KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, June 2, 2011

LYNAS - TAHAP PEMIKIRAN MELAYU DAN CINA TERUJI

Di dalam isu Lynas ini, kita boleh melihat sejauh mana bijaknya kaum Cina menilai sesuatu isu untuk kepentingan semua tanpa melibatkan fahaman politik. Bukan tiada kaum Melayu yang sensitif dengan isu Lynas tetapi jauh bezanya dengan kaum Cina terutamanya di sekitar bandar Kuantan sepanjang siri bantahan terhadap projek yang `mengerikan' ini.





Benar seperti kata Pahang Daily, faktor besar yang menyebabkan kaum Melayu kurang prihatin terhadap isu yang melibatkan masa depan jenerasi mereka ini adalah kerana media Melayu sendiri tidak peka terhadap isu berkenaan. Lebih malang lagi, pemimpin Melayu di dalam Umno sendiri menyokong penuh projek Lynas sehinggakan tergamak memainkan isu perkauman terhadap kaum Cina yang membantah projek tersebut.

Kesepaduan kaum Cina melebihi batasan fahaman politik di dalam membantah isu ini menggambarkan bijaknya mereka memahami sesuatu isu yang penting. Apakah bahana akibat projek Lynas ini nanti hanya dirasai oleh kaum tersebut? Apakah kaum Cina yang menghuni sekitar kawasan Gebeng? Jawapannya tidak, bahana ini nanti pasti dirasai oleh semua makhluk yang berada di sekitar bumi Pahang yang makmur ini.

Terdapat kaum Melayu yang lebih suka berdemontrasi dengan isu murahan seperti demo meminta DNA atau demo minta sumpah laknat. Itulah `standard' yang ada pada mereka dan ini amat memalukan. Kerja puak ini adalah mengedar video seks sehingga ke pintu-pintu masjid. Jauh bezanya dengan kaum Cina yang mereka anggap `pendatang' itu. Mereka tidak merasa malu apabila nasib anak cucu dan jenerasi mereka akan datang diperjuangkan oleh kaum yang mereka anggap `pendatang' ini.

Nampaknya harapan Umno/Bn untuk menguasai pilihanraya khususnya di bandar Kuantan semakin malap dengan isu ini. Sokongan dari MCA dan Gerakan terhadap Bn di Kuantan pasti berubah kali ini. Cuma kita perlu ingatkan Bn, sekiranya mereka kalah teruk di dalam PRU akan datang kerana kaum Cina sekali lagi akan `swing' kepada Pakatan Rakyat maka ketika itu jangan persalahkan kaum Cina kununnya tidak mengenang budi. Adakah berbudi jika rakyat dihadiahkan dengan projek yang boleh merosakkan alam dan penghuninya?/wfauzdin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment