MUNGKINKAH INI KALI TERAKHIR ANWAR BERTEMU WAJAH DENGAN RAKYAT PAHANG?
PADA 09 Jan 2012 ini nanti, satu lagi bentuk konspirasi akan menguji 
kita selaku penegak keadilan dan menentang kezaliman di mana Ketua 
Pembangkang DS Anwar berkemungkinan akan dijadikan mangsa rejim puaka.  
|  | 
| Di sebalik senyuman mereka, siapa tahu isi hatinya? | 
Telah pun bermula, DS Anwar kini menjelajah seluruh pelusuk negeri untuk
 memberikan isyarat kepada semua rakyat bahawa mereka perlu bersedia 
untuk menghadapi konspirasi jahat Sang Penguasa.  Sang Penguasa ini 
telah mengaut segala harta kekayaan negara ini dengan kehidupan mewah 
keluarga dan kroni mereka, di dalam masa yang sama ingin menutup terus 
mulut DS Anwar yang menjadi penghalang besar cita-cita nafsu mereka.   
|  | 
| Mujur beliau memilki anak yang berjiwa pejuang... | 
Sang Penguasa zalim ini cuma ada dua pilihan samada membebaskan DS Anwar
 yang akan membawa maksud mereka tidak mudah untuk mengaut harta 
kekayaan negara atau memenjarakan DS Anwar yang membawa maksud mereka 
akan lebih selesa dan rakus selepas ini.  Apa pun pilihan yang bakal 
mereka ambil pada 09 Jan ini nanti, rakyat tidak lagi peduli.  Bebas 
atau terpenjaranya DS Anwar, rakyat telah ditarbiyahkan bahawa Umno/Bn 
wajib dikuburkan.
Di Pahang, DS Anwar akan berkunjung ke negeri ini pada 07 Jan 2011 mulai
 jam 05.00 petang bertempat di Putra Balok, Kuantan.  Apakah itu tarikh 
terakhir DS Anwar ke negeri ini sebelum beliau dipenjarakan?  Mungkinkah
 DS Anwar ingin menyatakan sesuatu atau pesanan dan amanatnya kepada 
rakyat Pahang?  Amat menyedihkan jika rakyat Pahang yang cintakan 
keadilan dan benci kepada kezaliman tidak peka apa yang berlaku ke atas 
diri beliau yang telah mengorbankan segala-galanya DEMI RAKYAT.  
|  | 
| Nasib seorang pejuang rakyat.. | 
|  | 
| Beliau sanggup lakukan apa saja DEMI RAKYAT | 
Ambillah kesempatan pada 07 Jan ini di Putra Balok Kuantan untuk bertemu
 wajah dan bertentang mata mungkin buat kali terakhir dengan DS Anwar.  
Sukar sangatkah untuk kita meluangkan hanya lebih kurang satu jam untuk 
bersama beliau pada 07 hb Jan nanti?  Tidak terfikirkah di benak fikiran
 kita berapa jam kah tenaga dan usaha DS Anwar Ibrahim dihabiskan setiap
 hari di dalam kehidupannya untuk membela nasib kita?  Apakah mati hati 
kita untuk membayangkan betapa sukarnya beliau di dalam penjara suatu 
ketika dahulu sehinggakan berterusan difitnah dan diaibkan setelah 
keluar dari penjara dan bakal merengkok kembali di dalam jerisi besi 
semata-mata rakyat yang dikasihinya?  Apakah kita sanggup melihat 
kesemuanya itu ditanggung oleh beliau dan keluarganya sahaja?
|  | 
| Kuburkan Umno, Kita mara ke Putrajaya... | 
Sekiranya kita tidak berpeluang hadir di Mahkamah Jalan Duta pada 09 hb 
Januari ini nanti, sekurang-kurangnya kita hadir pada 07hb Jan ini 
sebagai tanda sokongan kita kepada beliau dan keluarga.  Kepada semua 
pimpinan parti Pakatan Rakyat khususnya di Negeri Pahang ini, gerakkan 
semua ahli dan penyokong masing-masing untuk bersama-sama DS Anwar pada 
tarikh tersebut.  Fikirkan, bukan sedikit jasa dan pengorbanan beliau 
untuk menjadikan Pakatan Rakyat menjadi hebat dan gagah seperti 
sekarang.  Ayuh, turun pada 07 hb dan 09 Hb Jan ini nanti DEMI RAKYAT.


 
No comments:
Post a Comment