi menjadi Santa Claus kebangsaan untuk "memastikan kemenangan" bagi Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang akan datang ini.

Semasa berkempen di merata tempat, nada beliau bertukar dari yang paling berkeyakinan dengan mengisytiharkan bahawa "BN akan merampas negeri-negeri di bawah pemerintahan pembangkang pada PRU ke-13" (di Puchong pada 19 Mac) dan yang berbunyi lebih gelap bahawa "adalah sukar bagi BN menguasai majoriti parlimen dua per tiga dalam PRU yang akan datang" (Foreigh Correspondents Club pada 20 Mac), kepada yang berbunyi mengugut bahawa cita-cita rancangn "transformasi"nya supaya Malaysia menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi akan gagal jika beliau tidak mendapat "mandat besar" dan negeri-negeri pembangkang balik ke pangkuan BN (semasa bertemu dengan kakitangan kerajaan pada 18 Mac di Shah Alam).

Malah pada awal bulan ini, semasa berkempen di Kedah, Najib (gambar atas) memohon maaf terhadap segala kesilapan yang dilakukan oleh Barisan Nasional di masa-masa lepas yang mengakibatkannya kehilangan kuasa dan kerusi di beberapa negeri dalam pilihanraya yang lepas.

Tetapi setelah tiga minggu berlepas, apa yang kekal menjadi misteri dan rahsia negara adalah kesilapan apa yang dimaksudkan oleh Najib itu.


Sebenarnya, Timbalan Perdana Menteri Muhyddin Yasin (gambar kiri) telah dengan segeranya pada hari kemudian menolak kemungkinan untuk mengenalpasti "kesilapan-kesilapan" apa yang dimaksudkan oleh Najib, dan berhujah bahawa "yang penting adalah memandang ke depan", sementara Ketua Penerangan UMNO Maslan pula memperkecil-kecilkan tindakan "minta maaf" Najib dengan mengumumkan bahawa "UMNO memerlukan mandat untuk memperbetulkan kesilapan-kesilapannya"!

Maka adakah ini bererti tanpa "mandat dan kemenangan yang besar" untuk UMNO dan BN dalam PRU yang akan datang ini, maka tidaklah perlu untuknya minta maaf untuk segala kesilapan yang pernah dilakukan oleh UMNO/BN?

Adakah Najib sedar apakah kesilapan-kesilapan lampau BN yang beliau maksudkan semasa meminta maaf di Kedah awal bulan ini, ataupun ia sebenarnya hanya retorik politik yang tidak bererti langsung yang hanya bertujuan menipu undi?

Sementara kita meminta penjelasan daripada Najib mengenai apakah kesilapan-kesilapan lampau BN yang beliau bersedia untuk jelaskan dan minta maaf, biarlah beliau meminta maaf terhadap kesilapan-kesilapan beliau sendiri dahulu, khasnya yang beliau lakukan dalam tempoh 35 bulan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Kesilapan-kesilapan Najib ada berpuluh-puluh jenis, biarkan saya menggariskan beberapa di sini:

1. Merampas kuasa pemerintahan negeri Perak Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Menteri Besar Nizar Jamaluddin secara haram dan bertentangan perlembagaan yang beliau sendiri merancang dan melaksanakan dua bulan sebelum beliau menjadi Perdana Menteri.

2. Kegagalan beliau untuk mempertahankan dasar 1Malaysia yang bertujuan mencipta sebuah negara Malaysia di mana semua rakyat mengutamakan identiti sebagai rakyat Malaysia terdahulu dan kaum, agama, kawasan dan status sosio-ekonomi kemudian, apabila Timbalan Perdana Menterinya sendiri Muhyddin Yassin mengumumkan bahawa beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian.

3. Politik hipokrisi di mana beliau berdakwah mengenai kemuliaan kesederhanaan di forum-forum antarabangsa sementara mengizinkan kuasa-kuasa ekstrimis perkauman dan agama yang diterajui oleh jubir UMNO, Utusan Malaysia, berleluasa di negara ini sehinggakan masalah polarisasi kaum dan agama menjadi semakin teruk di dalam tempoh 35 bulan beliau menjawat jawatan Perdana Menteri, di mana retorik politik tentang kebencian kaum dan ketidak toleransi agama yang berlandaskan dusta dan bohong menjadi begitu serius di Malaysia, sehinggakan UMNO nampaknya telah "outsource"-kan politik melampau kepada PERKASA.

4. Ucapan beliau di Perhimpunan Agong UMNO 2010 yang berjanji "walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa", demi mempertahankan UMNO di Putrajaya. Adakah Najib bersedia untuk meminta maaf dan menarik balik ugutan ini dengan mengumumkan bahawa selaras dengan tujuan beliau menjadikan Malaysia sebuah "demokrasi paling baik di dunia", beliau dan para pemimpin UMNO akan secara aman dan tanpa syarat menerima keputusan pilihanraya dalam PRU yang akan datang, termasuk sekiranya berlaku pertukaran kerajaan di Putrajaya?

5. Bertambahnya kejadian-kejadian politik keganasan terhadap ahli-ahli parti pembangkang seperti Ahli parlimen kawasan Lembah Pantai, Nuruk Izzah serta para aktivis masyarakat madani yang dilakukan oleh Pemuda UMNO dan ahli-ahli PERKASA serta para penyokong mereka, termasuk tindakan menyerang protestor anti-Lynas di Sudut Berpidato Pulau Pinang yang mengakibatkan dua orang wartawan cedera, sementara pihak politk berdiri di tepi tanpa menjalankan tugas mereka.

6.Gelaja rasuah yang semakin serius di Malaysia di mana kedudukan kita di Indeks Persepsi Rasuah Transparency International tahun 2011 terjatuh ke tahap paling teruk iaitu No. 60 dan skor yang paling rendah iaitu 4.3, meletakkan Malaysia pada taraf paling korup sekali dalam tempoh 55 tahun sejarah negara di bawah pimpinan enam orang Perdana Menteri.

7. Kematian Teoh Beng Hock dan kegagalan untuk mengambil tindakan terhadap pembunuhnya dari Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, serta menahan dan mendakwa orang yang bertanggungjawab terhadap kematian Ahmad Sarbani Mohamad di bangunan SPRM, V Kugan di bawah jagaan polis dan lain-lain kes kamatian semasa dalam penahanan pihak berkuasa.

8. Muncul kembalinya politik Mahathirisma, sedangkan generasi Malaysia masa kini masih terbelenggu oleh skandal-skandal kewangan yang tercetus dalam tempoh 22 tahun Mahathir menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia, dan baru-baru ini usaha "menyelamatkan" bekas pengerusi MAS, Tajudin Tamli buat kali ketiga yang bernilai RM840 juta menerusi out-of-court settlement dengan Danaharta dan beberapa GLC.

9. Politk rasuah, kronisma dan naungan yang berterusan sepertimana yang berlaku dalam penganugerahan RM2.2 bilion Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) kepada dua syarikat, Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd yang ada hubung kait degan peguam UMNO, Hafarizam Harun dan isteri bekas Ketua Hakim Negara, Zaki Azmi, dan Lebuhraya West Coast bernilai RM7.1 bilion menghubungkan Banting ke Taiping yang diberikan kepada Kumpulan Europlus Bhd selama 60 tahun konsesi.

10. Keengganan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai masalah pendatang tanpa izin yang berlarutan di Sabah yang menjadikan rakyat Sabah bagai orang asing di tanah bumi sendiri.

11.Salah urus perhimpunan BERSIH 709 yang bertujuan menuntukan pilinraya bersih, bebas dan adil, memburuk-burukkan imej para penganjur dan penyokong BERSIH, sementara kumpulan pelampau dan ekstrim tidak dikawal atau disekat tetapi dibiarkan mereka menyebar dan mengugut mesej keganasan, mengapi-apikan suasana kebencian kaum dan agama.

12. Kegagalan untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap keberkesanan, kebebasan dan profesionalisam institusi-institusi utama negara, samada pihak kehakiman, polis, kamar Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya dan sebagainya. Keengganan Perdana Menteri untuk menubuhkan tribunal untuk menyiasat dakwaan serius yang dibuat oleh bekas pegawai polis peringkat tinggi, termasuk bekas Pengarah CCID Ramli Yusof dan bekas Pengarah CID KL Mat Zain mengenai salah guna kuasa, subversif kedaulatan undang-undang dan penyelewengan perjalanan keadilan, yang ditujukan terhadap Peguam Negara Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan, sampai kepada pemalsuan bukti dalam insiden "mata lebam" Anwar Ibrahim, perbicaraan Anwar dalam tahun 1998, usaha menyelamatkan Tajudin Ramli dari MAS, serta maklumat terkini mengenai "kes lima tahun yang ganjil yang kononnya melibatkan pegawai polis paling berkuasa di negara ini, peguam negara serta seorang ketua penjenayah", mengaitkan juga Timbalan Menteri Dalam Negeri pada masa itu, Johari Baharom, telah membangkitkan pelbagai persoalan mengenai komitmen Perdana Menteri terhadap kedaulatan undang-undang.

