KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, October 14, 2011

SIAPA LESAPKAN TANAH RIZAB MELAYU JIKA BUKAN UMNO?

Ramai di kalangan orang-orang Melayu yang tidak tahu hak mereka banyak yang telah dirampas. Apa yang mereka tahu tiap kali diadakan Perhimpunan Agong Umno, mereka dengan lantang sehingga putus urat leher melaungkan `Hidup Melayu', sedangkan tahukah mereka hak orang-orang Melayu kini semakin `me-layu' di bawah Umno?


Tanah rizab Melayu yang berpuluh tahun dahulu di pertahankan, kini semakin dikikis oleh sang Penguasa yang tamak haloba. Kebanyakan orang-orang Melayu tidak lagi sensitif apabila hak mereka ini dirampas. Mungkin mereka tidak tahu perkara ini akibat terlalu leka dengan momokan `ketuanan Melayu' oleh Umno selama ini.

Berikut adalah di antara Tanah Rizab Melayu yang telah dirampas;

1. Rizab Melayu berjumlah 3 Juta Hektar (1957), berkurangan kepada 1.7 Juta Hektar (1995).

2. 22,000 Ekar tanah kerajaan digadai kepada KL Kepong di Lekir, Manjung.

3. 200 Ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong, kesemuanya diambil dari Tanah Rizab Melayu di Padang Rengas.

4. 9 Ribu Hektar Rizab Melayu di Selangor ditukar status kepada Bukan Rizab Melayu. Hanya 1/3 sahaja, iaitu 3 Ribu Hektar sahaja diganti.

5. Tahun 1990, seramai 80 orang penduduk yang mendiami Tanah Rizab Melayu di Pantai Chenang, Langkawi telah dihalau untuk mendirikan Pelangi Beach resort.

6. Tahun 1990, 930 Hektar Tanah Rizab Melayu Kg Mambau, Negeri Sembilan telah diambil alih untuk Projek Seremban 2. Lebih kurang 600 orang penghuni di situ terpaksa berpindah.

7. 26,000 Hektar Tanah Rizab Melayu di Tg Langsat, Tg Pia, Johor telah diambil untuk New Town Ship.

8. 300 Ekar Tanah Rizab Melayu di Pulau Redang, Terengganu telah diserah kepada tokeh Vincent Tan untuk projek perlancungan.

9. 1993, 1,000 Ekar Rizab Melayu di Kerpan, Kedah (tapak sawah) diambil untuk projek kolam udang.

10. 273 Ekar tanah kampong Melayu tradisi di Kg Chu Badak, Sentul, KL telah diambil alih dan semua penghuni di kawasan itu dihalau.

11. 217 Hektar Tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura terpaksa diserahkan kepada Singapura.

12. Seramai 290 keluarga di Kg Plentong Tengah, Pasir Gudang, Johor dihalau dari mendiami tanah di situ, walaupun mereka telah menetap di kampong tersebut hampir 30 tahun.

Sumber yang dipetik dari Suara Keadilan ini adalah di antara beberapa kisah betapa rakusnya Kerajaan Umno merentap hak orang-orang Melayu. Sukar untuk difahami sekiranya masih ada lagi orang-orang Melayu yang sanggup menerima pengkhianatan yang telah mereka lakukan.

Justeru itu, marilah kita berubah untuk menjadi suatu bangsa yang bermaruah.

No comments:

Post a Comment