KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, June 6, 2011

Diesel super subsidi dimansuh, harga barang dijangka melambung

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan memansuhkan diesel super subsidi akan menyebabkan harga barang melambung dan kenaikan inflasi, kata Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Abdul Rahman Yusuf.

Beliau mengulas tindakan kerajaan menarik balik subsidi tersebut daripada kenderaan komersil seperti lori, kontena termasuk pengusaha bot nelayan laut dalam.

“Diesel merupakan nadi kepada sistem pengangkutan untuk lori komersil bagi membawa barangan dan produk kepada pengguna. Apabila harga diesel dinaikkan, ia akan beri kesan kepada semua jenis barangan, daripada sayur-sayuran hingga lah kepada barangan-barangan industri,”

“Apabila kerajaan memansuhkan subsidi diesel, ia akan menyebabkan harga barang pengguna naik berlipat kali ganda,” katanya ketika dihubungi keadilandaily.com.

Menurut Abdul Rahman, keputusan menarik balik subsidi tersebut kepada nelayan laut dalam juga akan mengakibatkan berlaku kenaikan harga terhadap hasil dan makanan laut.

“Saya turut difahamkan nelayan pesisir pantai di sesetengah tempat seperti di Terengganu juga tidak lagi menikmati subsidi diesel,” ujarnya.

Tambah beliau, keputusan kerajaan pada masa sama menaikkan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus akan memberi kesan berganda kepada kenaikan harga barang danmengheret negara ke arah inflasi.

“Sudah tentu pemansuhan subsidi diesel ini akan menyebabkan berlaku inflasi disebabkan kenaikan harga barang yang bertambah parah,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan memansuhkan diesel super subsidi yang dinikmati pemilik lori komersial sebanyak 32 sen kepada RM1.80 yangperlu dibayar berkuatkuasa 1 Jun.

Berikutan itu, pengusaha lori komersial dijangka menaikkan kadar upah sewa pengangkutan sebanyak 18 peratus ekoran pemansuhan diesel super subsidi oleh kerajaan.

Sementara itu, Nelayan laut juga tidak lagi mendapat bekalan minyak pada harga super subsidi iaitu RM1.25 seliter dan perlu membeli minyak pada harga pasaran sebanyak RM1.80 seliter.

Kalangan persatuan pengguna menjangka kenaikan harga barang tidak dapat dielakkan berikutan pemansuhan suubsidi diesel terhadap kenderaan komersial.

Penguna Persatuan Persatuan Penguna Islam Malaysia menyatakan pengusaha lori telah lama menikmati subsidi tersebut dan langkah pemansuhan itu akan menambahkan kos yang ditanggung mereka.

Sementara itu, Gabungan persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) meramalkan pendapatan isi sumah yang digunakan untuk makanan naik di antara lima hingga 10 perats ekoran penghapusan subsidi tersebut.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini turut menyatakan kebimbangan terhadap kenaikan harga makanan di Malaysia naik sebanyak 30 peratus dalam masa suku pertama tahun ini.

Perangkaan dari Pertubuhan Makanan dan Pertanian, Bangsa-bangsa Bersatu (FAO) menyatakan kesan kenaikan itu merupakan dua kali ganda harga purata makanan
dunia.

Kerajaan baru-baru ini menaikkan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus, yang dilihat akan turut menyebabkan berlaku peningkatan mendadak harga barangan melibatkan semua industri yang menggunakan tenaga elektrik.

Ia merupakan usaha menarik subsidi yang diberi kepada rakyat ketika syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) menerima subsidi RM19 bilion hingga RM22 bilion setahun.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14783

No comments:

Post a Comment