Adakah Perdana Menteri akan terus mengelak dari mengambil satu pendirian sungguhpun dakwaan-dakwaan ini amat serius dan mendakwa bahawa pegawai-pegawai undang-undang dan polis tertinggi di negara ini, iaitu Peguam Negara dan Ketua Polis Negara, merupakan penejenayah hanya baru-baru ini - dan Peguam Negara yang sama masih berada di penjawatannya?

Banyak lagi "kesilapan-kesilapan" yang telah dilakukan oleh Najib sendiri dalam tempoh 35 bulan ini yang perlu beliau minta maaf, dan kita belum lagi menceritakan kesilapan-kesilapan lampau yang dilakukan oleh BN yang mengakibatkan keputusan pilihanraya paling teruk baginya dalam tahun 2008.

Dari manakah Najib mahu bermula?

Kebelakangan ini, wujudnya petanda-petanda yang merunsingkan bahawa oleh sebab takut kehilangan kuasa buat pertama kalinya dalam tempoh 55 tahun dalam sejarah negara ini, PRU ke-13 ini akan menjadi PRU yang paling kotor, tidak adil, dan tidak demokratik di negara kita ini.

Saya mencabar Najib supaya memberikan petanda jelas bahawa sebagai Perdana Menteri ke-6 negara ini, beliau akan memastikan Malaysia akan bertindak seperti sebuah negara demokratik yang biasa di mana sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memenangi kerusi majoriti di Parlimen dalam PRU ke-13 menerusi peti undi, maka Barisan Nasional akan menyerahkan kuasa pemerintahan di Putrajaya secara aman, tanpa membuat sebarang ugutan Mei 13, laungan perang "walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa", dan sebaliknya menjadikan PRU ke- 13 "paling bersih, bebas dan adil" setara dengan sebuah "demokrasi paling baik di dunia".

Baru-baru ini, politik di Malaysia menjadi semakin kasar dan kesat, termasuk di dalam Dewan yang mulia ini, di mana dusta dan fitnah disebarkan tanpa sebarang sekatan atau rasa sesal.

Tragedi 13 Mei

Dalam mesyuarat Parlimen ini dan yang lepas, fitnah yang paling keji dan tidak bertanggungjawab telah dilontarkan terhadap saya, menuduh saya sebagai menghasut dan mencetuskan rusuhan Mei 13, 43 tahun yang lepas pada 1969.

Selama empat dekad ini, pihak polis, pasukan keselamatan dan kerajaan tidak dapat menentukan siapa sebenarnya yang mencetuskan rusuhan Mei 13 dalam tahun 1969, tetapi tiba-tiba saja, ada orang tahu siapa yang mencetuskan rusuhan Mei 13 - dan saya telah didusta di Dewan ini sebagai orang yang menghasut dan mencetus Mei 13, menerusi slogan-slogan paling racis di jalan-jalan di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969.

Hasilnya, semua dusta dan fitnah bahawa saya telah menghasut dan mencetuskan rusuhan Mei 13, khasnya di jalan-jalan di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969, telah disiarkan secara berleluasa di blog-blog kumpulan cybertroopers UMNO.

Pada hakikatnya, saya tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969. Saya masa itu bertanding di Bandar Melaka, dan berada di pusat pengiraan undi di Melaka sehingga awal pagi 11 Mei 1969 kerana menunggu keputusan, hanya kembali kepada keluarga saya di Petaling Jaya pada 11hb Mei (hari Ahad). Pada hari Isnin seterusnya, iaitu 12 Mei 1969, saya pulang ke Bandar Melaka untuk mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di perarakan berterima-kasih-kepada-pengundi pada petang dan menghadiri satu rapat umum berterima-kasih-kepada-pengundi pada malam. Kedua-dua acara itu telah berlangsung secara aman.

Saya mungkin merupakan satu-satunya wakil rakyat dalam tahun 1969 yang sempat mengadakan perarakan dan rapat umum berterima-kasih-kepada-pengundi selepas pilihanraya kerana saya telah menempah tiket untuk terbang ke Sabah pada awal pagi hari Selasa, 13 Mei 1969 untuk membantu dalam kempen pilihanraya calon-calon bebas di situ, kerana pada masa itu, hari mengundi Sabah dan Sarawak adalah diadakan seminggu selepas keputusan pilihanraya diumumkan di Semenanjung.

