KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, June 24, 2011

SEKITAR CERAMAH DI FELDA JENGKA 3, MARAN

Satu program ceramah sempena Pelancaran Penyerahan Borang Peserta Felda Plantation Peringkat Maran telah diadakan di Markas PAS Jengka 3, Maran Pahang pada 23 Jun 2011.

Tujuan program tersebut adalah untuk menerangkan isu-isu semasa terutamanya yang melibatkan masa depan para Peneroka Felda di samping penyerahan borang permohonan memasuki felda sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan. Di antara tetamu yang dijemput hadir adalah bekas Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Guru Haji Mohd Baqi, Pengerusi Keadilan Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman, Presiden ANAK Sdr Mazlan Aliman, Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Us Shahril Azman dan Sdr Syed Ali (Penulis Buku "Report Card Bekas Guru Besar Menjadi MB Pahang).

Presiden ANAK, Sdr Mazlan Aliman bersama Pengerusi Keadilan Pahang Dato' Fauzi dan
Ketua Cabang Keadilan Maran, Sdr Bustamin.


Turut hadir adalah Pengarah Pilihanraya Keadilan Pahang, Sdr Zaidi Ahmad, Ketua Cabang Keadilan Maran, Sdr Bustamin dan pimpinan-pimpinan PR di berbagai peringkat.


Kehadiran warga felda mendengar ceramah amat memuaskan. Turut kelihatan adalah bekas Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Guru Hj Mohd Baqi.


Sdr Syed Ali juga seorang korperat yang pernah menyaman MB Pahang memberikan ucapan

Pengerusi Keadilan Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman



Di atas, Presiden ANAK , Sdr Mazlan Aliman sedang menyampaikan penerangan berkaitan beberapa isu yang melibatkan felda. Gambar bawah, orang ramai berebut untuk mendapatkan borang kemasukan felda

No comments:

Post a Comment