KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, September 14, 2011

BIRO MASYARAKAT FELDA DAN ORANG ASAL PKR PAHANG TERUS MENEMPA KEJAYAAN

Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR sedang berucap di hadapan penduduk Kg Bangas semasa perasmian PKR Ranting Kg Bangas, Maran, Pahang dan disebelah kanannya adalah Sdr Bostamin Bakar, Ketua PKR Cabang Maran


Haji Suhaimi Said menyerahkan bendera KEADILAN kepada Siti Rohana Shukur,
Ketua PKR Ranting Bangas sebagai menandakan perasmian PKR Ranting Kg Bangas.

Sdr Bostamin Bakar berucap dan sebelah kirinya adalah Pak Jabit.

Pak Jabit, Haji Suhaimi dan Siti Rohana Shukur bergambar dengan kanak-kanak Kg Bangas.

Jelajah Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR hari ini (12.9.11) masuk hari ke-3 dengan lawatan kerja ke PKR Cabang Maran dan Cabang Jerantut.

Penceramah-penceramah daripada Biro ini telah dipecahkan kepada dua kumpulan dengan kumpulan pertama dipimpin oleh Sdr Zabidie Abas dan T. Kumar mengadakan Majlis Dialog dengan peneroka-peneroka Felda di Felda Jengka 4 dan pada waktu malamnya mereka berceramah di Felda Jengka 3 bersama-sama Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang.

Manakala kumpulan kedua yang dipimpin oleh Haji Suhaimi Said dan Sdr Bostamin Bakar mengadakan Majlis Ceramah di perkampongan Orang Asal, Kg Bangas, Maran.

Sebuah Ranting PKR telah ditubuhkan di Kg Bangas sebuah ranting yang dipimpin oleh Ketuanya seorang Wanita, Pn Siti Rohana Shukur dengan 42 orang anggota.

Didalam ucapan oleh Siti Rohana beliau menyebutkan tentang kemiskinan yang menimpa Orang Asal yang jauh ketinggalan dari semua aspek jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain di Negara ini.
Beliau mengajak pimpinan PKR melihat akan keadaan rumah-rumah yang ada di kampong tersebut, ada rumah yang sudah hampir runtuh. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sdr Bostamin kerana dengan kegigihan beliau memperjuangkan nasib Orang-Orang Asal di kampong itu, maka kini air bersih sedang dibekalkan ke kampong itu.

Siti Rohana menyatakan bahawa anak-anak muda kampong tersebut sangat memerlukan alat-peralatan kugiran kerana dengan adanya alat-alat muzik itu semua anak-anak muda kampong itu akan tinggal dikampong dan tidak menjalankan aktiviti yang kurang sihat. Dan apabila ada kugiran di kampong itu maka penduduk kampong sentiasa boleh berkumpul dan didalam pada itu boleh dibisikkan kepada penduduk kampong supaya mengalihkan sokongan mereka daripada menyokong UMNO kepada menyokong PR/PKR.

Beliau berharap PKR dapat menyediakan alat-alat kugiran itu. Disamping itu Siti Rohana juga menyebutkan supaya pimpinan PKR dapat menghantar ke kampong itu kain-baju bundle dan juga pinggan mangkuk yang sudah tidak lagi dipakai.

Ketua Ranting itu menyatakan bahawa Orang Asal mampu dibidang pendidikan untuk menimba pelajaran jika mereka ini mempunyai kemudahan-kemudahan, beliau sendiri menyatakan bahawa anak-anaknya berjaya di bidang pendidikan sehingga sampai juga ke Universiti. Tetapi malangnya kemudahan itu tidak dipanjangkan kepada penduduk Orang Asal.
Siti Rohana adalah bekas kakitangan di Pejabat Pelancungan Negeri Pahang tetapi beliau memilih untuk berhenti kerja demi untuk berjuang bersama-sama dengan penduduk kampongnya.

Beliau berjanji bahawa Ranting PKR Kg Bangas akan menjadi Ranting yang aktif dan mengajak pimpinan PKR agar sentiasa menjenguk ke kampong mereka./Sumber: Lubok Kawah

No comments:

Post a Comment