KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Sunday, January 15, 2012

Beranikah Najib sambut cabaran Anwar?

 

ALOR SETAR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi cabaran debat krisis dan polisi negara kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Anwar mengulangi cabaran itu dalam ucapan penggulungannya di Konvensyen Pakatan Rakyat ketiga di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah.

“Najib kata kononnya Pakatan Rakyat ini retorik. Untuk tentukan sama ada retorik atau populis atau pun bukan, saya cabar debat terbuka antara Najib dan saya tentang dasar negara ini,” kata Anwar.
 
Dalam ucapan penggulungannya itu, Anwar sempat membidas Najib yang sebelum ini melaung-laungkan mahu menjadikan Malaysia negara demokrasi terbaik dunia.

“Berbanding PM lain, Najib lakar kata-kata paling murni. Bukan demokrasi tetapi demokrasi terbaik.
“Jika benar, pastikan pilihan raya bebas dan adil serta tiada penipuan.

“Najib juga harus pastikan media Malaysia bukan media Mesir di zaman Hosni Mubarak. Mesti ada ruang cukup untuk pembangkang,” kata Anwar.

Beliau juga menegaskan bahawa keputusan mahkamah membebaskan beliau tidak melambangkan sistem kehakiman negara sudah pulih sepenuhnya.

“Satu keputusan kecil melibatkan Anwar tidak semestinya melambangkan sistem rombakan kehakiman yang adil, kata Anwar.

No comments:

Post a Comment