KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, January 14, 2012

Wang zakat diguna untuk halang hukum Islam- Saifuddin

KUALA LUMPUR 13 Jan: Wang zakat yang digunakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum dan dua yang lain bertujuan menghalang hukum Islam dilaksanakan, kata Setiausaha Agung KEADILAN Saifuddin Nasution Ismail.
 
 


Beliau mengulas Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh dan Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Che Mat Che Ali bahawa wang zakat tersebut kononnya digunakan untuk mempertahankan kedaulatan institusi Islam.

Ini kerana kata Saifuddin, wang itu digunakan untuk membayar khidmat guaman Jamil Khir, Che Mat Ali dan Ketua Pendakwa Syarie, Shamsuddin Hussain dalam kes qazaf yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Apakah orang yang menggunakan kedudukan menghalang seseorang yang difitnah membawa kes ke mahkamah syariah mempertahankan kedaulatan institusi Islam?

“Adakah orang yang menggunakan kedudukan mereka menyekat pendakwa syarie meneruskan dakwaan qazaf ke atas Saiful yang sewenang-wenang membuat tuduhan tanpa menampilkan saksi boleh dianggap mempertahankan kedaulatan institusi Islam?,”

“Adalah jelas mereka bukan mendaulatkan institusi Islam bahkan mereka lah yang menghalang hukum Islam dari dilaksanakan,” tegas beliau dalam satu kenyataan media hari ini..

Katanya lagi, Jamil Khir Baharom terus dengan pendirian bahawa wang zakat tidak digunakan tetapi diganti dengan satu peruntukan lain.

Kenyataan itu jelas bertentangan dengan kenyatan timbalan menterinya, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Pengarah JAWI, Ketua Audit Negara, dan CEO Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang mengesahkan penggunaan wang zakat berkenaan.

“Kita menuntut menteri tampil memberikan penjelasan terhadap perkara yang ditim,bulkan. Mendiamkan diri bukan lah jalan yang terbaik. Islam itu adil dan keadilan Islam mesti dapat dirasai oleh semua,” tegas beliau./KeadilanDaily

No comments:

Post a Comment