Semasa saya berucap di rapat umum di Kota Kinabalu pada malam 13hb Mei, barulah saya terima berita bahawa huru hara Mei 13 telah berlaku di Kuala Lumpur.

Menuduh saya sebagai menghasut rusuhan Mei 13 menerusi ungkapan-ungkapan perkauman dan kesat di jalan-jalan di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei adalah fitnah yang paling tidak bertanggungjawab dan keji sekali.

Dalam ucapan pertama saya di Parlimen pada 23 Februari 1971 setelah saya dibebaskan daripada tahanan ISA pertama saya serta setelah Parlimen dipulihkan, semasa membahas Rang Undang-undang Pindaan Perlembagaan 1971, saya telah menyeru supaya satu Suruhanjaya Parlimen yang keahliannya termasuk wakil-wakil bukan ahli parlimen yang dihormati dalam bidang mereka masing-masing, untuk antara lain, "mengenalpasti punca rusuhan Mei 13" dan "membuat cadangan bagaimana untuk mencegah berulangnya rusuhan kaum Mei 13 di masa depan, dan menghentikan masalah polarisai kaum di Malaysia."

Berikut adalah apa yang telah saya katakan dalam bulan Julai 1969 semasa membalas penahanan saya di bawah ISA, dan saya pasti rekod ini masih disimpan dalam arkib Kementerian Dalam Negeri:

"My every public statement and stand was motivated by my sense of Malaysian nationalism and patriotism. I was born in Malaysia and I shall die in Malaysia. I have no other land as my home. I have children who are growing up in Malaysia and who are going to live in Malaysia.

I fell it is my duty to do my part to build a multi-racial and harmonious Malaysia for, without such a society, all Malaysians will suffer.

I believe that the policy followed by the Alliance is not producing or generating a sense of Malaysian consciousness and identity transcending all racial language and cultural differences.

I believe that the only formula to build a Malaysian nation is to give every Malaysian regardless of his race, language or culture, a stake in the political economic social and cultural development of the country, where no group feels that ti is being discriminated against on racial, cultural, language or religious grounds. It is this philosophy which guided all my public actions and utterances.

I also believe that the Malaysian nation is going through a trauma with the tragic May, 13th disturbances and that a special effort must be made to end the great damage inflicted by the disturbances. Although the wounds of May, 13 may close, it may not heal. If this the case then May 13 disturbances is only a prelude to worse disturbances.

In this task of reconciliation of the races it will be a great mistake if the ruling part shoulders singly, or only with superficial co-operation with opposition leaders and parties who have won the confidence of the people."
Ini merupakan kenyataan sayang, setia, komitmen, nasionalisma dan patriotisma saya semasa saya masih berusia 28 tahun. Saya bangga berkata bahawa saya berpegang teguh kepada kenyataan ini, khasnya perisytiharan saya:

"My every public statement and stand was motivated by my sense of Malaysian nationalism and patriotism. I was born in Malaysia and I shall die in Malaysia. I have no other land as my home. I have children who are growing up in Malaysia and who are going to live in Malaysia. I fell it is my duty to do my part to build a multi-racial and harmonious Malaysia for, without such a society, all Malaysians will suffer."

Anak-anak saya semuanya berada di Malaysia, menyumbang kepada pembangunan sebuah Malaysia yang moden, progresif, berdaya saing, demokratik dan adil.

Pilihanraya umum yang seterusnya akan merupakan satu ujian yang terbesar buat Malaysia, menguji samasa kita berdaya menjadi sebuah negara demokratik yang biasa, di mana semua rakyat Malaysia menikmati hak dan kuasa untuk melaksanakan peralihan kuasa dan kerajaan menerusi peti undi.

Saya menjemput Perdana Menteri serta semua pemimpin Barisan Nasional supaya menyertai usaha Pakatan Rakyat untuk membuktikan bahawa kita semuanya nasionalis dan patriot Malaysia yang berupaya bekerjasam dengan menubuhkan sebuah Suruhajaya Bersama untuk memastikan bahawa PRU ke-13 ini akan merupakan pilihanraya yang paling bersih, bebas dan adil di sejarah negara ini, sementara membuktikan kepada masyarakat sedunia serta diri kita sendiri bahawa kita telah muncul sebagai sebuah negara demokratik biasa.

