KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, October 10, 2011

TAKZIAH DARI PKR NEGERI PAHANG BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM WAN IBRAHIM

Selaku Pengarah Pilihanraya PKR Negeri Pahang, saya Zaidi Bin Ahmad mewakili seluruh kepimpinan MPN Pahang serta semua ahli PKR Negeri merasa terperanjat dan sedih dengan berita kembalinya ke Rahmatullah, Pengarah Pilihanraya PKR Negeri Kelantan Wan Ibrahim Wan Abdullah pada petang semalam akibat serangan jantung.

Kami mengucapkan Takziah kepada seluruh keluarga dan waris Allahyarham serta mendoakan agar Roh Allahyarham di tempatkan di sisi para hambaNya yang Soleh. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada PKR khususnya di Negeri Kelantan dan rakyat Kelantan. Mudah-mudahan perjuangan beliau di dalam menegakkan keadilan yang dituntut oleh Islam sehingga ke akhir hayatnya diterima Allah sebagai suatu amalan yang Soleh. Semangat perjuangan beliau diharapkan akan dapat diwarisi oleh generasi baru di dalam parti.

AL FATIHAH.



ZAIDI BIN AHMAD
Pengarah Pilihanraya PKR Negeri Pahang

No comments:

Post a Comment