KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, September 22, 2011

CERITA CINCIN ROSMAH DAN HELAH PRU NAJIB DIDEDAH DI PEKAN MALAM TADI

Najib harus jawab penempatan Myanmar dan Kemboja jadi warganegara di Pekan, Pahang



Gambar antara penampatan Kemboja yang berada di dalam parlimen Pekan, Pahang
(gambar ehsan blogger cucu mat kilau)

Semalam che'GuBard atas nama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menunaikan janji untuk berada di parlimen Pekan, Pahang untuk menerangkan semula persoalan cincin berlian RM24.45 juta dan kaitanya dengan Rosmah Mansor.

Alhamdulillah program semalam berjalan lancar walaupun dalam keadaan hujan lebat di Markas PAS Felda Chini 3. Cuma sepatutnya semalam risalah cincin seharusnya mula diedarkan namun atas masalah cetakan pengedaran ditangguhkan. InsyaAllah selepas SAMM melunaskan bayaran tertangguh kos buku 'FITNAH' baru kami mampu untuk mencetak risalah tersebut. Buku 'Fitnah' dibayar dengan 4 'post dated cheque' yang terakhir bertarikh 3 Oktober dan selepas itu baru risalah cincin akan dicetak.

Saya telah menerangkan secara terperinci berkaitan cincin dan menjawab tuduhan mereka melalui media. Turut mengejutkan hadirin ialah selain cincin gelang tangan berharga RM 1.65j juga dari syarikat yang menjual cincin turut didedah. InsyaAllah hadirin yang hadir akan menjadi agen penyampai pula di bawah.

Yang menarik ingin diangkat disini ialah mengenai kewujudan penempatan orang Myanmar dan Kemboja di Pekan Pahang. Menurut beberapa penduduk tempatan yang ditemui perkara ini bukan satu benda yang sulit, ramai di Pekan tahu dan sedar apa yang berlaku.

Tahun 1999, Najib diselamatkan oleh undi POS hanya menang dengan majoriti 200 lebih undi sahaja. Sejak itu telah mula dibuka beberapa penempatan baru yang membawa masuk orang dari Kedah dan Perlis secara beramai - ramai. Mereka diberi tanah membina penempatan dan didaftar sebagai pengundi Pekan. Selepas itu ia menjangkit kepada penghijrahan beramai - ramai orang - orang Myanmar dan Kemboja ke Pekan. Mereka diberi ruang meneroka beberapa kawasan tanah di Tanjung Agas, Sekukuh, Merchong, Sungai Miang. Hampir 90% dari mereka sudah menjadi warga negara Malaysia dan ramai sudah masuk dalam senarai pengundi di Pekan, Pahang.

Malah ramai penduduk tempatan mula mengeluh apabila kelompok ini seolah mendapat perhatian istimewa apabila mereka mendapat tanah dan kelompok mereka yang ramai sehingga ada ruang perniagaan seperti pasar malam mula dikuasai oleh kelompok ini. Di sesetengah 'sudut' Pekan sudah jadi asing bagi warga asal pekan kerana kehadiran mereka ini./Chegu Bard

--------------------------------------------------------------------------------------------

PEKAN, 22 Sept - Pengarah Pilihanraya PKR Pahang, Zaidi Ahmad (foto) mengejutkan ramai pihak bila dia mendedahkan bahawa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak kemungkinan besar akan membubarkan parlimen dalam tempoh terdekat ini.

Ia berdasarkan kepada senario semasa tentang beberapa isu panas yang dibangkitkan dan juga beberapa pertemuan sulit antara Najib dengan pihak-pihak tertentu dalam Parlimen Pekan untuk membincangkan strategi pilihanraya mutakhir ini. Beliau berkata demikian dalam ceramahnya di Markaz PAS, Felda Chini 3 dekat sini malam tadi. "Saya mendapat ilham ini menerusi Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia sendiri", katanya.

Beliau turut menegaskan, bahawa pembubaran parlimen kemungkinan besar akan dibuat selepas pembentangan Bajet 2012 oleh Najib tidak lama lagi. "Najib dijangka akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober. Biasanya selepas ini Ketua Pembangkang akan diberi ruang yang luas untuk membahaskan bajet tersebut. Tapi, 7 Oktober jatuh pada hari Jumaat dan Anwar (Ketua Pembangkang) pasti akan membahaskannya pada hari Isnin 10 Oktober. Maka, Anwar tidak sempat untuk bahaskan bajet itu kerana Najib akan umumkan pembubaran parlimen pada hari tersebut", kata beliau.

Beliau turut yakin dan menegaskan selepas itu SPR diberi tempoh 60 hari untuk menetapkan hari pencalonan dan pengundian Pilihanraya Umum ke-13. "SPR kemungkinan besar akan tetapkan 29 Oktober sebagai hari penamaan calon dan pengundian biasanya 9 atau 10 hari selepas itu. Tapi memandangkan tempoh itu begitu hampir dengan Hari Raya Aidil Adha maka mungkin akan dianjakkan seminggu dua selepas itu. Dalam tempoh itu difahamkan Najib dan Rosmah akan tunaikan fardhu haji di Mekah. Media akan "cover" berita itu seluas-luasnya bagi menagih simpati rakyat terutamaya orang Melayu Islam. Kononnya mereka sudah insaf dann rakyat mesti undi BN. Maknya sekitar pertengahan atau hujung bulan November pilihanraya pasti dijalankan", kata beliau lagi.

Link

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir dalam ceramah malam
tadi termasuk Chegubard, Razali Alias, Jeffri dan Wak Sarjuni (PAS)


Sumber: Pahang Daily

No comments:

Post a Comment