Senator Idris Jala kini berkata bahawa negara Malaysia tidak lagi berisiko menjadi bankrap
Senator Idris Jala, CEO kepada PEMANDU, yang terkenal dengan amarannya bahawa Malaysia akan menjadi bankrap menjelang tahun 2019 sekiranya negara tidak mengubah corak perbelanjaannya dan mengurangkan pergantungan terhadap subsidi.

Tetapi dalam satu ruang media baru-baru ini, beliau nampaknya berpendapat bahawa risiko-risiko ini telah makin berkurangan "kerana pada keseluruhannya, prestasi kewangan kerajaan Malaysia adalah baik".

Agak malang sekali bahawa seorang professional yang berkomited dan tidak terlibat dalam politik seperti Idris Jala pun tidak dapat melarikan diri daripada terjebak dalam permainan politik.

Hakikatnya, rakyat Malaysia sekarang mempunyai lebih banyak sebab untuk merasa risau akan keadaan kewangan kerajaan dewasa ini berbanding dengan bulan Mei 2010 apabila Idris membuat pengumunan yang membimbangkan itu. Perbelanjaan ke atas subsidi telah meningkat dari RM 23.1 bilion dalam tahun 2010 kepada RM 32.8 bilion pada tahun 2011. Perbelanjaan kita di atas subsidi gula sebenarnya telah bertambah dua kali ganda dari RM262 juta menjadi RM567 juta walaupun harga gula sedunia telah menurun. Perbelanjaan operasi kerajaan diramalkan akan bertambah pada kadar 18.9% dari tenpoh 2010 sehingga 2011 berbanding dengan peningkatan hasil pendapatan hanya 14.9% dalam tempoh masa yang sama. Perbelanjaan operasi ini akan tumbuh dengan lebih pesat di bawah skim gaji baru yang telah disemak dan diubah, yang menurut sesetengah laporan, akan memakan tambahan perbelanjaan kerajaan sebanyak M6 bilion setiap tahun. Dan semua ini belum lagi mengambil kira peningkatan dalam liabiliti kontinjen yang disebabkan bon-bon yang dikeluarkan oleh Syarikat Prasarana untuk membiayai projek lanjutan LRT dan bon-bon yang telah dikeluarkan oleh Syarikat MRT Co. untuk membiayai projek MRT raksaksa, yang sehingga kini, merupakan projek infrastruktur awam paling besar dalam sejarah negara kita.

Pada masa yang sama, pertumbuhan ekonomi negara hanya 5.1%, iaitu kadar yang berada di lapisan bawahan anggaran kadar pertumbuhan 5% hingga 5.5% yang dibuat oleh Kementerian Kewangan. Kadar pertumbuhan ini adalah di bawah sasaran 6% yang telah ditetapkan oleh PEMANDU. Sebahagian besar pertumbuhan ini adalah didorong oleh peningkatan dalam perbelanjaan kerajaan dan aktiviti-aktiviti kerajaan.

Sebagai contoh, penggunaan kerajaan muktamad telah meningkat sebanyak 16.8% pada tahun 2011 berbanding dengan kenaikan 6.9% dalam penggunaan sektor swasta. Pada jangka masa yang sama, output sektor perkhidmatan kerajaan bertumbuh sebanyak 11.6% berbanding dengan hanya 4.5% dalam sektor pembuatan dan 6.8% untuk keseluruhan sektor perkhidmatan. Pertumbuhan ekonomi yang diketuai oleh kerajaan sebegini jelas tidak mampan untuk jangka masa yang panjang kerana pertumbuhan dalam sektor swasta yang sebenarnya dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan peningkatan pendapatan hasil cukai.

 
 
Dalam erti kata yang lain, pandangan kewangan awam negara telah bertambah buruk dalam tempoh satu tahun setengah yang lalu tanpa apa-apa kesan peningkatan dalam pandangan pertumbuhan ekonomi negara, sungguhpun kita adanya Program Transformasi Ekonomi (ETP).

*Ucapan Lim Kit Siang (gambar kanan) selaku Ketua Parlimen DAP merangkap Ahli Parlimen kawasan Ipoh Timur, semasa menyertai perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Titah Yang DiPertuan Agong pada 22 Mac 2012.
Sumber: WRLR

Saturday, March 24, 2012

WACANA KAKITANGAN AWAM/SWASTA ESOK (AHAD -25 MAC 2012)






Seluruh kakitangan awam dan swasta dijemput menghadiri Wacana Kakitangan Awam dan Swasta yang akan diadakan di Pejabat KEADILAN Cabang Temerloh, Simpang Taman Saga, Mentakab pada 25 Mac 2012 (Ahad) mulai jam 09.00 malam.

