KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, September 21, 2011

MALAM INI (21 SEPT) - CINCIN 24 JUTA AKAN MENJADI PANAS DI PEKAN

PEKAN, satu kawasan yang popular di Pahang sebagai tempat atau `stok' pendatang dari luar terutamanya dari Kemboja yang mendapat keistimewaan untuk mengundi. Pekan juga menampung penempatan Kem Tentera Askar Wataniah, malahan Parlimen Pekan `agak ganjil' kedudukannya kerana melimpah sehingga ke Batu 10, iaitu sekitar Kem Batu 10, Kuantan yang mempunyai Pengkalan Tentera Darat iaitu Kem 4 Briged Mekanise dan juga TUDM.

`Keistimewaan' Pekan ini mungkin tidak dapat dilihat sekiranya PM bukan berasal dari Pekan. Keistimewaannya bukan kerana maju atau membangun, tetapi kerana limpahan pendatang luar yang agak `ganjil' serta persempadanan kawasan Pilihanraya sehingga ke Batu 10 Kuantan yang dahulunya terletak di dalam Parlimen Paya Besar. Itu lah hikmahnya setelah Najib hampir `dimalukan' tetapi diselamatkan oleh Undi Pos dan undi orang Asli suatu ketika dahulu.

Malam ini, Parlimen Pekan akan di`gegarkan' dengan kisah `Cincin 24 Juta'. Malam ini juga Pekan bakal didedahkan isu fitnah terbaru ke atas DS Anwar dan juga kisah `lagenda' Altantuya. Inilah jaminan yang diberikan oleh Penceramah hebat, anak muda dari PKR yang juga Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Sdr Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard.

Malam ini, 21 Sept 2011 jam 9.00 malam, bertempat di Markas PAS Felda Cini 3, Pekan satu program Ceramah Umum akan diadakan di mana akan menampilkan Chegu Bard sebagai pemidato utama. Di samping itu, Sdr Zaidi Ahmad selaku Pengarah Pilihanraya PKR Pahang turut berceramah dengan membawa isu-isu berkaitan felda. Difahamkan, Ketua Pemuda PAS Pekan juga akan memberikan ceramahnya malam ini.

Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama hadir program malam ini sebagai satu isyarat kepada Najib bahawa Pekan bukan lagi kubu kuat beliau. Kita juga akan menunjukkan isyarat jelas kepada Najib bahawa cita-cita PR untuk menawan Pahang di dalam PRU ke 13 nanti bukan suatu angan-angan kosong.

Sila hebahkan ke dalam blog/FB masing-masing dan sampaikan maklumat ini kepada semua.

No comments:

Post a Comment