KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, October 1, 2011

PEMBATALAN MESYUARAT AGONG CABANG PKR ADALAH MAKLUMAT PALSU

Hari ini (01 Okt 11) bermula pagi sehingga petang tadi, Mesyuarat Agong (MATC) PKR Cabang Indera Mahkota telah sempurna dijalankan dengan jayanya. Di sebelah pagi dijalankan Mesyuarat AMK/Wanita kemudiannya berlangsung Mesyuarat Cabang pula. Tahniah dan syabas kepada PKR Cabang Indera Mahkota termasuk semua sayap AMK/Wanita yang membuktikan kesepaduan di kalangan mereka serta komitmen yang tinggi terhadap parti selama ini.

Esok (02 Okt 11), sebanyak 6 Cabang lagi akan mengadakan Mesyuarat Agong mereka iaitu Cabang Pekan, Lipis, Jerantut, K.Krau, Kuantan dan Temerloh. Jadual bagi semua Cabang mengadakan Mesyuarat Agong telah dimaklumkan di sini.

PKR Negeri Pahang merasa dukacita kerana terdapat usaha-usaha pihak tertentu yang mengirim SMS palsu mendakwa Mesyuarat Agong dan pemilihan (MATC) PKR Cabang Pekan esok dibatalkan. Usaha sabotaj ini mungkin dilakukan kerana Cabang Pekan dikatakan agak `panas' kerana berlakunya pertandingan merebut jawatan penting iaitu Ketua Cabang dan Timbalan. Tidak mustahil usaha jahat ini akan berlaku di beberapa Cabang yang lain bagi memastikan Mesyuarat Agong kali ini gagal dijalankan.

Kepada semua ahli parti, PKR Negeri ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Agong yang dijadualkan akan berjalan seperti biasa. Sebarang maklumat dan pengesahan hendaklah berhubung dengan SUK Negeri (Nan - 013 - 3678876). Ketua Cabang juga diingatkan agar menentukan semua ahli hadir pada mesyuarat yang dijalankan semaksima mungkin.

No comments:

Post a Comment