Ahli Panel yang dijemput:

1.  YB Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Pengerusi Kaukus Pekerja Parlimen Malaysia
2.  Prof Dr Aziz Bari - Pakar Perlembagaan
3.  Sdr Adam Adli - Pemimpin Pelajar (Mahasiswa yang digantung kerana menurunkan bendera gambar Najib di perkarangan PWTC)
4.  Sdr Ahmad Nizam Hamid - Peguam/Ketua Cabang Temerloh
5.  Sdr Abd Razak Endut - Panglima BERSIH 2.0

Dijemput hadir beramai-ramai dan hebahkan.


FITNAH MELALUI EMAIL DAN SMS DIDEDAHKAN OLEH CABANG INDERA MAHKOTA

Sdr Lee Chean Chung, Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota (duduk dua dari kanan) di dalam sidang media


Akibat terdesak untuk memenangi hati rakyat yang pada ketika ini sudah tidak sabar lagi menanti PRU ke 13 diadakan bagi menumbangkan Umno/Bn, maka berbagai taktik kotor mereka gunakan termasuk merancakkan lagi berita-berita fitnah untuk memburukkan kepimpinan PR.

Baru-baru ini, tersebarnya email fitnah yang menuduh penglibatan Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan Israel, dan paling merbahaya sekali adalah fitnah berbentuk perkauman yang mendakwa bahawa DAP akan pastikan negara ini tidak lagi mempunyai Institusi Beraja.



Memandangkan kerja fitnah sedemikian akan mendatangkan keburukan kepada masyarakat, baru-baru ini Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota, Lee Chean Chung bersama beberapa AJK dan penyokong KEADILAN Indera Mahkota telah mendedahkan beberapa siri fitnah yang disebarkan oleh pihak tertentu ini.

Fitnah yang dilemparkan itu juga disebarkan melalui SMS, termasuk fitnah yang memburuk-burukkan Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh yang terkenal sebagai tokoh pejuang menentang projek Lynas. 

Adakah usaha jahat mereka ini akan diterima oleh rakyat?  Percayalah, semakin banyak fitnah yang disebarkan maka mereka akan kehilangan lebih banyak sokongan dari rakyat yang semakin cerdik menilai sesuatu isu.

Friday, March 23, 2012

KES SITI NURFATIHAH - PIHAK POLIS PERLU BERTINDAK TEGAS TERHADAP MEREKA YANG TERLIBAT
















Amat memeranjatkan apabila dimaklumkan bahawa salah seorang mereka yang `melarikan' seorang gadis bawah umur Siti Nurfatihah Mahadi adalah seorang angota Polis yang juga dikatakan `teman lelaki' gadis berkenaan.
Gadis seorang pelajar Tingkatan Tiga dari Sek Men Kebangsaan Pandan, baru-baru ini menjadi isu hangat apabila dikatakan dicolek sewaktu beliau keluar ke sebuah kedai di Taman Tas, Kuantan untuk membeli kad pra-bayar telefon.  Keterangan adik mangsa sendiri mengesahkan kakaknya dilarikan dengan sebuah kenderaan dan kakaknya menjerit meminta tolong.

Namun kita dikejutkan dengan laporan Polis bahawa gadis tersebut `tidak dicolek' tetapi melarikan diri bersama teman lelakinya.  Laporan akhbar di bawah ini menambahkan kebingungan kita untuk memikirkan bagaimana kes sebegini boleh terjadi.

Beberapa persoalan mesti dijawap oleh pihak Polis, di antaranya;

1.  Benarkah gadis ini tidak dicolek, tetapi melarikan diri?  Bagaimana pula keterangan adik mangsa yang menyebut kakaknya diheret ke dalam kereta dan kakaknya menjerit meminta tolong?

2.  Jika benar dakwaan menyebut perbuatan `colek' itu telah dirancang oleh gadis berkenaan bersama `teman lelaki'nya dan beberapa yang lain, mengapa perlu gadis berkenaan membawa adik-beradiknya menemaninya ke kedai berkenaan, sedangkan beliau boleh bersendirian untuk tujuan tersebut?

