KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, June 9, 2011

MUKTAMAR PAS YANG DIKAGUMI SERTA FITNAH UMNO

Tidak kisah siapa pemimpin pun yang dipilih oleh perwakilan di dalam Muktamar PAS ke 57 baru-baru ini kerana Parti Keadilan khususnya di Pahang ini tetap boleh bekerjasama dengan PAS di dalam meruntuhkan tembok kekuasaan rejim Umno/Bn.

Bahkan, kita menganggap `kepulangan' Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man ke negeri ini semula setelah tewas bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS merupakan satu rahmat bukan kita di Pahang.

Tidak dapat dinafikan hubungan Pakatan Rakyat di Pahang kini amat baik, tidak banyak menimbulkan kontroversi dan program kami sentiasa berjalan dengan baik. Di samping itu, Keadilan beranggapan bahawa munculnya Tuan Hj Muhamad Sabu di pentas pimpinan tertinggi PAS berganding dengan Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi Awang merupakan satu tamparan hebat buat Umno terutamanya.

Tidak sampai tempoh 48 jam setelah dipilih, Timbalan Presiden PAS yang baru ini mula mengorak langkah `menyinsing lengan' menyerang pemimpin Umno yang beterusan memburuk-burukkan PAS dengan tuduhan yang direka-reka. Ini semua membuktikan bahawa Umno kini mula gelabah dengan pendekatan PAS yang lebih berhikmah di dalam mengambil keputusan politik. Ketegasan PAS yang mahu menubuhkan Kerajaan Berkebajikan bersama Pakatan Rakyat benar-benar membuatkan Umno kehilangan modal.

Lantaran itu, mereka mendakwa PAS telah menggugurkan prinsip untuk menegakkan Negara Islam. Bukan mereka tidak tahu bahawa di dalam Muktamar PAS baru-baru ini tiada satu usul pun untuk meminda perlembagaan dan dasar PAS berkaitan penubuhan Negara Islam meliputi perlaksanaan hukum-hukum Islam di dalamnya. Ertinya, dasar PAS masih kekal cuma pendekatan PAS kali ini amat bijak dan realistik untuk menghadapi rejim Umno/Bn.

Paling menarik, Keadilan Pahang melihat Muktamar PAS yang baru lepas menyaksikan satu pemilihan yang bersih dan teratur jauh dari amalan rasuah politik. Jauh panggang dari api jika ingin dibandingkan dengan Umno. Sifat redha kepada keputusan perwakilan yang membuat keputusan di dalam pemilihan menjadikan PAS konsisten sebagai parti yang boleh dicontohi.

Alangkah baiknya jika kita dari rakan Pakatan Rakyat samada Keadilan mahu pun DAP boleh mencontohi PAS di dalam aspek ini. Walaupun pemilihan di dalam parti kita jauh lebih baik dari Umno, tetapi kita patut akui kita masih mempunyai kelemahan tertentu. Kelemahan-kelemahan ini diyakini akan terus diperbaiki di masa akan datang.

No comments:

Post a Comment