KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, January 21, 2012

MASJID DI MAHKOTA AMAN, KUANTAN BAKAL DIRAMPAS ?

Semalam (Jumaat - 20/1/12), saya sempat bersolat Jumaat di Masjid Taman Seri Mahkota Aman, Batu 11, Kuantan.  Sudah menjadi kebiasaan masjid ini sentiasa sesak dengan Jemaah setiap kali Solat Jumaat dan juga di antara masjid yang dapat mengumpulkan ramai Jemaah pada setiap kali sembahyang 5 waktu dan juga pada majlis-majlis atau program keagamaan yang sering diadakan.

Masjid ini pernah mencetuskan kontroversi apabila J/Kuasa Masjid menjemput seorang tokoh agama terkenal, Ustaz Azhar Idrus untuk memberikan ceramah agama di masjid berkenaan.  Pandangan serong MAIP (Majlis Agama Islam Pahang) terhadap masjid ini berterusan apabila bekas artis/pelakon Bob Lokman pula dijemput untuk memberikan tazkirah di masjid berkenaan. Bob Lokman telah dipanggil oleh MAIP untuk siasatan, namun akhirnya beliau dibebaskan.


Sebelum ini, memang selalu saya mendengar leteren dan cemuhan dari beberapa orang kuat Umno di taman berkenaan terhadap pengurusan masjid tersebut kononnya mempolitikkan masjid.  Tidak menghairankan cemuhan mereka itu kerana kita sudah lama tahu dan maklum bahawa Umno sememangnya mahu memisahkan agama dengan politik. 

Namun demikian, setakat program yang saya hadiri terutamanya sewaktu ceramah Ustaz Azhar Idrus, beliau tidak pernah pun menyebut soal-soal politik kepartian di dalam masjid, kecuali jika ada pendengar yang mengemukakan soalan berbaur politik.  Selaku Guru Agama, sudah tentulah Ustaz Azhar akan menjawab setiap soalan-soalan yang dikemukakan berpandukan kepada Nas dari Al-Quran, Hadith, Ijmak, Ulamak dan Qias.  Bukankah ini sumber hukum kita sebagai umat Islam? 

Bendera-bendera parti berkibar sepanjang jalan di Taman Mahkota Aman

Bob Lokman pula, memang benar beliau tiada mempunyai Tauliah dari MAIP untuk mengajar atau memberikan kuliah agama.  Kita pun tidak pernah menganggap Bob Lokman itu sebagai Ustaz, jauh sekali Tuan Guru atau Ulamak.  Beliau hanya manusia biasa yang telah mula berhijrah dari alam dunia (keseronokan dan hiburan yang melalaikan) kepada cara penghidupan Islam.  Oleh yang demikian, beliau sering dijemput untuk memberikan Tazkirah (peringatan) kepada orang ramai dengan menceritakan pengalaman beliau sewaktu di alam `Jahiliyah' yang melalaikan Akhirat suatu ketika dahulu.  Salahkah kaedah yang digunakan oleh Bob Lokman itu?    

Di dalam Solat Jumaat semalam, Khatib telah memperingatkan semua tentang berbagai kemungkaran yang berlaku.  Khatib memperjelaskan tentang bagaimana di antara kita yang sensitif dengan kecurian ayam, itik, basikal dan sebagainya tetapi kita lalai dan tidak sensitif dengan kecurian yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kita sendiri sehingga tergamak mencuri Wang Zakat.

Selesai Solat Jumaat, sebilangan besar Jemaah meneruskan Solat Hajat bertujuan untuk memohon perlindungan dari Allah agar masjid tersebut terus dipelihara dan segala program keagamaan dapat dilaksanakan tanpa gangguan dari mana-mana pihak yang anti kepada kebangkitan Islam.  

Difahamkan, masjid ini akan di`rampas' kembali oleh pihak berkuasa agar segala aktiviti keagamaan yang selama ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan hangat dari penduduk setempat dapat dikawal mengikut cita rasa mereka.  Mudah-mudahan Allah memelihara kesucian masjid ini.

No comments:

Post a Comment