3.  Paling besar persoalan yang perlu dijawab oleh pihak Polis, benarkah anggota Polis terlibat di dalam `melarikan' anak gadis bawah umur ini?

Apa pun alasannya, adalah amat bersalahan sekali sesiapa sahaja yang melarikan anak di bawah jagaan ibu-bapanya tanpa pengetahuan ibu-bapa berkenaan, apatah lagi melibatkan budak di bawah umur.  Sama seperti kes rogol, samada mangsa sukarela atau tidak, jika mangsa di bawah umur maka ianya dianggap satu perbuatan jenayah dan sipelaku mesti didakwa atas kesalahan merogol.

Di dalam kes ini, gadis berkenaan di bawah umur dan berada di bawah jagaan orang tuanya.  Samada benar gadis berkenaan bersetuju untuk melarikan diri, tindakan `teman lelaki'nya yang dikatakan seorang anggota Polis berkenaan dan rakan-rakannya yang bersubahat itu perlu didakwa.  Kes ini menjadi satu isu yang melibatkan ramai pihak yang sebelum ini bersusah payah untuk tampil membantu, maka tindakan mereka yang melakukan perbuatan ini tidak boleh dimaafkan.

Sehubungan itu, kita mendesak agar pihak Polis menyiasat kes ini secara telus walaupun yang dikatakan terlibat itu adalah anggota keselamatan sendiri.  Selaku anggota keselamatan, seharusnya beliau faham peranannya sebagai menjaga amanah mengawal keselamatan bukan menjadi orang yang khianat dan menyusahkan masyarakat dan keluarga mangsa.  Kita akan pastikan kes ini tidak akan ditutup begitu sahaja agar ianya tidak akan berulang lagi di masa-masa akan datang.

----------------------------------------------------------------------
 Petikan Akhbar;

Ibu tetap bertegas enggan restui hubungan Siti Nurfatihah dengan teman lelaki

KUANTAN: Ibu pelajar Tingkatan Tiga, Siti Nurfatihah Mahadi memaafkan tindakan anaknya melarikan diri ke rumah teman lelakinya di Pekan, Ahad lalu biarpun kejadian terbabit mencemarkan nama keluarga.

Normala Mohd Lazin, 33, berkata beliau bagaimanapun enggan merestui hubungan Siti Nurfatihah dan teman lelakinya yang juga seorang anggota polis selepas lelaki berusia 26 tahun itu terbabit tidak mahu memulangkan anaknya.

Biarpun kejadian ini sedikit sebanyak menjejaskan nama baik keluarga, namun saya tetap memaafkan dia... Siti Nurfatihah masih muda dan berharap apa yang berlaku ini menjadi iktibar dan pengajaran malah kami sekeluarga amat menyayanginya. - Normala Mohd Lazin, ibu pelajar Tingkatan Tiga, Siti Nurfatihah Mahadi.

“Biarpun kejadian ini sedikit sebanyak menjejaskan nama baik keluarga, namun saya tetap memaafkan dia... Siti Nurfatihah masih muda dan berharap apa yang berlaku ini menjadi iktibar dan pengajaran malah kami sekeluarga amat menyayanginya.

“Siti Nurfatihah masih muda dan apa yang lebih penting ketika ini ialah pelajaran demi masa depannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan, Siti Nurfatihah, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan yang ditemui kira-kira jam 8 malam di rumah teman lelakinya di Kampung Merchong, Pekan, Selasa lalu mengaku tidak diculik sebaliknya dengan rela hati melarikan diri akibat tekanan dan rasa dikongkong keluarga. -BH

Thursday, March 22, 2012

Semua pemimpin Islam patut tinggalkan Umno

Rizal Tahir,
21 Mac 2012

KOTA BHARU, 21 Mac: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat, semua pemimpin Umno beragama Islam sepatutnya sudah lari meninggalkan Umno sebagaimana Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil.

“Sepatutnya semua orang Umno yang beragama Islam lari dari menyertai perjuangan kebangsaan,”ujarnya.

Bagi beliau, setelah Umno semakin menyimpang dari perjuangannya, amat wajar lebih ramai pemimpin Umno keluar parti itu dan bukan hanya Tan Sri Abdul Kader sahaja.

Nik Abdul Aziz berkata sepatutnya pemimpin Umno telah ramai dan sudah lama keluar dari parti itu untuk menyertai PAS.

Tambahnya, ini kerana perjuangan PAS sendiripun ditubuh oleh Biro Agama Umno yang menyedari perjuangan parti itu tidak selari dengan kehendak Rasulullah.

