KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, January 6, 2012

KENYATAAN DR HASSAN ALI BERHUBUNG KEMPEN 901 - KEADILAN PAHANG TERKILAN

Merujuk kepada Buletin Utama TV3 malam tadi, PKR Pahang menyangkal dakwaan Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Dr Hassan Ali yang mengandaikan bahawa tuduhan ke atas DS Anwar di dalam kes perbicaraan Fitnah Liwat II yang bakal diputuskan pada 09 Jan ini nanti adalah masalah peribadi Ketua Pembangkang itu.

PKR Pahang juga merasa terkilan dan kesal di atas sikap Dr Hassan Ali, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang sepatutnya bersama-sama keputusan yang telah diambil oleh PAS pusat di dalam pendirian parti tersebut di dalam isu yang melanda DS Anwar Ibrahim.  Pakatan Rakyat telah membuat keputusan bahawa kes perbicaraan DS Anwar bukan hanya masalah peribadi beliau semata-mata, tetapi lebih penting lagi ianya melibatkan soal kezaliman, fitnah dan sistem kehakiman yang porak poranda.  

Bukan niat PKR negeri ini untuk campurtangan di dalam isu Dr Hassan Ali, tetapi memandangkan beliau telah menyentuh soal DS Anwar selaku Ketua Umum PKR serta lebih menyedihkan lagi beliau turut menggesa agar rakyat termasuk Mahasiswa tidak turun memberikan sokongan kepada DS Anwar pada 09 Jan ini nanti, maka bagi kami perbuatan Dr Hassan Ali boleh diibaratkan sebagai `sabotaj' terhadap kerjasama yang selama ini amat baik di dalam PR.  

Walau bagaimanapun, PKR Negeri Pahang menyerahkan ke atas kebijaksanaan pimpinan PAS sendiri untuk mengambil tindakan atau tidak terhadap Dr Hassan Ali.  Apa pun yang penting bagi PKR Pahang, apa jua halangan atau rintangan samada dari dalam mahu pun di luar parti tidak akan menjejaskan kerjasama di antara PR menjelang PRU ke 13 nanti.

1 comment:

  1. PAS perlu bagi HA surat tunjuk sebab ("showcause letter") kerana menolak keputusan yang diambil oleh PAS Pusat dalam isu DSAI

    ReplyDelete