KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Sunday, June 19, 2011

PERHIMPUNAN BERSIH JALAN PINTAS KE PUTRAJAYA?

Oleh: WFAUZDIN NS

BENARKAH perhimpunan BERSIH yang akan diadakan pada 09 Jul nanti adalah sebagai jalan pintas ke Putrajaya? Ini lah kepercayaan TPM Muhyidin Yassin yang terkenal dengan banyak kenyataannya yang amat lembab, tidak berfakta atau ringkasnya sering mengeluarkan kenyataan yang tidak cerdik.

Perhimpunan BERSIH sememangnya ada kaitan dengan penubuhan kerajaan kerana tuntutan BERSIH adalah melibatkan beberapa perkara di dalam sistem Pilihanraya di negara ini. Apa yang dituntut oleh BERSIH? Di antaranya adalah melibatkan;

- Hapus sistem undi pos.

- Akses kepada media cetak dan elektronik.

- Dakwat kekal.

- Tempoh berkempen.

- Penyalahgunaan Institusi Kerajaan.

- Pendaftaran pengundi yang telus.

Adakah perhimpunan secara aman yang mahu menuntut perkara yang tersenarai di atas boleh dianggap sebagai jalan pintas ke Putrajaya? Di mana kelebihan kepada Pembangkang atau kerugiannya kepada Umno/Bn sekiranya tuntutan tersebut dilaksanakan? Sekiranya semua tuntutan tersebut dilaksanakan, akhirnya biar rakyat yang membuat keputusan untuk memilih kerajaan yang mereka mahukan. Di mana ruginya Umno/Bn?

Lebih lojik dan munasabah sekiranya SPR terus mengekalkan cara-cara kotor yang sedia ada sekarang boleh dianggap mengekalkan kuasa Umno/Bn. Muhyidin berkata Pembangkang tidak membantah sekiranya Pembangkang menang, tetapi jika Pembangkang tewas maka SPR dipersalahkan. Benarkah tuduhan Muhyiddin ini?

Hakikatnya PR sentiasa konsisten di dalam isu ini samada menang atau tewas. Buktinya, meski pun kita menang lima negeri di dalam PRU yang lalu, Pembangkang tidak berhenti untuk terus mendesak agar dilakukan reformasi di dalam SPR sehingga ke puncaknya kita mahu mengadakan Perhimpunan BERSIH kali kedua pada 09 Jul ini. Mengapa pemimpin Umno amat takut jika SPR melakukan reformasi?

Mereka sedar, sekiranya di dalam keadaan SPR yang menjadi kuda tunggangan mereka pun Pembangkang boleh menguasai 5 negeri, takut dan ngeri untuk mereka bayangkan sekiranya SPR benar-nenar telus. Benarlah kata DS Anwar, sekiranya SPR benar-benar telus PR sudah lama berada di Putrajaya./pkrpahang

No comments:

Post a Comment