KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, September 27, 2011

SEKITAR CERAMAH ANWAR DI RAUB, PAHANG

Program Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibrahim ke Pahang Barat bermula dengan Jamuan Hari Raya Idil Fitri PKR Negeri Pahang bertempat di Pejabat Cabang PKR Bentong pada 25 Sept 2011 jam 4.30 petang. Laporan program Jamuan Hari Raya tersebut boleh dibaca di sini.


Ketibaan DS Anwar disambut oleh para penyokong. Berdiri di pentas utama, DS Anwar
bersama pimpinan PR Raub.


Sejurus selesai program di Bentong, DS Anwar bergegas pula ke Raub di mana beliau akan menyampaikan pidatonya bertempat di Markas PAS, Tanah Bercangkul, Gali Tengah, Raub mulai jam 8.30 malam. Kehadiran orang ramai di Markas PAS tersebut amat membanggakan walaupun difahamkan pada waktu yang sama Umno telah mengadakan program Jamuan Hari Raya.



Sdr Man Kadir@Pak Jabir, Pengerusi Majlis. Turut menyampaikan ucapan aluan adalah Ketua Cabang PKR Raub. Kelihatan orang ramai mengisi ruang di dalam dan di luar Markas PAS.

Apa yang menarik, kehadiran penduduk setempat berbangsa Cina dan India sama-sama teruja dengan kehadiran DS Anwar. Markas PAS yang mempunyai bangunan dua tingkat, di tingkat bawah dipenuhi dengan orang ramai sehingga melimpah ke kawasan luar bangunan. Semua pimpinan PR kawasan Raub hadir dan majlis tersebut diPengerusikan oleh Man Kadir@Pak Jabit.



Aksi pidato DS Anwar, beliau kini dengan gaya baru berucap secara `santai' menghampiri pendengar.


DS Anwar berucap lebih awal memandangkan selepas program tersebut, beliau akan ke Benta, Lipis bagi menghadiri satu lagi program Ceramah Umum di sana. Di dalam pidatonya. DS Anwar menghuraikan beberapa isu politik semasa. Beliau turut menerangkan dengan jelas janji-janji Pakatan Rakyat sekiranya berjaya menduduki Putrajaya. Selain dari janji untuk menurunkan harga minyak di dalam tempoh 24 jam berkuasa, DS Anwar juga turut berjanji untuk mengembalikan permit teksi kepada pemandu-pemandu teksi.

Beliau optimis bahawa Pakatan Rakyat mampu mengambil alih putrajaya sekiranya semua pihak bekerja keras mulai sekarang. Umno ujar beliau, tidak lagi mempunyai modal untuk menyerang Pakatan Rakyat melalui hujah dan fakta, lantaran itu Umno kini memainkan sentimen perkauman, agama dan budaya fitnah. Tiada seorang pun pemimpin Pembangkang yang terlepas dari menjadi mangsa fitnah Umno samada diri beliau sendiri, Mursyidul Am Pas juga difitnah dengan amalan rasuah dan terbaru Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS juga difitnah sebagai penyokong Komunis.

DS Anwar mengulas tentang buku terbitan Yayasan Johor bertajuk 'Pengukir Nama Johor' yang mana nama Mat Indera di senaraikan sebagai tokoh dan pejuang di dalam buku tersebut. Paling menariknya kata beliau, buku tersebut diiktiraf oleh MB Johor Abd Ghani Osman selaku pemimpin utama Umno Johor. Ini bererti, Umno Johor sendiri mengiktiraf perjuangan Mat Indera.

Walaupun DS Anwar masih bersemangat untuk berucap, namun kerana beliau terpaksa hadir di dalam program di Benta, Lipis malam itu juga, maka beliau terpaksa menamatkan pidatonya lebih awal. Namun demikian, rata-rata yang hadir amat berpuas hati dengan penerangan yang disampaikan oleh Ketua Pembangkang itu.

Selepas DS Anwar menamatkan pidatonya, majlis tersebut diteruskan dengan beberapa penceramah yang lain. Pujian harus diberikan kepada pihak penganjur malam tersebut serta semua rakan di dalam Pakatan Rakyat yang telah berjaya mengadakan program pada malam itu.

No comments:

Post a Comment