KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, June 4, 2011

MAT SABU MENANG, TEWASNYA TUAN IBRAHIM ADALAH UNTUK MENAWAN PAHANG

Presiden - Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
(Menang Tanpa Bertanding)


Timbalan Presiden - Tuan Hj Muhamad Sabu

Alhamdulillah, pemilihan pucuk pimpinan di dalam PAS telah pun selesai dan baru diumumkan pagi tadi. Tahniah kepada semua pemenang dan syabas juga diucapkan kepada semua calon termasuk yang tewas kerana berani menawarkan diri untuk bertanding bagi menyumbang tenaga dan usaha untuk meranapkan rejim Umno/Bn.


Naib Presiden - YB Mahfuz Omar, YB Sallahuddin Ayob
dan YB Husam Musa

Mungkin belum rezeki buat PAS Pahang untuk mempunyai wakil mereka di pucuk pimpinan parti di mana calon Timbalan Presiden PAS gagal dimenangi oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau hanya tewas tipis 21 undi sahaja berbanding dengan Tuan Hj Muhamad Sabu yang mendapat undi tertinggi iaitu 420 undi. Dato' Tuan Ibrahim memperolehi undian sebanyak 399 undi, manakala penyandang sebelum ini Us Nasharudin Mat Isa memperolehi 244 undi.

Mungkin ada rahmat di sebalik tewasnya Pesuruhjaya PAS Pahang itu. Di dalam misi Pakatan Rakyat untuk menawan Pahang di dalam Pilihanraya Umum Ke 13 nanti, sudah tentu tumpuan penuh serta komitmen dari Pesuruhjaya PAS Pahang itu amat ditagih. Tentulah sukar memberikan tumpuan seratus peratus di Pahang sekiranya Dato' Tuan Ibrahim memegang jawatan besar di peringkat Pusat.

Selesainya pemilihan kali ini, marilah kita bersama di dalam Pakatan Rakyat meneruskan kerja kita di bumi Pahang ini khususnya untuk menurunkan kerajaan Umno/Bn. Keadilan Negeri Pahang mengucapkan syabas kepada PAS kerana berjaya mengadakan Muktamar PAS ke 57 tahun ini dengan jayanya. Ayuh, kita dirikan bersama `Negara Berkebajikan'.

No comments:

Post a Comment