KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, September 13, 2011

SEKITAR RUMAH TERBUKA YB FUZIAH SALLEH - ISU LYNAS TIDAK BERKESAN

YB Fuziah Salleh, MP Kuantan telah mengadakan Rumah Terbuka sempena Hari Raya Idul Fitri tahun ini di kediamannya di Medan Tok Sira, pada 11 Sept 2011.



Rumah Terbuka beliau telah dihadiri oleh berbagai lapisan masyarakat dari berbagai kaum ternyata amat menggembirakan Ahli Parlimen Kuantan ini. Kehadiran beberapa aktivis politik yang berparti dan tidak berparti, termasuk dari kalangan NGO telah memeriahkan majlis tersebut.



Paling menarik perhatian, walaupun di saat semua bergembira dengan perayaan yang disambut namun ianya tidak pernah melupakan tanggungjawab rakyat Kuantan khususnya untuk menentang projek Lynas, satu-satunya projek yang dianggap mengguris hati masyarakat Kuantan. Pada hari tersebut, beberapa kumpulan Anti Lynas tampil dengan baju Anti Lynas bagi menggambarkan suara hati mereka.

Turut memeriahkan Rumah Terbuka pemimpin Anti Lynas ini adalah pemimpin-pemimpin dari PR, termasuk dari AMK dan Wanita. Ternyata, propaganda yang dimainkan oleh TV 3 untuk menjejaskan imej YB Fuziah di dalam isu Lynas langsung tidak memberikan kesan. Ini terbukti di dalam sambutan yang diterima di hari Rumah Terbuka beliau.

PKR Negeri Pahang mengucapkan Selamat Hari raya, Maaf Zahir Batin kepada YB Fuziah Salleh dan keluarga serta mengucapkan ribuan terima kasih di atas jamuan pada hari tersebut.

1 comment:

  1. MARKAZ PAS DESA TERATAI, BANDAR MUADZAM SHAH PAHANG JAM 9 MALAM ISNIN 06/02/2012 CERAMAH OLEH AHLI PARLIMEN KUANTAN PAHANG ( PARTI KEADILAN RAKYAT ) YB.FUZIAH SALLEH .....HADIR BERAMAI RAMAI DAN SEBAR.....!!!.....KAN.

    ReplyDelete