KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Sunday, October 2, 2011

MATC PKR CABANG INDERA MAHKOTA BERJALAN DENGAN LANCAR

Di antara Cabang PKR Pahang yang pertama mengadakan Mesyuarat Agong (MATC) tahun ini adalah PKR Cabang Indera Mahkota, Kuantan. Cabang yang ditangguhkan pemilihan beberapa jawatan penting ini atas arahan Biro Politik Pusat ini telah mengadakan Mesyuarat Agong mereka pada 01 Okt 2011 bertempat di Pusat Khidmat Dun Semambu.



Sdr Zakaria Abdul Hamid, Wakil MPN sedang memberi ucapan perasmian


Pada jam lebih kurang pukul 12.00 tengahari, AMK/Wanita telah mengadakan mesyuarat mereka dan Mesyuarat Agong Cabang pula diadakan pada jam lebih kurang 1.30 petang. Perasmian Mesyuarat Agong tersebut telah dilakukan oleh Sdr Zakaria Abdul Hamid (Ahli MPN) merangkap Ketua Cabang K.Lipis.



Ahli-ahli AMK sedang mendaftar sebelum mesyuarat bermula

Kesemua mesyuarat telah berjalan dalam suasana muhibbah dan berakhir dengan licin dan teratur. Meskipun Cabang ini belum mempunyai ketua atau pemimpin mereka, namun dengan usaha serta sikap kerjasama semua pihak di dalam Cabang ini, maka mesyuarat telah dapat diadakan mengikut jadual yang ditetapkan.

Syabas kita ucapkan kepada pimpinan Cabang termasuk AMK/Wanita serta semua ahli yang telah menjayakan tanggungjawab mereka masing-masing. Mudah-mudahan harapan semua ahli PKR Cabang Indera Mahkota untuk mempunyai Ketua bagi memimpin Cabang ini dengan lebih efisyen akan tercapai secepat mungkin.

Foto : Ihsan AMK Indera Mahkota

No comments:

Post a Comment