Menyentuh tentang penarikan diri Kadir sebagai ahli Umno oleh Datuk Kader, beliau menyifatkan tindakan itu sebagai sudah terlewat.

Ini kerana katanya Umno sudah pecah serta berbau busuk menembusi hidup seluruh rakyat di negara ini Kader baru berbuat demikian.

“Ketika suasana begini baru istihar keluar Umno, jadi rasanya sudah tidak begitu strategik lagi,”ujarnya.

Katanya, rakyat juga sepatutnya sudah lama tidak menyokong Umno dan BN dengan gejala buruk seperti rasuah, penculikan kanak-kanak, penyalahgunaan wang zakat dan berbagai lagi.

Sambungnya, gejala itu berlaku berikutan pemimpin salah mentadbir negara seumpama memandu sebuah kereta yang tidak mempunyai ‘break’, akibat kerosakan.

Sambungnya, tidak ada perkara yang boleh menyekat golongan itu dari melakukan perkara mungkar ekoran break (iman) yang telah rosak.

Katanya lagi, pengertian maksiat juga telah disempitkan oleh manusia yang hanya melihat pada perbuatan zina sahaja, sedangkan derhaka pada Allah juga sebagai maksiat.

“Apa sahaja perbuatan yang derhaka kepada Allah, zina, tak solat, rasuah, culik manusia dan berbagai lagi adalah perbuatan maksiat,”ujarnya.

Tambahnya, ini kerana manusia sudah tidak ada lagi kuasa radhi’ (kuasa menyekat) dari mereka melakukan kejahatan. /Harakahdaily

HASIL PASIR!!! PR - Jumlah pengeluaran sikit hasil banyak, UMNO - Jumlah pengeluaran banyak tapi hasil sikit sebab kroni UMNO kebas




SHAH ALAM 20 MAC : Pendapatan Kerajaan Selangor menerusi hasil pasir era pemerintahan Pakatan Rakyat (Pakatan) adalah jauh lebih baik berbanding semasa ia diurus tadbir oleh Umno-Barisan Nasional (Umno-BN) walaupun jumlah pengeluaran hasil bumi itu jauh lebih kecil.

Sebelum ini, pembangkang sering memburukkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dengan melemparkan pelbagai dakwaan yang syarikat itu membolot industri pasir negeri.

Perkara ini dijelaskan ADUN Seri Muda, Shuhaimi Syafiei sekaligus membuktikan tata kelola dan sistem yang di gunapakai kepimpinan Pakatan hari ini berfungsi dengan baik.

“Pendapatan royalti 3 tahun dari tahun 2005-2007 zaman Umno-BN hanyalah sekitar RM12.51 juta berbanding zaman Pakatan untuk tempoh 3 tahun yang sama bermula tahun 2009-2011 berjumlah RM32.5 juta.

“Peningkatan pendapatan yang memecahkan rekod selama ini adalah natijah daripada pentadbiran telus yang baik, tentunya tanpa rasuah, tanpa kroni dan tanpa kolusi yang mana sebelum ini di rompak pimpinan terdahulu kini kembali ke tangan rakyat,”jelas Shuhaimi dalam sidang dewan hari ini.

Merujuk kepada rekod tersebut, Shuhaimi meminta pemimpin Umno-BN memperjelaskan jurang pendapatan pasir antara era Pakatan dan BN yang berjumlah RM19.9 juta. Ini berlaku sedangkan jumlah pengeluaran metrik tan pasir era BN dalam masa tiga tahun jauh lebih besar berbanding era Pakatan.

“Pengeluaran sejak 15 September 2008 – Dec 2011 merekodkan jumlah kuantiti jualan sebanyak 15.909,396 mertik tan dan pendapatan sebelum cukai sebanyak RM 181.567,481 ringgit.

“Ia satu jumlah yang amat besar. Amat pelek, kenapa bukti ini enggan di terima oleh kepimpinan UMNO dan BN Selangor? Bahkan semakin suka memfitnah dan menjadi seperti ‘ayam jantan yang berkokok kuat, tapi ekor bergelumang dengan najis’?,”katanya.

Jesteru, Shuhaimi, yang juga seorang ahli pengarah KSSB, menyarankan agar kerajaan negeri memberi peluang kepada wakil BN untuk belajar di KSSB bagi memahami prinsip perakaunan dan kira-kira kunci kewangan./Tranungkite